Khamis

Trivia : Ban in US & China but widely used in Malaysia

Assalamualaikum

 

Aku bukanlah baik sangat dalam hal penjagaan alam sekitar ni. Still, yang mana aku boleh jaga aku jaga. Kalau tengok sekarang ni semakin advance dan makin mudah kehidupan kita, semakin teruk ancamannya pada alam sekitar. Contohnya macam diapers pakai buang. Senang je kan. Pakai lepas tu buang. Tak payah gaduh nak basuh.

 

So, bila kita makin advance makin banyak benda pakai buang di pasaran. Dari pinggan mangkuk sampai la ke spender. Bayangkan lah. Spender pun nak pakai buang. Sebaik mungkin, elakkan lah benda pakai buang dalam kehidupan. Especially yang diperbuat dari plastic. Yang mana boleh guna semula tu guna semula. Tapi plastic ni banyak pasaraya dah start guna plastic yang mesra alam (jenis reput). Setau aku Jusco, Carrefour, Amway dah guna biodegradable plastic. Harap harap lebih banyak pasaraya yang gunakan. Dan untuk bantu pekedai kecil, harga plastic yang mesra alam ni patut dikawal. Sebab macam kita tau. Product product mesra alam ni biasanya lebih mahal.

Bukan nak tunjuk pisang goreng. Styrofoam ye..

Orang Malaysia gunakan at least 2 billion Styrofoam setiap tahun

 

Rupanya Styrofoam ni dah di ban bukan saja di US malah di negara China pun dah tak guna. China yang kita semua tahu product dia kadang ok kadang tak ok. Banyak barang tiruan. Dalam bab ni diorang sangat strict. So far Cuma Penang local council je yang dah ban penggunaan pinggan mangkuk Styrofoam ni. Dah ban. Tapi adakah ianya betul betul dikuatkuasakan aku tak tau la. Sebab buang sampah merata pun patut kena bayar RM500. Tapi, so far orang buang jugak kan..

 

As individu, kita mungkin tak boleh nak halang kedai dari guna. Kita mungkin tak boleh halang jiran kita dari guna. Tapi, kita boleh elakkan penggunaan Styrofoam. Kalau buat majlis. Memang penat nak cuci, tapi lebih baik untuk alam sekitar. Bukan untuk orang lain. Untuk masa depan anak-anak kita jugak. Bak kata pepatah

 

Dunia ni bukan kita warisi dari tuk nenek kita, tapi kita pinjam untuk generasi akan datang

Dan yang pasti, ia adalah pinjaman Allah pada kita untuk menjadi khalifah memakmurkan dunia

 

So, adat meminjam. Jagalah dengan baik.

 

Nota kaki : Poyo kan aku, semua dalam paper tu aku ambik gambar jadikan entry. Hahaha..Paper fav aku ialah The Sun. Sebab ianya FREE. Dan aku suka Citizen Nades menulis.

 

Daa

13 ulasan:

  1. Bagus juga Rai kongsikan di sini sebab kakcik tak baca The Sun.

    Ada orang bila meminjam dia buat macam 'rete' dia sendiri. Kalau disayangi tak apalah juga...

    BalasPadam
  2. nihon pakai lg, utk letak seafood, bentou semua tu. tp as u know, japanese ni sgt berdisiplin tang sampah, mmg asing giler2 punya, siap cuci bagai kotak plastik tin dll tu. so xde masalah kot diorg recycle. most supa pun dah x guna plastik kecuali kombini. kalau kita disiplin tang sampah InsyaAllah masih boleh diselamatkan. ;)

    BalasPadam
  3. salam Rai..tak lama lagi puasa dan raya..makin ramai la yang menggunakannya untuk majlis rumah terbuka.

    BalasPadam
  4. macam Acik Erna cakap..rumah ku syurga ku pun terlibat..hahah..takperla this time kena guna pinggan2 ibuku dah la..eh pinggan kertas pun ok kam k.rai?hehehe

    BalasPadam
  5. ada gak rasa bersalah tapi...........buat jugak
    hehe

    BalasPadam
  6. Hehehe Nurul pun ade buat.. Tapi x delah amalkan.. kena tgk tempat sbb x jumpa tong sampah... Hehehehe

    BalasPadam
  7. tak poyo, malah aku suka n3 ko...at least ko dah sedarkan org2 mcm aku ni...huhu...

    BalasPadam
  8. kakcik,
    ada org rete sendiri tu dijaga baik2..rete pinjam tu yg lanyak ikut suka..

    as,
    entah bila kita (saya pun) boleh disiplin macam nihonjin.. masa kat nihon dulu buatlah gomi punya bunbetsu..bila da balik malaysia.. gomi ke mana bunbetsu ke mana.. nak bagi makan apa rakyat malaysia ni supaya disiplin kelas satu mcm nihonjin kan..

    kak erna,
    betul tu kak..in fact makan beli kat pasar ramadhan tu pun banyak guna bekas styrofoam..murah dan mudah..

    irfa,
    sama lah ngan aku yg menulis ni pun.. diapers anak guna yg disposable jugak..dgn alasan tak sempat basuh..hehe..

    BalasPadam
  9. yana,
    hehe..pinggan kertas ok rasanya.. sbb boleh dilupuskan kan.. yg styrofoam tu je..

    nurul,
    tu lah..kadang2 orang kita ni.. buang sampah merata dgn alasan tak jumpa tong sampah..tapi bila longkang sumbat salahkan bandaran..

    wahida,
    hehe..thanks..menyedarkan diri sendiri pun ye jugak ni..

    BalasPadam
  10. bab sampah rakyat malaysia ni memang tak bertamadun, tgk je la kalau lepas karnival ke, pasar malam ke sampah merata-rata. "Kalau tak de yang buang sampah ikut suka hati tak de la kerje tukang sapu" itu agaknya pemikiran org yg suka buang sampah merata-rata tu kot.

    BalasPadam
  11. Rai..saya klik link yg wardina bg..terus ke blog awak ni.

    Btw..saya slalu gak bgtau kt family hal ni. Tp org sume nk mudah & murah..guna gak bila ada mjlis. yg kertas ada..tp mahal sikit.

    BalasPadam
  12. mohon share....

    tq

    http://tupperwarewithlove.blogspot.com

    BalasPadam
  13. ujie,
    ye ke..wahh..malu lak wardina pomot blog kita yg tahpape ni..hahaha..

    nidza,
    ok..thanks.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^