Assalamualaikum
Masa zaman sekolah dulu aku boleh dikatakan duk dalam kategori budak fandai. Bukan pandai sangat. Ada lah sikit-sikit. Walau pun macam tu aku ni ala-ala lampi gitu. Masa aku kecik dulu aku suka la tengok cerita alih bahasa. Tak kira la cerita Oshin ke cerita kamen raider ke moero attack ke. Lagi pun kan zaman aku sekolah rendah tu banyak cerita ala-ala macam tu. Flashman, Maskman, gaban, ultraman..segala macam. Balik dari sekolah agama terus pecut balik rumah sebab taknak ketinggalan tengok cerita tu.
Oleh kerana cerita tu semua alih bahasa, pergerakan mulut pelakon tu semua tak sama dengan bunyi yang keluar dari mulut. Logik la kan. Tapi masa tu aku punya lah lampi. Aku duk berusaha gigih fikir macam mana agaknya pelakon tu buat gerak mulut lain keluar bunyi lain. Aku siap berlatih nak cakap macam tu. Ntah apa lah dalam kepala otak aku masa tu kan.
Lepas SPM, aku apply macam-macam jenis scholarship konon nak belajar kat oversea. Tetiba dapat panggilan dari MARA interview untuk tawaran belajar kat Jepun. Pada usia aku 17 tahun, aku takde pengetahuan pasal Jepun langsung. Aku cuma tau yang Hokkaido letaknya kat utara Jepun. Tu pun sebab akak aku berangan-angan nak melancong ke Hokkaido. Aku pun ikut berangan sama masa tu. Hehehe. Bila pakcik Jepun aka bakal sensei aku tanya aku apa perkataan Jepun yang aku tau. Aku cuma ingat perkataan "anatagasuki". Aku baca kat kamus kawan aku masa aku form 1. Sensei tu tanya ngan aku, aku tau tak maksud Nippon. Haram aku tak tau.
Dah la bahasa inggeris aku memang fail langsung. Bila soalan tanya english aku cakap english separuh, lepas tu aku bantai cakap melayu. Sampai interviewer tu sound aku. Tu pun aku boleh lulus interview tu. Sedangkan initially aku berangan nak belajar kat US.
Tapi Allah kan perancang yang lebih baik dari aku. So, DIA hantar aku belajar kat Jepun. Oleh kerana tu, aku dapat berkenalan dengan shujin sebab shujin minat anime dan game Jepun. Since aku boleh cakap Jepun dia pun minat nak berkenalan dengan aku. Tapi mula-mula tu kawan je lah. Hehehe..
Apa pun aku bersyukur dengan perancangan yang Allah sediakan untuk aku dan aku syukur DIA gerakkan hati aku untuk terima tawaran belajar kat Jepun walau pun masa tu aku kemaruk nak ke US sebenarnya.
Dalam lampi lampi aku, yang kadang-kadang sampai hari ni pun aku masih lampi dalam sesetengah hal. Dapat suami yang cool dan penyayang macam shujin.
Nota kaki : Aku rasa stesen TV tak patut dah alihbahasa. Aku nyampah betul nak tengok cerita korea ke jepun ke cakap cina. Tak feel weh!
Daa

Gambar kenangan kat Hokkaido - Shakotan Misaki, Otaru |
Kalau dah namanya Hokkaido kena ada ketam, ni ketam bulu @ kegani. Mahal kemain |
Pergi waktu summer dapat tengok kebun bunga, di Furano. Softcream lavender dan rock melon memang sedap gilaaa |
Dah la bahasa inggeris aku memang fail langsung. Bila soalan tanya english aku cakap english separuh, lepas tu aku bantai cakap melayu. Sampai interviewer tu sound aku. Tu pun aku boleh lulus interview tu. Sedangkan initially aku berangan nak belajar kat US.
Tapi Allah kan perancang yang lebih baik dari aku. So, DIA hantar aku belajar kat Jepun. Oleh kerana tu, aku dapat berkenalan dengan shujin sebab shujin minat anime dan game Jepun. Since aku boleh cakap Jepun dia pun minat nak berkenalan dengan aku. Tapi mula-mula tu kawan je lah. Hehehe..
Apa pun aku bersyukur dengan perancangan yang Allah sediakan untuk aku dan aku syukur DIA gerakkan hati aku untuk terima tawaran belajar kat Jepun walau pun masa tu aku kemaruk nak ke US sebenarnya.
