Assalamualaikum
Macam poyo je aku kan . Aku belajar buat roti canai dari mak aku. Bukan nak kata hebat sangat mak aku ni, tapi aku rasa kalau dia bukak kedai kat Kota Kemuning tu memang melingkup mamak mamak kat situ. Ceh..haha..Pernah la orang yang bukak kedai makan belajar buat roti canai dari mak aku. Mak aku belajar buat dari nenek aku. Sekarang dalam adik beradik mak, dia sorang je yang paling mewarisi skill nenek aku.
Aku pulak belajar dari mak aku sebab shujin memang suka roti canai. Nak belajar buat roti canai memang kena hands on. Tak boleh nak main agak agak je sebenarnya. Mak kata masa dia belajar buat dulu berkilo kilo tepung dia guna sebab asyik tak jadi je. Marah atuk aku. Hehe..
Dah banyak kali jugak aku buat roti canai ni. Yang kali ni macam super sukses je. So aku yang konon konon dah amateur (sebelum ni beginner je) ni nak share tips macam mana nak dapatkan roti yang lembut.
Resepi roti canai mak aku simple je, tepung, garam, gula, air dan sebiji telur. Rahsianya adalah masa menguli dan air yang digunakan. Campurkan air sikit demi sedikit sampai tak melekit. Uli sampai licin. Bahagikan kepada berapa bahagian yang dikehendaki. Biasanya saiz doh kecik tu aku buat 50-60gram setiap satu. Agak agak lebih sikit kepal aku. Lepas dah bahagikan tu uli lagi setiap satu. Masa menguli tu, basahkan sikit tangan dengan air dan uli sampai tak melekit. Tambah air sikit demi sedikit sampai doh betul betul lembut. (Macam doh nak buat roti) Mak kata lagi elok kalau uli sampai tepung tu masak.
Nak menyimpan tu sapu seluruh permukaan doh dengan marjerin dan simpan selama 5-6 jam sebelum dicanai.
Masa mencanai, aku dengan mak tak pandai nak canai macam kat kedai mamak tu, so aku guna dulang bulat besar dan canai atas dulang. Mula mula penyek penyekkan doh, lepas tu tarik sampai betul betul nipis. Biasanya kalau saiz 50-60gram tu boleh tarik sampai tutup dulang, jadi macam alas dulang hantaran gitu. Doh yang elok adalah sangat elastic dan senang ditarik. Kalau terlalu lembik atau keras doh akan mudah koyak. Masa nak melipat tu letak sikit sikit marjerin kat setiap permukaan. Supaya bila masak ia jadi gebu di dalam. Yang nipis diluar pulak akan jadi rangup.
Nak masak pulak lebih baik gunakan marjerin, kalau guna minyak kureng.. Kalau mak aku buat sekilo roti dalam 18 keping je. Korang bayangla sendiri betapa tebalnya roti canai tu. Makan sekeping confirm kenyang. Aku buat setengah kilo dapat 11 keping.
Selamat mencuba!
Amaran - Hidangan ini adalah kaya dengan lemak tepu, makan 2-3 minggu sekali boleh la. Jangan selalu sangat. Hehehe..
Daa
salam Rai..acik memang tak pandai menguli roti canai..pernah buat tapi mixer yang uli..
BalasPadamwoohhoo... suka ni.. masa kecik pon selalu tolong tok buat.. pastu tarik doh ke ujung dulang..
BalasPadamDah lama sangat kakcik tak buat roti canai sendiri. cara kakcik buat pun sama dengan Rai. Letak atas dulang dan tarik sampai betul2 nipis sebelum dilipat2. :)
BalasPadamWalau kakak suka roti canai tapi jarang nak dapat sebab kakak tak pandai buat dan nak beli kat kedai mamak macam ada rasa kureng pulak... kena belajarlah dulu...
BalasPadamkecik2 dulu mak rajin buat roti canai, saya? huhuuh belum berani nak cuba lagi la rai, beli je
BalasPadambaca n3 ni tetiba tringat plak kat roti canai mak sy..huhu
BalasPadamkalau ko makan setiap hari aku rasa okey lagi..kalau aku la..konfem mengembang dgn jayanya.jarang2 makan pun dh kembang ;)
BalasPadameB kalo amek selalu pening2... hu3
BalasPadamselalu kalau mencanai mesti berlubang...haha!1..mungkin kureng kesabaran..
BalasPadamroti canai la antara yg teringin nak cuba, tp mcm tak yakin lg. hehe... dlu mak saya buat dia simpan semalaman. nnti2 nak cuba jugaklah. ;)
BalasPadamPernah bakar roti canai sendiri tapi x jadi. nampak berminyak je roti tu.
BalasPadamHi, cmna uli tepung smpai tepung tu masak
BalasPadam@Cenderahati-Perkahwinan, bakar dengan minyak ke? cuba gunakan marjerin..
BalasPadam@Cinoi Lavigne, sebenarnya saya pun tak reti nak terangkan macam mana rupa tepung tu masak.. tapi bila dah masak tu doh tu akan nampak betul2 licin dan tak melekat kat tangan.
BalasPadamK.rai roti canai telur satooo!he3..
BalasPadamcari roti canai bila tak koser nak buat sarapan kuikuikui.. Roti kosong tetap jd pilihan no1! ;p
BalasPadamsekadar berkongsi ilmu sahaja!
BalasPadamuntuk membuat roti selembut-lembut sutera rahsia nyer ialah magerin.
orang yg kedekut magerin utk buat roti canai mmg keras klo baling kt anjing mmg melantun-lantun.
toke aq wat roti canai dye ckp pakai magerin brand bunga emas baru sedap(xsilap aq la)..ade lagi satu jenis brand punya magerin tpi dh lupa dh tpi jgn la kedekut magerin...itu sahaja. :D
anon,
BalasPadambetul tu..mak saya pun tak bagi guna minyak..even masa canai tu dia suruh canai ngan marjerin..baru lembut dan sedap..wangi pulak tu..
tokey warung yg belajar ngan mak saya tu nak jimat sangat dia guna minyak jugak..nak buat mcm mana kan.. bisnes dia..mak saya cuma ajar je..
bagus... :)
BalasPadamjadi pengen nyoba... hehe
Mcm mana nak buat roti canai lembut sampai ke petang?
BalasPadamTq..😊
BalasPadam