Jumaat

Permulaan ramadhan

Assalamualaikum

 

Esok dah ditetapkan sebagai hari permulaan puasa bagi warganegara Malaysia yang beragama Islam. Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, atau ada yang terkecil hati dengan mana-mana tulisan aku. Maaf sebab kat blog ni aku guna "aku". Mungkin agak kurang mesra bagi sesetengah orang. Bukan nak kurang ajar. Cuma aku lebih selesa. Tapi insya allah. Kalau bercakap dengan orang atau tulis komen pada kawan-kawan, aku gunakan kata ganti nama diri saya atau akak kalau komen kat blog adik adik (ceh..terasa cam tua pulakk..)

 

Mungkin hari ni aku tak dapat nak melawat blog kawan-kawan semua meninggalkan pesanan dan kata dua sempena 1 Ramadhan esok, tapi aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Puasa puasa jangan tidur je. Jangan lupa solat (pesanan untuk diri sendiri . Semoga bulan ramadhan kita tahun ni lebih baik dari bulan ramadhan tahun sudah.

 

Hari ni aku half day insya allah pergi buat delivery kurma, pudding caramel segera dan rempah-rempah segera pada kawan-kawan yang dah buat tempahan (tak sempat nak transfer gambar barang tempahannya). Termasuk Kakcik Erna dan jugak Kak Hanis Azla. Terima kasih ye kak. Lepas tu terus balik Johor. Semoga perjalanan kami selamat.

 

Salam Jumaat.

 

Daa

25 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Rai,

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat kita. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. semoga segala perancangan berjalan lancar.. semoga ada rezeki utk kita jumpa hari ini.. Salam ramadhan buat rai dan keluarga..

    BalasPadam
  3. semoga segala perancangan berjalan lancar.. semoga ada rezeki utk kita jumpa hari ini.. Salam ramadhan buat rai dan keluarga..

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan semua urusan ye!

    BalasPadam
  5. Selamat berpuasa Rai.. Bulan puasa ni harap bisnes pun lancar jugak.. Org sebelah offer ada apa2 nak jual tak ramadhan ni? Tp omak blurr la hak.hak.
    Mahal tak caramel Rai tu?

    BalasPadam
  6. salam ramadhan buat Rai sekeluarga. bestnya balik kg!

    BalasPadam
  7. Kakak masih kerja lagi Rai. "AKU" sebenarnya gantinama yg selalu kita guna bila memohon doa pada Allah. Oklah... kakak pun selalu beraku-aku dalam N3 kakak.

    Selamat berpuasa Rai & keluarg ye:) Maaf juga dari kakak

    BalasPadam
  8. sama la saya, mohon maaf andai tersilap kata/tulis.

    kencang bisnes ya..tak tau pulak Rai jual kurma..rempah2 tu.

    Johor kat mana? saya pontian, suami BP. State-mate rupanya..
    Semoga slmt perjalanan ke sana ya.

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa jg..semoga selamat perjalanan pegi dan blik nnt..

    BalasPadam
  10. SALAM RAMADHAN utk ko jugak.maaf kalau ada salah silap selama kita gurau2 ni ye.smoga selamat dalam perjalanan.kim salam kat mak ayah ye

    BalasPadam
  11. salam Rai.Selamat menyambut Ramadhan & selamat berpuasa tuk Rai sekluarga.
    Jgn lupa sahur ya :D

    BalasPadam
  12. waa.ada bisnes rempah ek? puding karamel? hebatttt...hihihi

    selamat bpuasa jugak ye kak :)

    BalasPadam
  13. selamat berpuasa...

    alhamdulillah.. maju bisnes :-)

    BalasPadam
  14. salam ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna ye rai. kesempurnaan puasa ni amat terperinci maknanya, harap kita semua mampu memenuhi kesempurnaan itu...insyaAllah

    BalasPadam
  15. Salam Kenal... Salam Ramadan & selamat berpuasa..

    www.siezuka.com

    BalasPadam
  16. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa sahabat... =)

    BalasPadam
  17. Ramadhan Kareem..!!!

    Maaf Zahir Batin...

    BalasPadam
  18. assalamualaikum Rai...selamat berpuasa...;)

    BalasPadam
  19. sekejap jer dah masuk hari ke3 puasa yea akak :)

    BalasPadam
  20. Selamat menyambut bulan ramadhan..dan selamat berpuasa

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^