Assalamualaikum
Terus terang. Aku bukan nak tunjuk pandai dalam bab kesihatan ni. Since aku bukan medical officer atau nurse. Jauh sekali seorang doktor mahu pun nutritionist. Mungkin apa yang aku tulis ni takkan dapat menggantikan nasihat doktor atau nurse yang sememangnya belajar tentang sick industry ni bertahun tahun. Cuma apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku belajar dari beberapa orang doktor (doktor neurology, doktor kulit, doktor bedah jantung) beberapa orang nutritionist, dietician dan medical officer pencen. Dan dari bahan bacaan buku dan internet.
Dalam bab dietary supplement untuk orang mengandung. Aku bersetuju kalau mana-mana individu kata supplement yang klinik bagi masa check up mengandung dah mencukupi. Biasanya klinik akan bagi iron folic dan calcium lactate. Atau pun obimin. Supplement ni dah cukup untuk mengelakkan dari kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi yang dikandung, serta membantu untuk top up calcium dalam diet ibu mengandung. At least bagi kurang sakit belakang.
Kalau dah cukup kenapa aku perlu ambil sampai 5 jenis supplement?
Serba sedikit kenapa aku ambil 5 jenis supplement ni aku dah ada tulis DISINI sebenarnya.
Bagi kebanyakan orang. Morning sickness adalah sinonim dengan orang mengandung. Mengidam itu normal. Tak suka dengan sesetengah jenis makanan tapi sangat suka sesetengah jenis makanan lain adalah kerana perubahan hormon.
Kalau muntah muntah pergi jumpa doktor, biasanya doktor atau nurse akan bagi Maxolon untuk bagi hilang loya. Tapi biasanya nurse sikit pun tak bagitau sebenarnya masalah morning sickness ni adalah petanda bahawa wanita tu kekurangan vitamin B6 atau B12 atau kedua duanya. Malah, mengidam sesetengah jenis makanan juga dikatakan menunjukkan bahawa tubuh wanita tu kekurangan sesetengah jenis nutrient.
Developing another body dalam tubuh adalah satu proses yang kompleks. Kadangkala kehamilan tidak disangka boleh menyebabkan kemurungan dan masalah emosi. Dan sekali lagi kita akan blame pada hormon. :D Mengambil ubat adalah satu jalan singkat yang bakal memberi kesan untuk satu jangkamasa yang panjang. Ianya boleh diatasi dengan langkah selamat dengan pengambilan nutrisi yang betul. Of course, stress management dan persekitaran serta orang orang terdekat terutamanya suami perlu memainkan peranan.
Bayangkan. Kadang-kadang kita tak mengandung nak carry out tugas biasa pun dah rasa penat. Sistem pencernaan, sistem perkumuhan jadi haru biru. Apa lagi bila tambah satu lagi dalam perut. Cepat letih. Ramai orang kata ini biasa. Malangnya ia menunjukkan tubuh kita sebenarnya missing something yang penting.
Wanita sekarang lebih mudah nampak "tua" dari umur mereka. Bukan saja luaran malah dalaman. Kalau budak budak remaja akan rasa seronok. Sebab nampak tua tu kononnya nampak matured. Konon dah boleh fikir sendiri walau pun seluar dalam pun masih mak basuhkan. Nak beli pad pun mintak duit bapak. Kalau zaman nenek kita dulu umur 40 ke atas baru kena kencing manis darah tinggi. Tapi zaman sekarang muda muda da mati sebab kanser. Ini sebenarnya petanda bahawa tabiat pemakanan kita yang teruk dan menyebabkan sistem kita jadi tak seiring dengan usia sebenar kita. Zaman aku kecik dulu budak perempuan start period biasanya 13-14 tahun. Zaman sekarang umur 9 tahun da period. Puncanya adalah pemakanan kita. Kekurangan nutrisi perlu dan banyak sangat makan processed food.
Supplement perlu atau tidak? Terpulang pada individu. Aku bukan doktor. Aku bukan MO. Tapi aku tau kalau aku morning sickness aku pergi jumpa doktor. Doktor akan bagi aku maxolon.
