Khamis

Alhamdulillah..Dah lulus ujian peringkat pertama!

Assalamualaikum

Menunggu keputusan hasil dari penggunaan penggalak tanaman kami pada tanaman kelapa sawit ayah membuatkan aku tak senang duduk. Ibarat menunggu kelahiran anak pertama. Cewah. Hahahaha.. Tapi memang aku berdebar gila. Yelah. Takut-takut hasilnya tak seperti yang ayah harapkan dan tak seperti yang aku canangkan.

Untuk permulaan, ayah gunakan penggalak tanaman tu pada pokok kat kebun kecil dia je. Memandangkan kebun Felda masih dalam pegangan Felda untuk proses tanaman semula. Keputusan tu aku cuma tahu masa balik beraya kat Johor. Maklumlah, hal-hal macam ni kurang sesuai aku nak bincangkan melalui telefon je. Hari aku sampai tu, tak sempat aku tanya mak dah bercerita. Semangat mak aku! Hehehe..

Alhamdulillah. Hasil ujian pada skala yang agak kecil, ayah dapat tingkatkan hasil pengeluaran lebih kurang 30%. Bagus untuk permulaan. Hasil dapat dilihat selepas 15 hingga 20 hari penggunaan. Selain dari tu, perubahan fizikal pada pokok dan daun pun agak ketara. Bagi aku berita ni dah cukup mengujakan. Ayah order banyak sikit kali ni, kalau kali ni pun ok. Insya allah. Setiap bulan ayah nak order katanya.

Selain dari tu, ayah buat ujian pada pokok pisang jugak sebab aku cakap kat ayah pisang member aku jadi gemok lepas guna. Dalam setandan pisang, dia cuma letak penggalak pada sebahagian je. Hasilnya, buah pisang yang dapat penggalak tu satu setengah kali ganda lebih besar dari pisang yang takde letak apa-apa.

Kalau ada yang berminat nak tengok sendiri pokok ayah aku tu meh la datang Kulai. Kalau penggunaan dah diperluaskan pada pekebun sekitar Pahang nanti aku cerita lagi. Insya allah.

Nota kaki : Selain sawit, boleh juga guna kat getah dan tanaman padi. Untuk testimoni penuh dan jugak maklumat lanjut boleh hubungi aku melalui email ourkizunastore@gmail.com. Insya allah tak rugi mencuba. Selain harganya murah, peningkatan hasil boleh dilihat selepas sekali guna je. Lepas 15 hingga 20 hari. Memang berbaloi baloi..

Daa

17 ulasan:

  1. @abah khalisha, penggalak bukan baja..macam vitamin gitu la..

    BalasPadam
  2. wahh bidang pertanian..tu satu perniagaan..good job

    BalasPadam
  3. waaa
    bagusnyeeee
    teringin juge mahu menjadi spt kamu! =]

    BalasPadam
  4. @Bro ahmad, thanks bro.. anak org felda..pusing2 pertanian lah.. hehe..

    BalasPadam
  5. @aimie amalina, insya allah.. ada kemahuan..bila jumpa peluang jangan lepaskan ok..good luck

    BalasPadam
  6. @mynameismy, aah..ayah orang felda inas kulaijaya johor..my felda jugak ke?

    BalasPadam
  7. baja apa tu? cam best je?
    kat rumah arwah ayah slalu guna baja tahi kambing je.. huhu

    BalasPadam
  8. salam ...mama doakan semoga berjaya yer...:)

    BalasPadam
  9. @Zul Fattah, actually penggalak bukan baja.. baja still buat macam biasa..tapi dia bagi vitamin tambahan utk pokok.. kalau sawit dia akan tambah jisim buah sawit tu..so far kat area kulim banyak org dah guna..

    kalau berminat boleh contact email tu ya..

    BalasPadam
  10. @maszull, insya allah.. akan teruskan tanpa putus asa..hehe..

    BalasPadam
  11. satu bisnes yang mampu menghadirkan pulangan yang lumayan..semoga sukses dalam perniagaan neh..:)

    BalasPadam
  12. bagus ni kalau bagi bapak aku try utk anak getah nya itu

    BalasPadam
  13. @Syuxer, insya allah..sedaya upaya utk tidak berputus asa sampai berjaya..hehehe..

    BalasPadam
  14. @HappyIrfa, sangat recommended.kalau ko tengok barangnya atau nak tau lebih lanjut kontek je email aku.. ourkizunastore@gmail dot com

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^