Jumaat

Kalsium penyebab penyakit batu karang

Assalamualaikum

Penyakit batu karang adalah antara penyakit yang sering menyerang kaum lelaki. Dikatakan batu karang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Aku rasa lebih dari separuh lelaki selepas umur 20an akan rasa tempias-tempias batu karang. Walau pun cuma tempias, azabnya tuhan je yang tahu (cewah..macam lah aku pernah kena..hahaha) Yelah, bayangkan batu seketul nak lalu saluran kencing yang halus je tu. Meleleh ayaq mata kata orang utara.
Kidney bean..aku ngeri nak letak gambar buah pinggang rosak :P

Batu karang terbentuk akibat mendakan mineral dalam air kencing yang biasanya berpunca dari diet yang tidak sihat, sikap suka tahan kencing dan faktor keturunan.

Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit batu karang lebih mudah mengalami penyakit yang sama berulang-ulang. Satu lagi punca penyakit batu karang adalah disebabkan oleh kalsium.Actually yang dikatakan sebagai kalsium punca penyakit batu karang adalah second hand calcium. Eh..kalsium pun ada main second hand ke? Macam ni. Dalam tubuh badan kita 99% kalsium adalah tersimpan dalam tulang dan gigi, mana kala 1% lagi dalam darah untuk membantu pelbagai fungsi tubuh.

Yang dikatakan second hand calcium adalah kalsium simpanan yang diambil dari tulang. Keadaan macam ni berlaku kerana kita tak ambik kalsium yang cukup dalam diet kita. Bila fungsi-fungsi tubuh yang memerlukan kalsium ni kekurangan sumber, kalsium dari tulang akan diperah bagi membolehkan proses penting dalam tubuh tak terganggu. Akibatnya adalah kepadatan tulang semakin merosot dan seterusnya menyebabkan penyakit osteoporosis.

Kesan-kesan kekurangan kalsium

Dikatakan keburukan second hand kalsium ini adalah ia menyebabkan mendakan dalam air kencing dan seterusnya boleh membentuk batu karang. Antara simptom-simptom biasa adalah seperti air kencing yang keruh (berkapur), rasa sakit pada bahagian pinggang dan ketika buang air kecil dan kencing berdarah.

Kalau batu karang kecik kecik doktor akan bagi ubat lawas kencing dan suruh minum air bergelen gelen. Kalau jenis takde obat dah yang besar kemain tu biasanya kena potong buang buah pinggang :P takla. Pembedahan untuk keluarkan batu tu je.

The main problem dengan penyakit batu karang ni adalah once dah kena, forever kena berjaga-jaga.

Shujin pernah kena jugak. First time dia kena masa kitorg atas highway nak ke utara. Aku takde lesen pun terpaksa drive masuk celah mana tah kat Perak nun carik klinik pukul 4 pagi. Haru gila. Lepas tu ok. Bila kurang minum air ke makan benda terlebih masin akan start rasa sakit kat pinggang. Kalau tak minum air bergelen-gelen confirm kena balik.

Batu karang ni adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Sebab kalau salah sorang dalam rumah tu kena sakit batu karang confirm orang lain pun jadi sakit. Sakit hati. Orang sakit stress sebab nak buang air pun sakit. Orang sekeliling sakit hati sebab muka orang sakit tu stress je. Hehehehe..

So bila dah macam tu aku pun mula lah buat pertanyaan dengan Dr Google. Petua paling mujarab dan paling senang untuk pecahkan batu karang adalah dengan lemon jus yang dicampur dengan minyak zaitun. Berkerut muka shujin kena paksa minum tu. Kata shujin macam-macam rasa dalam perut. Melugai abis. Tapi petua ni memang terbaekk. Sekali cuba je nampak dah kesannya. Aku bagi malam, esok tu dah ok dah.

Masalahnya adalah..ia tetap datang berulang-ulang kali. Ingat larat aku nak pujuk shujin minum air hikmat tu berkali-kali. Sekali boleh la. Banyak-banyak kali tak dapat woo..

Berdasarkan pembacaan aku, batu karang tak terbentuk sekiranya pH air kencing rendah (keadaan berasid) Tatau la betul ke tidak. Aku tak pernah test :P Sebab tu bila minum lemon juice batu karang pecah. Lemon kan asid. Memandangkan shujin tak larat nak minum jus lemon hari-hari aku pun bagi cadangan suruh dia ambik supplement vitamin C. Tambahan ambik tablet calcium magnesium untuk pastikan kalsium dalam badan cukup untuk mencegah pembentukan semula batu karang. Sampai hari ni, batu karang tu dah tak berulang. Kami hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Hehehe..

Nota kaki : Lately aku ada sindrom kalau dah tulis entry jadi panjang berjela..ada ubat?

