Assalamualaikum
Hujung minggu aku balik ke Johor atas permintaan mak ayah dan keluarga nak berbuka puasa beramai ramai. Kebetulan ada delivery ke beberapa kawasan (aku update kemudian pasal ni) so aku ambik cuti half day dan terus bertolak lepas solat Jumaat.
Aku bukan nak cerita pengalaman berbuka puasa dengan mak ayah :D, tapi nak share tentang bagaimana Wardina mendidik anak melakukan ibadat puasa dan penekanan yang dilakukannya. So far aku bersetuju dengan kaedah yang dia lakukan dalam hal mendidik anak. Of course la kan. Wardina siap keluarkan buku pasal kanak-kanak. Takkan aku boleh lawan pengetahuan dia dalam hal tu.
Anak sulung dia umur 9 tahun. Tahun kedua berpuasa. Zaman sekarang ni aku rasa ramai ibu bapa yang berebut rebut dan excited nak menggalakkan anak anak mereka berpuasa. Ada yang seawal 5-6 tahun sudah diajar berpuasa. Bagaimana pun, Wardina berpendapat bahawa tidak perlu mengajar berpuasa terlalu awal. Apa yang lebih diutamakan adalah mengajar anak-anak mengerjakan solat lima waktu apabila usia mereka mencapai 7 tahun. Setelah asas tentang solat mereka telah kukuh, barulah diajar berpuasa. Malah, mengajar mereka berpuasa ini juga bukanlah dengan mementingkan kesempurnaan ibadat itu sendiri, tetapi adalah sebagai pengenalan tentang ibadah berpuasa.
Aku kesian kalau anak-anak seawal usia 5 tahun didedahkan dengan berpuasa. Sedangkan kita orang dewasa pun lelah nak menyempurnakan puasa seharian. Inikan pula budak budak pada usia begitu. Dan, kebanyakannya ku lihat, bila anak-anak dah lembik berpuasa, penekanan tentang solat itu dah kurang. Budak budak akan letih dan tidur sahaja. Sedangkan puasa bukanlah mengenai lapar dan dahaga semata-mata. Tapi budak pada awal usia 5-6 tahun ni, apalah yang mereka faham. Melainkan kalau dah diterangkan dengan jelas oleh ibu bapa.
Aku bukan nak kata orang dera anak. Tapi, kita sebagai ibu bapa, cubalah utamakan hal yang lebih utama. Sebagai ibu bapa, kita wajib mengajar anak-anak bersolat lima waktu pada usia mereka 7 tahun. Bagaimana pun, ibadah puasa masih lagi sunat bagi anak-anak ini. Jadi, tekankanlah apa yang lebih penting.
Menurut Wardina, dia mengajar anaknya bersolat lima waktu pada usia 7 tahun. Dan mula melatih anaknya berpuasa ketika umurnya 8 tahun, setelah melihat asas solat anaknya semakin kukuh. Bagaimana pun, awalnya sahur bagi anaknya adalah pada pukul 7 pagi sebagaimana waktu sarapan. Kemudian, waktu sahur tu dipercepatkan sedikit demi sedikit agar tidak menyebabkan anaknya tidak terasa berat untuk menyempurnakan ibadah berpuasa tersebut. Dalam masa yang sama, anaknya diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa sekiranya tidak mampu. Dan apa yang ditekankan sepanjang proses ini adalah tentang maksud berpuasa, kelebihan dan fadhilat berpuasa dibulan ramadhan.
Bagus kan..Insya allah, aku rasa aku pun nak ikut cara ni untuk mula didik anak-anak dalam beribadah. Tak sampai hati nak ajar diorang berpuasa terlalu awal.
Daa
yup betul tu, tapi kalau anak2 kecil itu sendiri yang rela dan mahu untuk belajar berpuasa kita patut sokong lah kan!
BalasPadamKA,
BalasPadamkalau asas solatnya dah kukuh apa salahnya..tapi kalau belum, pada pendapat saya lebih baik kita tekankan tentang ibadah solat dulu..yg itu lebih utama kan..
salam rai..anak acik yang bungsu mula puasa awal umur 6 tahun..mungkin sebab satu ryumah dah berpuasa jadi dia tak seronok makan sorang2..solat alhamdulillah..memang dia dah boleh buat dari umur 6 tahun lagi..abang2 dia lambat sikit..umur 7 tahun baru mula..
