Assalamualaikum
::Republish entry::
Kalau yang belum pernah dengar tentang diet ni boleh baca entry sebelum ni - Diet lima warna
Kenapa phytonutrient (fitonutrien) ni penting? Kita tahu antara zat utama yang kita perlukan adalah
(1) Makronutrient yang fungsi utamanya membekalkan tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak
(2) Mikronutrient iaitu vitamin dan mineral. Vitamin larut air - B dan C, Vitamin larut lemak iaitu A, D, E & K. Mineral pulak ada banyak dan boleh google listnya sebab aku malas nak listkan satu persatu. Hehehe..
(3) Serat & air
Phytonutrient masuk kategori mana? Sebenarnya hanya baru baru ni saintis sedar akan kepentingan phytonutrient dalam diet seharian kita. Nak cakap baru pun takde la baru sangat. Tapi surely benda ni tak masuk dalam buku teks sekolah :D So saintis found that phytonutrient ni ibarat macam pemangkin kepada nutrient yang utama kita perlukan. Dengan kata lain, tanpa phytonutrient ni peratusan vitamin diserap oleh tubuh adalah rendah dan actually sangat tipis. So mudahnya, vitamin tablet yang dibuat dalam lab tanpa kehadiran phytonutrient ni berkemungkinan besar hanya akan menghasilkan expensive urine sebab hanya sebahagian kecil yang dapat diserap oleh tubuh manusia akibat ketiadaan phytonutrient. However, masih banyak lagi yang tak diketahui tentang fungsi phytonutrient ni. Rahsia alam yang masih perlu dikaji kan :D
But the key adalah kena make sure kita bukan setakat makan 5-9 serving buah dan sayur, tapi dengan various colours!
So far aku sure ramai yang pernah dengar pasal bioflavonoid dan caretonoid, yang advance sikit pernah dengar tentang isoflavones. Ini sebenarnya adalah contoh phytonutrient yang terkandung dalam sayur dan buah yang kita makan. Ada banyak lagi yang lain dengan fungsi tersendiri.
(1) Lycopene - Terkandung dalam tomato
Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan tomato dalam diet harian mengurangkan risiko kanser prostate bagi orang lelaki. Dalam kajian tersebut, lelaki yang mempunyai kadar serum lycopene yang tinggi dalam badan mempunyai risiko prostate cancer yang lebih rendah berbanding lelaki yang mempunyai kadar lycopene yang rendah. Selain itu, epidemiological studies menyarankan bahawa lycopene juga membantu menurunkan risiko kanser paru paru dan perut. Berita baik bagi wanita pula adalah pengambilan lycopene yang tinggi mengurangkan kesan radiasi UV terhadap kulit dan membantu melambatkan proses sunburn dari berlaku. Oleh itu, sebelum ke pantai makan tomato ye. Hehehe..
(2) Lutein - Terkandung dalam sayuran hijau macam bayam dan capsicum
Lutein membantu kesihatan mata. Ada saintis yang kaji macular mata manusia dan mendapati dalam tu mengandungi banyak lutein. Lutein membantu menyerap cahaya biru dan membantu melindungi retina dari kerosakan akibat pancaran gelombang pendek. Kalau ada yang tak perasan, orang kencing manis actually selalu akan ada masalah makin kabur. Ianya adalah disebabkan oleh macular degeneration. Aku tak reti sangat nak terangkan tapi kalau nak tau kita ada masalah tu ke tidak buat test mata. Cari la gambarnya kat Google (hamboi aku ni semua suruh orang google kan ..hehehe)
Actually ada banyak lagi macam EGCG (banyak di dapati dalam daun teh), ellagic acid (dalam berries yang berwarna merah), Hespiridin (buah oren), allicin (bawang) dan banyak lagi. Setiap satunya ada fungsi berbeza dan penting untuk kesihatan kita (ada booklet sebenarnya :P. Dapat dari kelas yang aku pergi )
Nota kaki : Thanks pada yang ucap tahniah semalam dan hari ni, aku tak sempat nak merewang BW laju laju sangat. Bos besar mintak macam2. Haihh..Cam ni la nasib jadi kerani...
Phytonutrient dari 5 warna sayuran? Nutrilite ada satu. Double X. Tapi ingat.. Supplement bukan in replacement untuk pemakanan seimbang, tapi additional to. Sebagai guarantee kita mendapat nutrisi yang mencukupi.
Daa
thanks untuk info tu :)
BalasPadambaru first time dengar nama2 diet 5 warna ni, nak menyebut nya pun agak susah ya rai...huhu
BalasPadamthanks for the info
thanks for info
BalasPadamkerja keranilah paling banyak kerjanya..kalah pengarah kan..hehehehe...
Cool! Sayur yg colorful actually byk khasiat. Tapi mslhnye....Msia ni ramai sgt yg tak suke mkn sayur. Somemore, sayur tak tahan lama....so, some people akan bg reaksi...LECEH!
BalasPadamPity!
Tamato memang byk khasiatnya kan Rai,
BalasPadamtq atas info nie.
byk gak info baru..thanks ya!
BalasPadam*eleh Rai..kerani kunun. ^__^
tq tq... cer u buat buku.. compile semua.. i akan jd pembeli #1... so byk info ni.. tqs again..
BalasPadamtetiba aku rasa aku sedang mentelaah subjek sains nak masuk exam esok...haha...
BalasPadamnasib baik sy sk mkn tomato.. hihii
BalasPadamlebih suka yg ko emel kat aku tu je..sbb mudah paham.aku ni bukan rajin mana nak gugel.hehe
BalasPadamnak buat smooties 5 kaler setiap pagi .kalau rajin la
assalamualaiakum Rai...mekacih sbb bagi info yg menarik...:)
BalasPadamtengss dear utk info yg sgt2 berguna nih.. skrg cuba jugak praktikkan sket2.. :)
BalasPadamThanks for da the info
BalasPadamteruja tengok gambar sayur-sayuran tu..
BalasPadamtq share ilmu yer rai !
BalasPadamMkn je sayur2 yg mak masak. Asal nama dia sayur. InsyaAllah bnyk faedah
BalasPadamSya mkn je semua2.warna warni lg best..pling suka sayur sayuran..tp bilala nk turun kilo sikit ni..hehe
BalasPadamTiap hari makan je apa yg ada... Tak semoat nak kira nutrisi... selalu diet tak dapat 5 kaler...
BalasPadamthanks for info.. org kurus pun kena berdiet gak kan.. maksudnya mkn mknn yg seimbang la kan.. betol tak? :)
BalasPadam