Jumaat

Resepi kare pan yang rangup dan gebu

Assalamualaikum

Kare pan (カレーパン) adalah sejenis roti kari. Kare - kari, pan - roti. First time aku jumpa masa belajar kat Jepun dulu. Ianya adalah sejenis roti yang digoreng bersalut dengan serbuk roti dan berintikan kari. Karinya agak pekat. Terasa kekariannya, tapi kari Jepun tak pedas macam kari di sini. Rotinya sedikit masin dan manis. Memang sedap. 


Kat Malaysia da semakin banyak kedai roti dengan konsep Jepun. So, tak susah sebenarnya nak dapatkan roti ni. Cuma aku agak 3G - gatal gedik gomol (?) hahaha... nak buat sendiri..


Roti belum goreng
Resepinya aku ubahsuai resepi roti paun je. Sebab masa ngidam tu dah malam. Aku malas nak browse pilih pilih resepi. Tapi alhamdulillah. Makan masa sarapan pagi tu memang sedap gila. Aku pun tatau kenapa. Dah sejuk pun masih lembut tau.

Resepi kare pan yang rangup diluar dan gebu lembut
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu suam (aku pakai susu tepung full cream yang dibancuh dengan air suam je)
2 sudu besar gula
Setengah peket yis yg mauripan tu
1 biji telur
2 sudu besar minyak makan atau mentega cair (aku guna minyak je)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
(Bread improver dengan softener tu boleh je tanak letak. Aku letak sebab nak habiskan stok kat rumah.hihi)
1 sudu kecil garam

Bahan inti
Aku guna inti karipap kentang je

Bahan menyalut
Sebiji telur
Tepung gandum
Serbuk roti

Cara membuatnya
Bancuh yis dengan 1/4 susu suam dalam mangkuk besar. Biarkan 10 minit atau hingga keluar buih buih. Kemudian masukkan baki susu, telur, minyak dan gula. Campurkan tepung, garam, bread improver dan softener dalam bekas berasingan. Gaul rata. Campurkan bahan kering ke dalam mangkuk yis tadi. Kalau nak mudah, masuk separuh dan kacau dengan sudu sampai sebati. Masukkan separuh lagi sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat jugak. Tambah tepung sikit.


Uli doh sampai licin. Masuk dalam mangkuk yang dah sapu dengan minyak. Tutup dengan towel lembab dan biarkan sejam atau sampai doh naik 2 kali ganda.

Tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Bentukkan bulat bulat ikut saiz yang dikehendaki. Leperkan doh dan masukkan inti kari kentang dalam tu. Nak sedap karinya bagi lebih sikit. Letak daging pun sodap. Masukkan inti dalam semua doh. Tutup dan biarkan 10-15 minit. Atau sampai adunan naik 2 kali ganda pulak.

Nak sediakan salutan serbuk rotinya pulak. Letak tepung gandum, telur dan serbuk roti dalam bekas berasingan. Golekkan doh tadi ke dalam tepung gandum kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Gorengkan dalam minyak yang panas sampai warna keemasan.

Nota : Doh jangan terlalu tebal sebab takut tak masak kat dalam. Terutamanya bahagian doh yang dekat dengan inti tu.



Tapi resepi aku tak follow link kat atas tu. Next time aku try yang tu. Ada masa nanti aku buat versi bahasa melayu ya.

Daa

13 ulasan:

  1. tq share yer RAI, ada masa leh cuba gentel2 buat juga !

    BalasPadam
  2. Amboi, resipinya...juling biji mata. Rupanya mcm tepung gomak pun ada.

    BalasPadam
  3. eh menarik lah....nampak sedap tu.... lieya leh cube nanti bile dtg mood menguli heheheh

    selamat berhujung minggu rai...

    BalasPadam
  4. Sedap nampak... Ni tingin nak buat ni...

    BalasPadam
  5. rajinnya buat.. ada bread maker ke rai?

    BalasPadam
  6. rajinnya.. ni yang teringat kat mak. mak Rajin buat macam macam jenis kuih/roti.

    BalasPadam
  7. rajinnya.. ni yang teringat kat mak. mak Rajin buat macam macam jenis kuih/roti.

    BalasPadam
  8. Ya..ini dia resipi kare pan rai..sya mau2...bookmark2.hehe..klu buh inti sadin pun boleh ka rai?tima kaih kongsi resipi kare kare ni eh rai.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. syaz, apa inti pun boleh.. aiskrim pun boleh. good luck!!

      Padam
  9. sedapnye..thanks share dgn kitorg..huhuhu

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^