BalasPadammemang setuju dengan point wardina tu. Tak kata tidak. Tp macam akak, 4-6 tahun tu mereka sendiri yang nak puasa. Solat memang di tekankan juga. Umur 7 tahun baru akak tekankan puasa sampai habis. Tp kalau mereka kata lapar sangat nak buka, akak tak paksa. Cum kalau dah pukul 6 tu, kita bagi saiko sikitlah, rugi tinggal sejam, tapi kalau mereka kata lapar juga, mmg beri saja. Jangan di marah atau apa.
BalasPadamSebenarnya Abid yang paling awal berpuasa, 4 tahun dah mula sebb dia lihat abang dan kakaknya puasa, dia sendiri sibuk nak puasa. Tp pukul 11 dah buka....tahun ni nampaknya sampai habis tak sibuk pun. Solat memang akak tekankan juga, dia dah boleh solat dengan baik, cuma masih main-main dan liat bila di suruh.
Apa pun yang mmg betul, apa2 pun jangan paksa anak, biar mereka buat dengan rela.
bgus ilmu wardina tue kn??pndai dia melatih ank mengikut umur..like !
BalasPadamhuuu aku dah setat ajar danisha pose....sebab kat skool memang kena pose pun..tp sahur pukul 7 hehee...bukak pose balik skoollaa...bekal x bawak gi skool....tp x paksala kan....kecik lg pun...tp kalau anak jenis kering,aku rasa x yah kot nak ajar kecik2..lg kering nanti huuu...
BalasPadamikut kemampuan anakla kot....kalau anak mampu puasa sejak kecil lg bagus...tp kalau x mampu..jgnla paksa kan...lg2 kalau yg memang susah makan ...
ajar jugak anak berpuasa awal sebanya nanti bila orang kata dia orang tak puasa tu mula la. at least dia orang belajar something. bab solat pun ajar jugakseusia sekarang. anak2 sendiri la. pupuk dari awal biar dia orang tahu pentingnya solat. bila 7 tahun tu bagi penerangan kenapa kena buat semua tu.
BalasPadamSalam ramadan & selamat berpuasa Rai.. :)
BalasPadamKakak punya persepsi lebihkurang. Cuma anak kakak usia 3-4 tahun kakak dah ajar duduk belakang utk bersolat dan anak kakak juga mula berpuasa usia 6-7 tahun. Kakak juga tak pernah melarang anak kakak berbuka hatta hingga kini hanya mereka yg lebih suka berpuasa (mungkin malu dgn rakan-rakan) Bab solat kakak tak bertoleransi. Usia 6-7 tahun anak-anak kakak dah solat penuh (maaf bukan nak bangga - sedang puasa nie takut jadi riak pulak)..
BalasPadamkak erna,
BalasPadamtak salah kalau diorang excited nak puasa sekali kak..cuma apa yang saya rasa wardina nak sampaikan adalah kalau nak mengajar anak berpuasa biarlah diterangkan tentang kenapa kita berpuasa..
kak yus,
memang tak salah..cuma sebagai ibu bapa kita kena make sure yg mana yg perlu diutamakan..jgn sampai excited nak berpuasa, kita bagi kelonggaran dalam hal solat..sedangkan solat lebih utama..
mas,
aku tak ajar lagi..kesian..aqil tu skang ni kelaparan sepanjang masa.. bagusla kalau tadika da ajar..lagi pun kejap je kot waktu sekolah tu..
anisalya,
BalasPadampada saya susah kalau kita nak ikut ikut orang..kalau dia puasa sbb takut/malu org kata, bukan sbb asal kenapa kena puasa tu..nanti bila org tak nampak dia rasa minum air pun takpe..just concern saya lah..
kakzakie,
bagus macam tu kak..saya harap saya pun boleh buat mcm akak dgn wardina didik anak2..
eB pn sm, eB dolo pn lewat blajar poser.
BalasPadamtq 4 sharing :)
saya tengok juga video Wardina tu, memang betul solat perlu utamakan dulu, sebab tu asas. biar mereka faham erti solat dan puasa terlebih dahulu. dan kita sebagai ibu bapa perlu bagi contoh terbaik buat mereka. anak2 ni mmg dibentuk dari rumah lagikan!
