Isnin

Malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan

Assalamualaikum



Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita kemalangan suami kepada salah seorang rakan di tempat kerja. Suaminya yang menunggang motorsikal ditimpa kemalangan. Kemalangan tersebut menyebabkan suaminya patah tangan dan x-ray menunjukkan terdapat sebahagian tulang yang hancur.

Aku simpati gila. Dah la rakan aku ni rumahnya jauh dari tempat kerja. Selama ni datang kerja suaminya hantar, balik kerja pulak diambil. Sekarang suaminya dah keluar dari hospital. Tapi biasa lah kalau dah patah tangan. Rasanya at least pun ambik 4-5 bulan untuk sembuh. Lepas tu pun belum tentu boleh angkat benda berat. Nak bawak motor lagi memang sangat bahaya. Sesiapa yang bawak motor pergi kerja tolong hati-hati. Ingat orang-orang yang tersayang.

Tapi ye lah kan. Kita ingat orang yang kita sayang. Orang lain bukan ingat. Kesian rakan aku tu. Suaminya pulak kerja memerlukan guna kederat tangan. So kalau nak kerja pulak lepas ni mungkin susah sikit sebab nak kena hati-hati since tangan tu baru lepas patah.

Semoga dia jumpa jalan keluar untuk masalah tu.

Bayangkan perkara yang sama berlaku. Kalau dua-dua bekerja mungkin masih boleh gagahkan dengan satu pendapatan. Kalau dah memang sorang je bekerja. Macam mana nak support perbelanjaan? Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku. Kerja aku ni kerja lah. Tapi WAJIB ada satu lagi pendapatan pasif. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa jadi kat aku atau suami satu hari nanti takde lah sesak sangat napas nak cari support.

Mungkin kita ada family, adik beradik, mak bapak yang boleh bantu. Tapi diorang pun ada tanggungan masing-masing. Selama mana dia boleh bantu? Satu lagi perkara yang penting yang mesti ada. Insurans. Kalau sakit at least ada yang boleh tolong bayar bil hospital. Belanja dapur tu tak dapatlah kan.

So fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu selesa dengan kerja kita. Kita rasa tak perlu cari extra passive income. Dalam dunia ni takde yang secure. So kalau nak sakit, nak apa apa lah, kalau boleh sediakan support. Kalau boleh jangan lah susahkan hati dan fikiran orang-orang yang kita sayang. Dah dengan nak fikir yang kita ni sakit. Lepas tu fikir macam mana nak bayar bil letrik, air bagai. Orang sakit bukan tak makan nasik kan.

Jangan sampai dah jadik apa-apa nanti baru lah cakap "kalau itu kalau ini"

Gali lubang sebelum berak. Jangan berak dulu baru sibuk nak gali lubang. Hahaha..Gile punya jijik perumpamaan aku.

Daa

30 ulasan:

  1. sekarang ni memang kena beringat awal ;)
    supaya senang di kemudian hari..

    BalasPadam
  2. hoho...sediakan payung sebelum hujan...:)

    BalasPadam
  3. Betul tu Rai.. dan memang perlu ade SATU simpanan yg tdk akan diguna kecuali utk tujuan kecemasan

    BalasPadam
  4. risau lak aku ni raiii

    hari2 g keje naik moto.

    tp takpe, bawak keta tu pandai je. cuma nk berjimat naik moto ni...huhu

    BalasPadam
  5. terpaksalah bersusah sedikit, moga dia tabah...

    BalasPadam
  6. tapi kalo berak dulu, baru gali lubang...
    malang itu dikira berbau.
    berbau taik.hehehe

    BalasPadam
  7. betul tu zaman sekrg ni semuanya kena beringat, kena ada duit simpan

    BalasPadam
  8. this is so true. memang kena ada income lain kan, xleh harapkan yg satu tu je...kita tak tahu apa nak jadi di masa depan

    BalasPadam
  9. sedihnya..tak dapan insurant ke?..semoga tabah hadapi cubaan hidup

    BalasPadam
  10. @PinKy MoMMa,setuju.. sementara masih muda kata orang.. cari lah duit banyak2..heheh..

    BalasPadam
  11. @kakyong, tu lah kak yong.. tapi kadang2 banyak sangat kecemasan..bila betul2 cemas simpanan pun dah surut..hehehe..

    BalasPadam
  12. @Aku Ibu Muda, hati-hati!! actually bawak apa pun sama je.. yg penting kita kena sentiasa hati2..

    BalasPadam
  13. @Qhaifa Nur, itu lah yang mampu kita doakan untuk dia..

    BalasPadam
  14. @♥MAMASYAZA♥, kadang2 duit simpanan saja tak cukup..sbb duit simpanan akan surut jugak.. kena ada passive income..supaya apa pun berlaku..duit tetap flow masuk..

    BalasPadam
  15. @yatie chomeyl, betul.. aku sangat takut aku tak dapat sediakan foundation yg cukup sebelum aku "pergi"..kesian anak2..

    BalasPadam
  16. @Bro ahmad, rasanya medical expenses covered by company punya insurance..tapi bila dah keluar hospital mana ada cover dah.. kalau tak ada simpanan atau passive income susah jugak..

    BalasPadam
  17. malang memang tak berbau, kalau berbau dah tentu kita cuba elakkan kan... apapun semoga ur fren tu sabar dengan ujian ini..:)

    BalasPadam
  18. kat tempat keje aku dulu lg sedih zai,manager bunuh diri sebab pressure....aduyaaiii..sian & x sangka betul..tgk hepi je die naek basikal selalu ngan anak2..tup2 keluar paper bunuh diri sebab stress kat tempat keje =(

    BalasPadam
  19. betul tu,kita tak tahu apa akan berlaku kan

    BalasPadam
  20. Pengsan bc perumpamaan.. Lg satu selagi Ada duit ms tu lah kna saving utk perkara2 yg di luar jngkaan.. Nauzubillah...

    BalasPadam
  21. pentingnya simpanan dalam kehidupan kita..semoga ini memberi kita pengajaran supaya ada simpanan yang boleh diharapkan..

    insurans makin mahal sekarang ni..masing2 nak upkan yurannya..

    BalasPadam
  22. @mummY daniSha,tu la mas.. bila dah makin besar tanggungjawab lagi stress..nak menjawab kat anak buah..kat bos besar..sapa kata lagi naik pangkat lagi kurang stress..huuu..

    BalasPadam
  23. @Ila, tu la..tapi walau pun banyak peringatan dah diberi.. tapi masih ramai lagi yg buat tak peduli..tak buat apa2..

    BalasPadam
  24. @Hanis MY, hahaha..pengsan jangan tak pengsan..bila ada duit payah sikit nak ingat benda2 masa susah ni hanis..hehehe..

    BalasPadam
  25. @Syuxer, insya allah.. insurans makin mahal sebab makin ramai org yg berisiko..diorg pun nak untung jugak..hehehe...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^