Isnin

Memperkasakan budaya meminjam

Assalamualaikum

Salam Isnin. Aku rasa dalam banyak-banyak negara dalam dunia ni, Malaysia adalah antara kerajaan yang paling aktif menggalakkan budaya meminjam di kalangan rakyat.

Ok, ni bukan entry nak burukkan mana-mana pihak ya. Baca, teliti dan fikir-fikirkan.

Zaman sekarang ni tengoklah nak buat apa pun. Semua ada pinjaman khas yang kita boleh mohon. Nak bukak perniagaan, nak bercucuk tanam, nak sambung belajar, malah nak meniaga kat bazaar ramadhan pun ada skim pinjaman khas yang dikeluarkan oleh TEKUN.

Tu baru pinjaman yang dikeluarkan oleh kerajaan. Belum pinjaman yang bank bagi, Ah Long lagi. Sampai kadang-kadang datang surat tawaran dari bank nak suruh kita meminjam walau pun kita tak mohon. Jangan terkejut. Yang ini betul-betul berlaku.

Kenapa kerajaan suka betul bagi pinjaman. Jawapannya mudah je. Duit. Aku tak nafikan skim pinjaman macam PTPTN yang kerajaan keluarkan untuk biaya pendidikan tu memang berisiko. Antara risikonya adalah orang yang pinjam tak bayar balik. Kalau difikirkan kenapa masih ramai orang mohon pinjaman PTPTN walau pun dah jelas terbukti yang skim pinjaman macam ni sebenarnya menganiaya peminjam. Dengan macam-macam jenis cas dikenakan setiap kali bayaran balik dibuat.

Bagi aku semua ni berlaku adalah apa yang berjaya ditanamkan oleh kerajaan dalam diri masyarakat kita melalui iklan yang ditayangkan kat TV. Apa yang diperlihatkan adalah melalui pinjaman pelajaran, anak-anak akan mendapat pendidikan yang lebih baik walau pun ibu bapa kurang mampu.

Hasilnya, ibu bapa memang tak berusaha untuk mampu sebab tahu kalau diorang tak mampu pun PTPTN ada. Aku bukan nak kata kerajaan huduh ok. Tapi sepanjang aku kat luar negara belum pernah aku tengok iklan pasal kerajaan galakkan rakyat buat pinjaman untuk sambung pelajaran, untuk bukak perniagaan atau untuk bercucuk tanam sekali pun. Budaya meminjam bukan satu budaya yang patut kita terapkan dalam masyarakat.

Masa aku kat Jepun, mak bapak berebut suruh anak dia belajar rajin-rajin sebab nak apply sekolah yang lebih baik, kalau boleh nak anak diorang berjaya apply biasiswa kerajaan. Tahu tak yang biasiswa kerajaan Jepun tu kita rakyat Malaysia pun boleh apply. Biasiswa. Bukan pinjaman. Sesen tak payah bayar.

Bukan kata kat Malaysia takde biasiswa. Tapi jumlahnya terlalu sedikit. Biasiswa lebih sinonim pada mereka yang nak sambung belajar kat luar negara.

Tabung simpanan SSPN mungkin bagus sebab ia menggalakkan rakyat menabung. Tapi entah kenapa aku memang tak boleh bersetuju dengan kewujudan tabung macam ni. Tabung SSPN adalah tabung simpanan di bawah PTPTN. Secara tak langsung menyokong kewujudan PTPTN. Bagi aku, skim pinjaman PTPTN hanya menguntungkan satu pihak. Merugikan peminjam. Mungkin ada orang kata pinjaman pelajaran adalah sejenis good debt. Tapi ia bukan sesuatu yang kita patut budayakan.

Nak bukak perniagaan, nak pinjam. Kita kena consider yang dalam 5 orang yang mula berniaga. Cuma sorang yang boleh bertahan sampai tahun kelima. Yang 4 lagi tutup kedai. Kumpul-kumpul yang sorang yang berjaya tu jadi sepuluh orang, cuma sorang dua yang berjaya sampai tahun kesepuluh. Kalau buat pinjaman sampai RM100k. Lepas tu perniagaan lingkup, nak cekau kat mana duit nak bayar pinjaman tu?

Ini adalah salah satu kegagalan sistem persekolahan kita, ia tak menyediakan seseorang untuk menghadapi realiti hidup. Sebab tu ramai kita tengok akauntan yang tak dapat urus kewangan sendiri. Yang ambik kelas pengurusan ekonomi tak kaya kaya.

Macam mana pun, bagi aku ia hak masing-masing. Sebagai ibu, aku memang takde plan nak buat apa-apa jenis pinjaman untuk biaya persekolahan anak-anak aku. Insya allah. Ini cuma plan aku. Aku boleh usaha, doa dan tawakal. Tapi mungkin lebih baik dari takde usaha apa-apa kan..