BalasPadamKC pun dah lupa KC mula puasa dulu seawal umur berapa.
BalasPadamBagus cara dia..bg anak sahur lewat, lps tu slow2 anjak waktunya.
BalasPadamDulu pun mak saya lebih tekankn solat..mmg kena sebat sbb malas. puasa penuh ntah darjah berapa. Kebetulan lmbt baligh.
Skrg..kalo anak kecik puasa penuh parent gembira. Tp terlupa yg anak tak solat penuh pun. lps ni kita kena tanya, solat penuh tak?
assalamualaikum Rai...memang menarik info2 yang Wardina tu bagikan kalau yg ingin anak2 mereka berpuasa atau bersolat ikut je cara2nya...:)
BalasPadameB,
BalasPadamsaya pun 7-8 tahun baru start puasa..hehe..
KC,
rasanya zaman kita kecik dulu takde la awal sangat start puasa..anak2 zaman sekarang ni advance..semuanya jadi cepat..hehe..
ujie,
kan..saya pun rasa mcm tu..sbb dalam peringkat belajar ni jgnlah sampai budak2 rasa seksa..diorang bukan wajib pun puasa..kalau sampai puasa tak larat nak solat tu kita sebagai ibu bapa kena tanya diri sendiri..kita nak suruh anak puasa sbb kepuasan peribadi sendiri ke sebab nak ajar dia tentang kewajipan berpuasa..sbb puasa bukan sbb lapar dan dahaga semata mata..
kak mas,
BalasPadaminsya allah saya nak cuba praktikkan kaedah yg dia buat ni..
Ya, itulah ironinya dgn umat Islam Malaysia..sedari kecil ditekankan betapa pentingnya berpuasa, tapi tak tekankan/ajar dari awal tentang kepentingan solat. Hasilnya, bila dah dewasa, wujudlah golongan yang puasa, tapi tak solat.
BalasPadamDaddy ZZ,
BalasPadamkita sekarang banyak mendidik dengan cara ikut ikutan..ramai orang buat.. jadi kita pun ikut sama..takut nanti orang tanya malu..sbb tu masih banyak lagi kita tengok sekarang, waktu solat fardhu cuma beberapa saf je.. tapi bila solat hari raya melimpah ruah sampai ke luar org datang..
Bagus kan tips Wardina... Biar anak2 buat dgn rasa happy bukan sebab terpaksa... okeh puasa penuh nti mak kasi upah...hakhak..
BalasPadambagus tu.aku dah penah baca psl ni
BalasPadamsolat itu tiang agama.berapa ramai org dewasa yg kita penah jumpa,puasa tapi x solat..mazhab mana diguna pakai pun tak tahu lah
wahh bagusnyaaa suka suka!
BalasPadamdkna harap anak dkna nanti boleh berpuasa macam anak wardina ...aminnn :)
BalasPadambagus cara wardina tu.. budak2 ni xboleh dipaksa.. walaupun dorg kata dorg mampu tahan tapi badan dorg tidak sebenarnya..
BalasPadamsetuju juga dgn cara wardina, sbb memang ada org dewasa bila time puasa berpuasa tapi solat tak sempurna mana, solat tu kan tiang kalau tiang berlubang mampu ke nak tampung yg lain
BalasPadamsy sgt setuju. sbb anak sy pun 5 tahun. mmg sy dan hubby tak ajar dia pose. Tgk kawan lain tulis kat FB ajar anak mereka berpose sama umur dgn anak sy wat kita rasa adakah cara kita ni salah.. tp sy rasa tiap org ada cara mereka sendirikan.. :)
BalasPadamsangat setuju cara didikan wardina..
BalasPadambaguslah gitu,,blehla apply bila ada ank nanti,,;)
BalasPadamkita ibu bapa memang inginkan yang terbaik untuk diaorangkan... sentiasa tingkatkan ilmu...
BalasPadamkita yang dewasanilah model yang baik untuk anak2...
suka jugak dgn cara wardina tuh.. InsyaAllah nak ikut caranya.. :)
BalasPadam