Isnin

Resepi Aiskrim Yo Berry Yummy

Assalamualaikum

Siapa tak suka aiskrim kan.. Err.. Maaf di musim batuk-selesema begini.. Hehehe..

Aiskrim Yo Berry Yummy ni sedap dinikmati untuk menyamankan tekak dikala panas. Yang bestnya, aiskrim ni tak muak sebab ada rasa masam dari yogurt NESTLE Natural Set. Dan sedikit lemak manis dari whipping cream. Di tambah pulak dengan buah strawberry. Bukan aje budak-budak, orang tua pun mesti teruja nak makan. 


Macam sedap kan.. Macam sedap.. Hehehe.. Jom tengok resepinya..

Resepi Aiskrim Yo Berry Yummy
Bahan-bahan
250g NESTLE Natural Set yogurt (setengah bekas yang besar tu)
1/4 cup non-dairy whipping cream (dah ada rasa manis, jadi tak perlu tambah gula)
2 sudu besar strawberry emulco
3-4 biji Buah strawberry dihiris nipis (Nak sedap tambah lagi)
Chocolate rice atau chocolate chip secukupnya
Mold aiskrim

Cara membuatnya.
Tambahkan setengah sudu strawberry emulco ke dalam NESTLE Natural Set yogurt. Kacau sebati. Nak bagi adunannya smooth, tapiskan dengan penapis kopi. Masukkan bagi strawberry emulco ke dalam adunan tapi tak payah kacau sebati. Biarkan ada corak sikit. Masukkan satu sudu kecil coklat rice atau coklat chip ke dalam mold.  Sudukan sedikit adunan yogurt ke dalam mold aiskrim. Selang selikan dengan buah strawberry yang telah dihiris nipis. 

:: Kalau nak lebih sihat lagi, gantikan strawberry emulco dengan strawberry fresh puree.

Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan selama beberapa jam.

Sangat mudah kan..? Bagus jugak kalau jadikan aktiviti bersama anak-anak. Diorang pun mesti eksaited nak menunggu hasilnya.

Malah, aiskrim Yo Berry Yummy ni sihat, kaya dengan kalsium dan rendah lemak! Malah, bagus untuk sistem penghadaman. Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan NESTLE Natural Set yogurt dan resepi lain yang sedap sedap lagi? Jom terjah

Damia akan tanya sama ada aiskrim dah siap ke belum setiap sejam. Hahaha..

Kalau nak buat dengan buah buahan yang lain pun boleh. