Isnin

Perceraian memang menyedihkan

Assalamualaikum

 

Awal-awal lagi aku dah berhajat nak ceraikan Damia dari susu (breastfeed) bila genap usianya 2 tahun. Abang dulu 3 tahun sebab aku pregnant masa Aqil cukup setahun, so setahun tambahan tu kiranya masa kecederaan lah.

 

Mulanya aku nak mintak air dari Ma macam masa abang dulu. Tapi, masa Ma balik sini aritu tak ambik pulak sebab tak sempat nak pergi ambik. Tak apalah kata aku. Aku pun nekad jugak. Malam aku mintak shujin yang tidurkan dia. Bila tengah makan Damia bangun datang kat aku, selak selak sebab nak susu. Huwaaa.. Sedihnya. Ada jugak yang aku bagi dengan alasan bengkak tapi lebihnya aku sayu hati.

 

Bila siang siang dia mintak, aku kata

"Adik da toddler, da tak boleh momo (panggilan utk BF)"

Dia jawab sambil menangis "Adik nak momo. Adik tanak toller (toddler)"

"Adik good girl kan"

"Adik tanak gugel..adik nak momo" sambil mendayu dayu. Hoho..sedih wooo..

 

Now.. da 3-4 hari, dia still ingat dan mintak jugak. Bila dia mintak aku kata "momo da abis"

Dia kata "Ibu! Jangan cakap momo abisla"

"Habis tu nak cakap apa?"

"f#@#FWEFW" Tak pahamm..laju sangatt..

 

Kadang kadang aku ulang kata

"Adik tak boleh momo"

Dia jawab "Ibu! Jangan cakap tak boleh..cakap no no"

Hehehe..Comel gila. Aku rasa macam nak bagi je. Tapi untuk kebaikan dia, aku terpaksa kuatkan semangat.

 

Harap harap adik janganla cakap comel comel sangat. Kalah ibu nanti.

 

Nota kaki : Mood menulis tertinggal di kampong..Huhu..

 

Daa

15 ulasan:

  1. cakap no no.. hehehe marissa suka cakap macam tuh....

    ingat lagi masa nak stop breastfeed dia (masa tu terpaksa sbb doktor yg suruh sbb saya kena operation), kami suami isteri yg menangis... tapi alhamdulillah marissa, dia cam tau2 jer... dia tak nangis2.. kasi FM dia ok jer..

    tapi kalau sekarang kalau kita buat2 nak bf dia, dia cam pelik jer tengok.. macamkan tak pernah jumpa nenen jer.. sabar jer...

    BalasPadam
  2. proses cerai susu mg payah..yaya dulu letak segala benda tak menjadi..benda pahit..benda masam..lipstick,sirap.. sedih bila anak merayu.. last yaya letak ubat gigi baru la terus dia tak nak..

    BalasPadam
  3. yup mmg susha, tp bila dh totally cerai susu..rasa lega jugak lah

    BalasPadam
  4. Kesiannya Adik.

    Kerana kesianlah kakcik menyusukan si bongsu sampai 5 tahun lebih! :)

    BalasPadam
  5. seingat sy , hanis umairah bf sampai umr 2 thn ngam2, lps tu dia nk lg terus mamaD sapukan asam jawa kat situ...malu dia bila dicritakan balik..:)..berkesan tu..ahha!

    BalasPadam
  6. kerana saya masi bujang la saya tak tahu isu2 jadi ibu dan ayah kepada anak2 kecil ni.. ehehehe... natoi dah berumah tangga tau lah nak jaga anak2 ni kan.. ehehe

    BalasPadam
  7. nak bercerai fb memang kena kuat...goog luck k.

    BalasPadam
  8. nak bercerai fb memang kena kuat...goog luck k.

    BalasPadam
  9. Sayu hati kakak walau cerita Rai cuba nak sanati. Kakak bayangkan adik selak-selak sambil peluk-peluk dan merengek.

    Tapi oklah dah 2 tahun mesti puas pun. Lama-lama dia lupalah...

    BalasPadam
  10. eB phm. alhamdulillah aed dh stop walopn bulan dpn baru dier 2 thn. terawal plk menjadiknyer plan kami. hu3

    BalasPadam
  11. ko kena kuat
    kalau ko takmkuat dia mesti tahu dgn taktiknya ko akan lemah dgn pujuk rayu dia/sib baik aku dah lepas :)
    letak je air asm jawa bagi tebal2 sikit.hehe

    BalasPadam
  12. hurm..danisha dulu die yg x nak..so aku x dela rasa cam x sampai hati hehee...kuatkan hati...=)

    BalasPadam
  13. Alololo cumil.. Merajuk ngan mama eh hihi.. Tp br 2thn tu.. boleh je lanjutkan lagi klu susu still ada kan.. 3thn pun xpe.. :)
    Ke Rai preggy lagi nih? ;p oopss hihihiihii

    BalasPadam
  14. Shima Salleh,
    nooooo..hahaha..tidak sama sekali!

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^