Khamis

Cara-cara menambah berat badan

Assalamualaikum

 

Nak tambah berat badan? Nak gemuk? Mudah je...

 

 

 

 

 

Apply jadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) Tengok Maria Tengku Sabri. Bezakan dari 1st season sampai berapa season dia mengacarakan JJCM. Macam dipam pam. Tengok anak Chef Wan si Serina tu. Tak sempat habis satu season dah berisi bukan main. Nak tau sebenarnya kenapa Qi berenti jadi pengacara JJCM? Sebab Yuna marah Qi membulat masa mengacarakan rancangan tu. Tengok pipi dia. Kejap je chubby.

 

Aku tak sanggup tengok diorang menggemukkan si Iqram Dinzly yang kiut itu pulak. Menchubby sampai tak Nampak lesung pipit pemanis dia tu. Warghhh!!

Gugel

Aku memang tak boleh tengok JJCM. Tiap kali pun tak puas hati. Bukan rancangan memperkenalkan makanan. Bagi aku rancangan tu tempat pengacara nak mentekedarah. Aku lagi suka tengok rancangan Ho Chak. Tolong la pengacara JJCM belajar sikit macam mana orang mengacarakan rancangan makanan. Ayat tak boleh blah aku time Serina jadi pengacara adalah "sedappp"... "Freshhh" Macam tahik je komen.

 

Orange dalam rancangan Ho Chak tu rasanya tak pernah bertukar since 1st season. Dok gitu jugak badan dia. Sebab diorang bukan makan bagi kenyang. Makan bagi rasa. Tiap tempat 1-2 menu je. Rasa. Lepas tu bagi komen, bau, rasa (bukan sedap ke tak sedap, ada rasa manis ke masin ke masam ke, rasa bawang ke herba ke apa ke), tekstur makanan (kenyal ke lembut ke larut ke) Dari dulu aku tengok takde improvement langsung.

 

Tiap kali pun komennya cam tu. Lepas tu dok focus pengacara tu dok makan sambil kata sedap. Ada tu punye la tak tau adab. Sambil komen sambil mengunyah. Buat malu je. Aku tak tau la orang lain. Tapi bagi aku sangat disturbing bila tayang kat tv macam tu.

 

So peminat Iqram Dinzly. Aku Cuma nak kata. Too bad kali ni Iqram pulak yang terpilih. Wakaka..

 

Daa

12 ulasan:

  1. nasib baik I xminat iqram dinzly ehhee

    BalasPadam
  2. nak la jadi pengacara JJCM, dah lama try nak naik kan berat badan susah sgt... :(

    BalasPadam
  3. paling tak tahan rcgn warung kita
    si farouk tu..makan sambil pejam2 mata ..aku tgk gerai pun tak semenggah.apa yg sedap pun aku tak tahu.dahlah kedai yg dia singgah lengang takde orang

    aku penah tgk ho chak
    best..jgn salahkan penonton komen kalau rancangan cam hampes

    BalasPadam
  4. alaaaa tk ade petua lain ke... hahaha

    BalasPadam
  5. yelahh, dulu tengok Tengku maria Sabri asyik2 makan2 je bila mengacara JJCM... akhirnya nah, gemuk semacam mengembang.. ehehe

    BalasPadam
  6. :) hahaha betul tuu..diera pon perasan maria tu makin mengembang semacam..hahaha

    BalasPadam
  7. kesuma,
    thanks..

    Yatie,
    i suka tengok lesung pipit dia je.. kira minat ke ek..(tetiba teringat kat fujiki naohito..warghh!)

    ana,
    jom apply! sama lah kita... tapi tiap kali lepas abis shooting ke hit gym la..build muscle..kalau tak lemak je..hehe..

    BalasPadam
  8. irfa,
    tv berapa tu? aku tak penah lagi tengok tu..tapi memang hangin gila kan tengok..yg tulis skrip tu pun satu hal..tu pun rating tinggi jugak jjcm tu..tak tau la aku.. orang tengok sbb suka tengok makanan je kot..hehe..

    liya,
    hahaha..saya pun underweight.. macam mana nak bagi tips..

    gen2merah,
    kan kan..kembang gila..jauh beza..

    BalasPadam
  9. diera,
    aha..tau takpe..kesian ex husband dia..hihi..

    BalasPadam
  10. program makan2 dalam tv sangat sakitkan hati.. sebab takleh nak makan sama2... huwa hahaa...

    BalasPadam
  11. Iqram Dinzly.. alahai kesian kat dia kalau dia membesar bagai Johan.. huhuhu..

    JJCM tu makin lama makin tak menarik dan tak tengok pun takpe.. biasa sangat.. kalau cakap kat en. suami nak try makan kat situ, dengan senang hati dia jawab 'abang pun boleh masak cenggitu, nak ke..'

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^