Rajin ke aku makan supplement banyak banyak? Aku pun tak rajin macam orang lain. Tapi daripada aku sakit sana sakit sini bila umur makin bertambah, baik aku rajin dari sekarang. Aku tak kata semua orang perlu. Macam aku selalu kata. Muhasabah pemakanan sendiri.
Rajin ke aku makan supplement banyak banyak? Aku pun tak rajin macam orang lain. Tapi daripada aku sakit sana sakit sini bila umur makin bertambah, baik aku rajin dari sekarang. Aku tak kata semua orang perlu. Macam aku selalu kata. Muhasabah pemakanan sendiri.
Daa
susanya jadi popuan
BalasPadamRai...pregnant jugak ye? sama la kita...suka baca info pasal pregnancy update awak. Actually, saya pun alami morning sickness gak. Mula2 doktor bagi mkn Obimin, Folic Acid and calcium since saya selalu sakit pinggang. Tapi bila pegi 1st checkup klinik kerajaan, doktor just bagi new Obimin yg lengkap dgn segala nutrisi & folic acid. So saya mkn pil Obimin tu sahaja. Tak amik supplement lain. Eh, tapi saya tak pernah tahu pasal Maxolon utk mual loya tu...kena jumpe doktor la camni...nape doktor tak bagi eh? padahal sy dah bgtau mmg mual2 segala dah...
BalasPadamsaya bab ni mmg takde komen, blm ada pglman. tapi saya baca utk persediaan jika Allah beri rezeki zuriat nanti.
BalasPadamGood info pada ibu2 yg ngandung.. :)
BalasPadamMasa kak Nurul preg.dulu ada juga doc.kasi ubat utk morning sickness tu,tp sgt mengantuk.Biasanya vitamin B6 dan 12 tu ada x jual di farmasi?
BalasPadamsaya memang amik supplement, lagi pulak time BF ni :)
BalasPadamtake care dear
nice sharing..hihii
BalasPadaminfo yg bagus ni..
BalasPadamthanks share
zaman akak dulu minum susu anmum dah cukup...sekarang ni byk betul supplement....
BalasPadamuncle gedek,
BalasPadamagak la..haha..
mrs R,
doktor yang saya pegi tu agak friendly..saya selalu borak panjang dengan dia bila patient tak ramai.. so masa borak tu ada la saya tanya2 pasal morning sickness bagai ni..
ujie,
takpe..selain dari belajar melalui pengalaman sendiri boleh belajar dari pengalaman orang juga.. :D
Rinna,
BalasPadamThanks.
Nazayiena,
Ambik je B complex yang lengkap.kat farmasi pun ada jual.
Nia,
thanks.
deq qienz,
thanks
nur,
BalasPadamsama sama.. :D
Qhaifa,
biasa la kak..zaman makin moden.. pemakanan makin tak sihat..zaman mak mak kita dulu susu pun tak gaduh nak minum..
huhuhu,
BalasPadamkalo komen ni buleh dikategori nak ngandung ke?
hihihihi
x mau x mau
rasa nyer wife dulu hanya bergantung pada vitamin pemberian atau rekemen by doctor jer..
BalasPadamthanks for the share....
BalasPadamSaya dulu makan obimin saja.
BalasPadamTapi betul, pemakanan mmg kena jaga.
Tae care ibu-ibu mengandung semua! =)
KA dulu waktu preggi amalkan pemakanan seimbang je! vit mana yg doc bagi je ambik.. alhamdullillah semuanya ok!
BalasPadamtak pernah mkn ubat dr klinik..beli satu jenis ubat kat farmasi je..yg klinik tk boleh nak telan..huhuhu
BalasPadamsy pun mkn vit yg dorg bg je..hm..tp mmg ad muntah.smp brat turun mndadak..
BalasPadamsy pun mkn vit yg dorg bg je..hm..tp mmg ad muntah.smp brat turun mndadak..
BalasPadamsy ni plak jenis yg sk mkn suplement tp kne tayang dpn mata, kalu xnmpk xmkn.. hehhe
BalasPadammasa first pregnnt je dapat maxoon sebab makan je kejap2 lagi keluar la semua. tapi bulan pertama je. lepas tu tk ambik lagi dah. ada jugak mkn supplement lain selain drpd obimin. ambik pil kalsium, susu kambing bla... bla... bla... nice info rai. thnks for sharing.
BalasPadam