Daa

12 ulasan:

  1. betul tu, terlalu byk disogok dgn iklan pinjaman ni mmg boleh melemahkan rakyat, rakyat jadi kurang nak berusaha sendiri

    BalasPadam
  2. pinjaman sana sini...

    org kita mmg suka berhutang...

    BalasPadam
  3. @Anamarza, bila banyak iklan macam tu rakyat akan anggap meminjam itu lumrah..jadi amalan..

    BalasPadam
  4. Bagusnya berhutang. Boleh berlagak kaya. Kan Rai?

    BalasPadam
  5. Betul tu...

    tgk brapa ramai melayu yang buat pinjaman kereta smpai 9tahun (atas galakan k'jaan)

    dan berapa ramai kaum Cina yg berbuat demikian?

    Sedangkan kereta makin lama makin buruk dan makin susut harga?

    BalasPadam
  6. @Cik Puan Bunga, berlagak kaya la seronok weh..baru orang hormat..orang kita mana pandang kalau takat pakai motor cabuk.. kawin pun nak hantaran ribu2 apa.. hehehe..

    BalasPadam
  7. @Mama Syabil and Rania, sayangnya tak ramai yg melihat dari sudut tu..bagi org kita.. lagi besar kereta lagi hebat.. biarlah installment berapa tahun sekali pun..

    BalasPadam
  8. wehhh, bagus laa ngko ni... aku suka topik2 yg camni cuma aku takut emo jek kalo aku buat entri cmni... huhuhu...

    ok, serius..!!

    kenapa kerajaan memperkasakan budaya meminjam..? sebabnya kerajaan nak cipta situasi dimana rakyat akan sentiasa bergantung kpd kerajaan dlm segala hal... rakyat lihat skim pinjaman tu sbg bantuan drpd kerajaan dlm merealisasikan impian peniaga tp dlm masa yg sama peniaga akan terikat dgn kerajaan dlm pembayaran balik dan juga interest...

    peranan kerajaan sama mcm bank kan..? cuma bezanya bank tawarkan pinjaman menggunakan duit yang diniagakan sdgkan kerajaan menggunakan duit cukai, duit KWSP & duit rakyat sendiri...

    nampak tak apa yg kerajaan cuba buat..? kerajaan beri bantuan spy dpt ambik interest dr peminjam... drpd biarkan peminjam tu byr interest kat bank, lebih baik byr kpd kerajaan...

    so, kesimpulannya kerajaan pun mengambil kesempatan ke atas rakyat sendiri... sbb tu diorg galakkan budaya meminjam nih... sbb tu kerajaan lebih suka beri pinjaman drpd biasiswa sbb biasiswa tak dpt collect interest dr rakyat...

    BalasPadam
  9. wehhh, bagus laa ngko ni... aku suka topik2 yg camni cuma aku takut emo jek kalo aku buat entri cmni... huhuhu...

    ok, serius..!!

    kenapa kerajaan memperkasakan budaya meminjam..? sebabnya kerajaan nak cipta situasi dimana rakyat akan sentiasa bergantung kpd kerajaan dlm segala hal... rakyat lihat skim pinjaman tu sbg bantuan drpd kerajaan dlm merealisasikan impian peniaga tp dlm masa yg sama peniaga akan terikat dgn kerajaan dlm pembayaran balik dan juga interest...

    peranan kerajaan sama mcm bank kan..? cuma bezanya bank tawarkan pinjaman menggunakan duit yang diniagakan sdgkan kerajaan menggunakan duit cukai, duit KWSP & duit rakyat sendiri...

    nampak tak apa yg kerajaan cuba buat..? kerajaan beri bantuan spy dpt ambik interest dr peminjam... drpd biarkan peminjam tu byr interest kat bank, lebih baik byr kpd kerajaan...

    so, kesimpulannya kerajaan pun mengambil kesempatan ke atas rakyat sendiri... sbb tu diorg galakkan budaya meminjam nih... sbb tu kerajaan lebih suka beri pinjaman drpd biasiswa sbb biasiswa tak dpt collect interest dr rakyat...

    BalasPadam
  10. @Norhisham Nordin, tu la pasal..ni pun nak tulis kena beralas..takut nanti ada anon yang datang menyerang..kita bukan tau org faham macam mana apa yg kita nak sampaikan..tapi mungkin sbb blog aku tak berapa nak gleme lagi so takde lah komen2 terhangit dari anon..hehehe..

    aku rasa ko explain benda ni better dari aku..betul tu..tujuan membudayakan sikap suka meminjam ni adalah untuk menggalakkan rakyat bergantung pada kerajaan. selain dari tu kerajaan akan nampak sangat berbudi pada rakyat. even pada sistem tanam semula yg FELDA uruskan tu pun sebenarnya wujud penindasan. tapi rakyat tak tahu dan tak paham..sebab tu ramai anggap sebagai anak Felda aku kena bersyukur pada apa yg kerajaan BN dah bagi..opss..sori terlepas..hahaha..

    BalasPadam
  11. nk pinjam senang..nk membayor yg parah..hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^