Selasa

Ibu bapa pun kena minta maaf dengan anak

Assalamualaikum

Hari ni on the way nak hantar aku ke tempat kerja Aqil mengadu dengan ayahnya


Shopping kat Econsave

Rambut ada macam gaya kpop tak - sila abaikan background yang bersepah sepah

Aqil : Yah, yah.. Cakap aku no no kan.. Tapi ibu cakap aku tak pe pun
Shujin : Mana boleh cakap aku kan. Haa. Ibu jawablah..
Aku : Hish.. Malu lah ibu cakap aku pulak. Sorry ok. Lain kali ibu tak cakap aku lagi. Cakap aku no no kan..

Rupa-rupanya persoalan cakap aku tu masih bermain di fikirannya. Aku sungguh tak expect dia akan bangkitkan semula benda ni. Apa boleh buat. Terpaksa lah aku mengaku salah aku dan minta maaf dengan Aqil sebab cakap tak serupa bikin. Huhuhu..

Nampaknya aku kena lebih bersedia dan berhati-hati bila bercakap. Aqil dan Damia masing-masing dah makin pandai mengajuk cakap kitorang. Lebih-lebih lagi Aqil.

Damia pulak menjadi-jadi manjanya sekarang. Pantang ditegur. Mula lah nak buat drama. Nangis mendayu-dayu. Geram je aku dengar. Bila kena marah dengan shujin pandai je datang nak peluk kaki aku. Dah la kuat main. Kalau Aqil pulak lain sikit, bila kena marah dia diam je. Pandang je kat kita. Lepas tu dia duduk jauh-jauh. Mungkin sebab dia abang. Dia tunjuk yang dia lebih kuat.

Dedua pulak kalau dah lepas kena marah pandai nak ambik ati kita. Tolong kemas rumah, kutip toys dia yang bersepah-sepah.

Bila dah macam tu kadang-kadang rasa bersalah pulak marah-marah dia.

Nota kaki : Best kan melayan kerenah anak-anak

Daa

23 ulasan:

  1. emm dilema kan?
    aku ni penat la nak citer jangan cakap aku.babi.bodoh..bila dia ketaman dia akan balik tanya
    'orang tu kata bodoh.gila.tak baik kan?'

    ye la..mmg tak baik.anak umie yg good takkan cakap macam tu kan.

    itu si boy sbb dia ni aktof sikit.kakak dah besar so dia dh tahu apa yg baik dan buruk.si kecik.masih belum banyak tanya..

    tapi tak salah minta maaf dgn anak kalau kita salah..

    BalasPadam
  2. @HappyIrfa, betul tu.. kadang2 bila tengok org lain buat takpe.. dia buat tak boleh..anak2 pun jadi confuse..

    BalasPadam
  3. betul tu, kalau mmg kita salah perlu minta maaf tak kira la dgn anak sekalipun. Budaya minta maaf tu perlu diterap dari kecik kan

    BalasPadam
  4. aku pun pena kena "mama,makan dulu baru minum air"....hahha aku ajar die makan dulu baru minum air..tp kdg2 bile pedas tu aku minum air sambil makan...die pulak yg tegur...terpaksela ckp "alamak,mama lupela cha...sori."hehehe

    BalasPadam
  5. Anak-anak semakin cerdik. Masa ini masing-masing sedang membina kecerdasan otak kita kena berhati-hati.

    BalasPadam
  6. betul tu,kita sebagai parents ni tak salah pun kalau nak minta maaf bila wat salah..at least,anak2 pun akan minta maaf bila wat salah nanti

    BalasPadam
  7. @Anamarza, bak kata org melentur buluh biar dari rebungnya..

    BalasPadam
  8. @mummY daniSha, hahha.. budak2 ni makin bijak dan ingat apa kita cakap..

    BalasPadam
  9. @Kakzakie, betul kak..umur macam ni paling kritikal buat diorg..

    BalasPadam
  10. @Ila,kan..mak bapak kena tunjuk contoh yg baik..tapi kadang2 aku pun rasa aku tak cukup baik untuk dicontohi anak2..huhuhu..

    BalasPadam
  11. adesss terkena balik kan? student tini sllu cakp " cikgu ckp aku boleh". hehe...kdg2 time borak dgn kwn terkeluar perkataan aku. kena pandai2 jawab lah. huhu

    BalasPadam
  12. @Nini Hartini, kan..tu la.. kadang2 kita borak ngan kawan2 yg biasa dah guna aku..tak biasa nak guna saya2 ni..tapi depan budak2 ni kena lah hati2 sekarang..

    BalasPadam
  13. anak2 permata kita..harus dijaga kilauannya..semoga ia bersinar sentiasa selagi nyawa masih terkandung dalam jasad..keletah mereka umpama penghibur primadona jiwa kita..sehari tak mendengarnya,mesti jiwa akan sakit rindu..

    BalasPadam
  14. aa susah gk gitu kan..huhu..kena ckp aku sorok2 la dari anak2 kalau cmtuu.hik2..

    BalasPadam
  15. @Syuxer,wahh..macam berpuisi pulak..betul..kalau sehari tak tengok dengar keletah diorg macam rasa tak lengkap..

    BalasPadam
  16. @aimie amalina, kena cecepat kawen ada anak lah kalau macam tu.. layan anak sendiri baru seronok..hehehe...

    BalasPadam
  17. gelagat anak kita seakan sama...hehhe

    BalasPadam
  18. Mmg seronok lyn anak. Mcm sy, anak msh kecik. Sdg membesar. Tapi keletah die..

    Yelahkan? Anak kita...sape g nak terhibur klu bukan kita.

    =D

    BalasPadam
  19. @Fara, ye lah.. biar org kata anak kita hyperactive ke apa pun.. tapi tu lah buah hati pengarang jantung..

    kadang2 geram jugak bila waktu diorg terlebih gula..tapi rasanya mana tak tumpah kuah kalau bukan kat nasi..maksudnya adalah tu ngikut perangai mak bapak dia.. hahaha..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^