Dalam lampi lampi aku, yang kadang-kadang sampai hari ni pun aku masih lampi dalam sesetengah hal. Dapat suami yang cool dan penyayang macam shujin.
Nota kaki : Aku rasa stesen TV tak patut dah alihbahasa. Aku nyampah betul nak tengok cerita korea ke jepun ke cakap cina. Tak feel weh!
Daa
syoknyaaa belajar sampai ke jepun :)
BalasPadamaku lagi menyampah bila astro fox buat alihbahasa semua tv series english dalam tu..ape kelas aku nak tgk criminal mind dlm bm...huhuh..memanglah boleh faham bi tp jenuh lah nak kena dgr betul2...aku nak subtitle balik..aku benci astro..aku nak terminate tp tunggu abis kontrak lah..hehehe..melalutlah plak...sorry
BalasPadamwahahahhaha..sama la kite.dolu2 pun selalu pikir cam gitu. Kenapa bunyi yang kuo dari mulut tak sama dengan pergerakan mulut...penat weh otak nak memikir...sengal tu rasa nye.
BalasPadambest kan dapat belajar kat sana...
jauhnya belajar dia
BalasPadamhehehhee...teringat zaman sekolah dulu hehe...ayat baik sket dari lampi ,zai ni "lawak" ekekekekekeke....tp pandai...teringat kite semangat iswara dulu..eh,ko iswara kan?....
BalasPadambesnye dpat gi jepun..jumpe usop x kat sane dulu hehehe..usop kat sekolah dgn sekarang lain bebenor hehhee....
BalasPadam@Aku Ibu Muda ;)
BalasPadam@Ila,tu lah..aku prefer baca subtitle dari alih bahasa..tah pape..dah la suara yg alih bahasa tu tak menawan pon..
BalasPadam@liemaopurut a.k.a ana, hahaha...ingatkan kita sorang.. yeh..ada gengg!!
BalasPadam@MamaEma, hujan emas dinegeri orang..hujan batu dinegeri sendiri.. baik lagi hujan batu kat negeri sendiri..
BalasPadam@mummY daniSha, aku iswara sampai F3 la..lepas tu aku masuk USPD sekali dengan musfirah, ekin ngan anoy..alhamdulillah ko ingat yg baik2 pasal aku..sbb aku ingat aku jahat masa skolah dulu..hahaha..
BalasPadamaku tak sempat jumpa usop rasanya sbb masa aku nak fly balik tu dia baru nak pegi jepun..muyam jumpa la..
hehheee..ingat zai.....ko kan glemer dulu hehee...
BalasPadam@mummY daniSha, actually aku segan nak ingat zaman skolah.. rasa cam banyak buat benda bodo.. maklumlah zaman jahil..sekarang pun takde la baik sangat.. tapi baik dari dulu kot..hahahaha..
BalasPadamwahhh hokkaido ikitai na... syoknya lawa la otaru tu i likee... ketam bulu tu mahal tak pernah makan, makan ketam resaksa tu je yang besar dn merah tapi bulu dia tak byk byk metam bulu haha apa ni rasa macam pening dgn ayat sendiri...
BalasPadam@Hanis MY, kanarazu itte mite! nak happening gila pegi masa fuyu sbb ada event kat sapporo.. tapi payah la nak jalan..so rasanya the best time pegi masa natsu..boleh tengok bunga..tengok laut..cantik gilaaaa..
BalasPadamketam bulu tu kat hakodate.. kitorg makan kaki tarabagani je pun 2 batang 3zen..kongsi 3 org.. wakaka..
Best ada pengalaman duk negara org ya, saya ni usah kan nak duk negara orang nak melancong negara org un belum tentu dapat :)
BalasPadambestnyer :)
BalasPadamlampi2 pun dpt study kat nihon,,kelllasss u
BalasPadam@Anamarza, boleh..kalau usaha mesti boleh dapat..
BalasPadam@YNA, =)
BalasPadam@yatie chomeyl, hehehe..
BalasPadamzai chan...
BalasPadamhahaha..antara memori yg takleh lupa..bila lagi nak pegi style bimbo ryokou neh..agak mencabar jgk kan..sampai boleh muntah densha dalam densha..hahaha...lawak la..teringin nak pegi lagi..
isi ketam tu mmg takleh lupa la..sedap gileer!! makan kaki pon jadila..haha