18 ulasan:

  1. wahhh... baru saya tahu... insya Allah lepas ni nak jaga pengambilan kalsium dengan lebih berhemah...

    jaga kesihatan kita bebaik kan

    BalasPadam
  2. @Gen2Merah, yang penting amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat..insya allah..

    BalasPadam
  3. Adakah tahan kencing juga punca penyumbang batu karang??
    Abah Khalisha Teringin Jadi Famous

    BalasPadam
  4. @abah khalisha, setahu saya ya..lagi lama kita tahan kencing.. air kencing akan jadi lagi pekat kan..risiko nak berlaku mendakan adalah lebih tinggi.. so kalau boleh elakkan tahan kencing..

    BalasPadam
  5. arwah muda dari muda hingga meninggal dunia sakit batu karang. cik ina dah tengok cam mana batu karang tu serupa cam batu karang kat laut. baru tahu sebab terlebih kalsium.

    BalasPadam
  6. @Cik Ina Do do Cheng, a'ah.. saya tengok gak..cam ngeri pun ada..tak dapat bayang batu besar tu nak lalu salur kencing.. adoii..second hand calcium ni biasanya penyumbang utama..cuma mungkin ada faktor lain mcm pemakanan atau ubat yg diconsume..

    walau pun nampak remeh tapi seksa gak..namanya pun penyakit..heheh..

    BalasPadam
  7. thanks..dah meningkat umo ni mcm2 penyakit akan muncul..dulu muda2 xder nak beringat cmni...masih belum terlamabat untuk bertindak mencegah...baca info kesihatan selalu cmni..sekurang-kurangnya kita dah tahu cmner nak protect.

    BalasPadam
  8. waaa
    bagus info ni
    mak mimi ckp
    kalo nak ybat batu krg ni elok mkn tembikai jugak
    sebab tembikai kan paneh
    insyaAllah mudah2an ye dpt cairkan batu krg tu =]

    BalasPadam
  9. @aimie amalina, ye ke..tapi orang tua saya pulak kata tembikai tu sejuk..sbb tu org lepas bersalin tak elok makan tembikai.. hehe..

    apa pun tembikai mmg banyak air.. insya allah boleh pecahkan batu karang tu..

    BalasPadam
  10. ooooo g2 penawarnya.. kalau suka tulis panjang2 kene pandai 'cut' aar pk kita jadi orang yg kena baca, sanggup ke kita... jgn jd ss je...

    BalasPadam
  11. @aimaniman, bukan kenapa.. cikgu saya pesan dulu..kalau kita nak bagi ilmu kat org jangan bagi separuh2..bila nak cerita semua tu yg entry jadi panjang..maybe lepas ni kena pecahkan kepada 2-3 entry.. hehe..

    BalasPadam
  12. mintak dijauhkan penyakit..memang azab la nak kencing,ada "roadblok" kat situ heheh..memang kurang asam la ada sekatan time kita nak buang hajat kan hehe..

    lemon jus + minyak zaitun=ubat sementaranya?

    hehe tq petua neh hehe..

    panjang lebar akak bagi penerangan keseluruhan pasal penyakit batu karang neh..ada ilmu disitu..semoga memberi manfaat kepada pembaca hehe

    BalasPadam
  13. Terima kasih...terima kasih atas info berguna ni..maksudnya kena bagi makanan berasid la ye..nanti ku cuba untuk suami nanti:)

    BalasPadam
  14. @qemaishakbagi minum jus lemon+minyak zaitun paling bagus..kalau batunya besar maybe ambik masa 2-3 hari.. minum belah malam sebelum tidur.. lepas tu amalkan makan supplement vitamin c dengan calcium magnesium supaya batu tak jadi lagi..so far batu karang husband saya tak berulang lepas amalkan..

    BalasPadam
  15. Thanks rai, akak sdg menghadapinya.

    BalasPadam
  16. mcmana nsk tentukan sukatan jus lemon tu dan minyak zaiton. smalam saya sakit teruk dibahagian kanan. doktor syak batu karang. dan since saya period so doktor tak boleh nak buat urine test. just makan ubat tablet. alhamdulullah lepas 12jam baru boleh kencing semula.

    saya tak mau bergantung pada ubat doktor.. so kalau boleh tau sukatan jus lemon dan minyak zaitun tu... saya nak try ikut petua tu aje..

    BalasPadam
  17. neeza,
    portionnya 1 nisbah 1.. saya guna jus dari sebiji lemon..lepas tu agak2 minyak zaitun tu sama banyak.. minum waktu malam tau..siangnya tu kena make sure minum air at least 2 liter..kalau dapat minum air apple hijau tak campur gula lagi bagus..

    selang selikan dengan air kosong..try lah..

    BalasPadam
  18. ...and they live happily ever after...

    hihihi... Kalau mkn epal hijau shj ok tak?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^