Selasa

Mula-mula nak happy lepas baca kisah budak tak sunat dah bernafsu binatang ni aku terus bengang

Assalamualaikum


Hari ni aku sampai ofis awal sebab shujin dah malas dan penat dengan jem kat depan ofis aku ni. Naik lenguh kaki katanya. Aku memang jarang sampai ofis awal. Sama ada sharp sharp atau pun lewat. Hahahaha.. Tapi kerja siap tawww.. Bos sayang gitu.. Wekkkkk~

ok..ok..Oleh kerana aku masuk ofis awal aku ingat nak cerita sikit pasal buku ilmiah yang menarik bagi sesiapa yang berminat nak menambah ilmu pengurusan kewangan dan motivasi untuk menambah pendapatan. Oleh kerana aku tengah hangat gila lepas baca pasal gang rape budak tak ambik UPSR lagi dah merogol dan meliwat kanak-kanak umur 7 tahun, Aku ada anak pompuan, anak lelaki sorang. For sure berita macam ni sangat sangat sangat super menakutkan.

Salah satu point yang aku sangat-sangat setuju dengan eyriqazz adalah

Ibubapa sibuk mencari rezeki di atas kos sara hidup yang semakin menghimpit sampaikan anak-anak semakin terabai

Aku sangat-sangat setuju! Aku tak nafikan, zaman sekarang ni dah memang macam wajib isteri bekerja untuk tolong pendapatan keluarga. Tapi bila kerja sampai nak kena OT. Balik jauh malam. Kebajikan anak terabai. Kebajikan suami terabai. Pendidikan anak tah kemana-mana. Jangan lupa, tugas utama seorang isteri adalah mendidik anak-anak. Bukan cari rezeki. Nak tolong suami cari rezeki boleh. Tapi jangan sampai abaikan tugas yang wajib kita laksanakan.

Demi dia

dan dia
So aku memang meWAJIBkan diri aku menjadi seorang ibu sepenuh masa untuk anak-anak sebelum diorang start sekolah. So aku boleh hantar dan ambik diorang. Boleh temankan diorang sepanjang masa. Boleh tengokkan pelajaran diorang. Biarlah kalau diorang naik malu dengan kawan-kawan sebab dah besar pun mak hantar ambik ke. Tapi aku nak pastikan keselamatan diorang.

Aku tau zaman sekarang jiran-jiran pun sibuk. Masing-masing dengan hal sendiri. Tak ada masa nak tengok-tengokkan anak-anak aku. So anak aku tanggungjawab aku. Aku tengok sendiri.

Marah gila baca berita macam ni. Ni semua gara-gara ada movie drama bodoh, gila seks macam cerita bohsia natam tu la..3GP.com la.. Banganglah pengarah kat Malaysia ni. Selagi yang kena rogol tu anak dara dia selagi tu lah dia tak stop buat cerita takde moral macam tu.

Nota buat shujin : Sama-samalah kita lipatkaligandakan usaha supaya saya boleh jadi ibu sepenuh masa sebelum Aqil mula sekolah. MMMMuuaaahhhh.. Sayangggg awakkkkk~~

Daa

16 ulasan:

  1. Betullah, skrg ni zaman semua nk duit sampai suami dan isteri terpaksa bekerja untuk sara keluarga..harga barang naik, gaji naik ciput je..tak tau nk ckp apa

    BalasPadam
  2. @abah khalisha, betul abah.. memang susah jugak kalau tak kerja.. tapi ramai yg bila dah kerja sibuk mengalahkan menteri.. lupa anak kat rumah..

    BalasPadam
  3. aku pun takut zai..macam2 cite skang...sumbang mahram pun ade..kdg2 pakcik sendiri,atuk sendiri..kdg tu bapak sendiri pun ade...so kite memang kene alert dgn anak kite...kalau antar pengasuh,kene make sure pengasuh & keluarga die ok...cth dlm tv tu berlaku,pengasuh punye suami yg rape anak die...adoooii,sungguh x selamat zmn skang ni

    BalasPadam
  4. aku baca pun sakit ati..dan aku tak tahu apa kebaikkan yg boleh kita dapat dgn filem 3gp tuh

    BalasPadam
  5. @mummY daniSha, nak diikutkan kat mana2 pun memang belum ada jaminan selamat..tapi kalau dengan kita insya allah kita boleh pantau..nauzubillah..ngerii.. macam mana la masa depan budak tu.. tak sanggup nak bayang..

    BalasPadam
  6. @HappyIrfa, tu la pasal.. pengarah kat malaysia ni memang bangang..sekolah tak habis.. sebab tu bodoh..tu je aku nak cakap.. hahaha..emo...

    BalasPadam
  7. sayay stuju kak.. budak2 skrang ni, memang dah pandai dah bab2 seks ni.. kat tempat saya pun, dan kawan saya sendiri.. rogol budak darjah satu..
    gile ke ape?

    BalasPadam
  8. @Zul Fattah, tolong tumbuk sepak terajang kawan awak tu.. hahaha..gila betul budak zaman sekarang ni..zaman akak kecik dulu baca perkataan rogol pun dah naik segan..perkataan liwat pun jarang jumpa..budak zaman sekarang siap dah apply..

    BalasPadam
  9. itu lah , i ras amcm nak balik msi asbb at least kat sini berita2 mcm tu xde la teruk sgt. sekurang2nya kat sini keselamatan anak2 terjaga tp what to do kan..kena jugak balik huhuhuu

    BalasPadam
  10. @yatie chomeyl, yelah.. bak kata org..hujan emas dinegeri orang..hehehe..doa2 lah semua akan lebih baik masa yatie balik sini nanti..insya allah..

    BalasPadam
  11. rai,
    pjg betul title ye... ;p
    mmg sah tgh marah... hihihih

    BalasPadam
  12. manusia zaman skrg ni smakin berani..rasa bersyukur pulak boleh bersama anak sntiasa..moga moga kita smua dilindungi..dijauhkan!

    BalasPadam
  13. zaman skrg ni,byk betul cacat celanya kan..huhuuh..sama2lah kita beringat

    BalasPadam
  14. syuk takut fenomena ini semakin melarat..ibubapa harus pantau kegiatan anak2 beliau..kesian gila kat mangsa rogol liwat tuh..kecik2 dah punah masa depan..mesti trauma..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^