Rabu

Tiga serangkai

Assalamualaikum

Cabaran bila salah seorang anak tak sihat. Adik beradik lain pun berjangkit. Terutamanya adik yang belum cukup kuat daya tahan tubuhnya.

Aqil batuk sebab hujan malam. Tidur taknak berselimut. Bila batuk, jangkit pada Damia. Damia pulak, yang aku perasan. Kalau selesema, dia dulu kena. So last sekali, jangkitlah pada Aisy dalam bentuk package.


Mulanya aku tak risau Aisy demam. Bila start batuk tu aku bawak dia ke klinik. Semalam, paru paru tak berapa clear. Terpaksa la doktor bagi ventolin pagi dan petang.


Aku start bagi steam dengan urut dada Aisy dengan garlic oil. Tepuk percussion. Walau pun tak berapa expert, harap dapat membantu sedikit sebanyak.

Hari ni hari ketiga kerja kat rumah. Alhamdulillah dapat bos yang agak memahami. Tenkiu bos.

Ada cadangan lain untuk home remedies bagi batuk?

Daa

20 ulasan:

  1. ok. aku jeles ko dapat work from home. huk huk..

    semoga anak-anak cepat sihat ye. dan ko pun kene jaga kesihatan juga. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tq uni. gigil gak masa nak mintak ngan bos tu..

      Padam
  2. Rai dah join grup nutrisi remedi alamai malaysia kat FB? Sana banyak membantu.

    BalasPadam
  3. ...sbb Aisy kecik g. Sy pun takde solution. Ms Aydin baya Aisy, dia suka muntah klu batuk. So, segala bagai kahak muntah. Nasib baik juga, setiap kali pegi klinik, paru2nya ok.

    Rai, sy tataulah apa yg sy amalkan ni kebetulan atau mmg betul tp apa yg sy amalkan ni pd Aydin mmg menjadi. Tapi sy amalkan pd Aydin bile dia dah bsr2 mcm ni. Aydin kan ada asthma. Selain hati unta, sy amalkan bg oren sunquick cmpr madu manuka. Alhamdulillah, selalunya time cuaca lembab mcm ni, Aydin senang sgt kena asthma attack. Tp kali ni, magic. Hari tu die demam, sy hydrate kan die dgn oren sunqick ni. Flu pun x jdk hinggap n even ada batuk tp tak kronik mcm before ni (asthma).

    BalasPadam
    Balasan
    1. madu manuka mmg bagus utk batuk dgn demam. tapi sebab aisy belum cukup setahun, saya tak berapa berani nak bagi.

      Padam
  4. hm.. budak2 kalau batuk kesian betul :)

    BalasPadam
  5. Same la haritu...sorang dmam..abih smua dmam...trmasuk baby...dgn batuknya lg...pgi spital doc bg msuk sedut cecair utk clearkan kahak saje...sbb baby kan...mmg x de ubatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la.. yg abang dgn kakak tu boleh nak agi cuba macam2 ubat. tapi yg baby ni yg risau..

      Padam
  6. takde lain yang aku bagi kecuali manuka honey pagi dan malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yg besar aku berani nak bagi banyak2 manuka. Aisy belum cukup setahun.. risau jugak.. sesikit boleh la..

      Padam
  7. Kebetulan,entry kita sama hari ni, tentang anak kena bronchitis/asthma. :)

    Selain ventolin ( samada Syrup..or nebulizer if condition teruk), mmg boleh guna teknik steam tu...Wife saya dah cuba steam tu, guna mesin sterilizer Avent kami...Petua/tips nya,boleh try titiskan Habatus Sauda...Alhamdullilah...mmg byk mucus keluar thru hidung/mulut baby kami tu...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab steam tu masalah nak keep dia still masa tgh proses tu la. insya allah saya cuba. thanks doc.

      Padam
  8. musim kot kan rai...dayyan pun baru kene batuk2 n selsema nie...demam mmg harap2 laa tak kene...awal2 dah bagi ubat semua....

    get well soon yeak aisy....

    BalasPadam
  9. bila demam ada sekali batuk...kasihannya rasa
    anak-anak selesa dengan syrup panadol...itupun ubatnya

    BalasPadam
  10. anak saya amik remedi homopati je.

    lama juga x komen di sini. lets keep in touch ya.

    BalasPadam
  11. Oh, sekarang nie, memang dah start musim demam batuk ni kan. Bila Adam dah operate remove tonsil dia 4 tahun lepas, dia dah susah nak demam dan selsema. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Wa...bagusnya boleh buat kerja dari rumah. Kalau ramai majikan bg gini, takde la masalah ibu nak bekerja.

    BalasPadam
  13. susah hati kan kalau jadi mcm ni

    *saya beli kepah kat pasar chow kit je
    so far segar juga la isi dia

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^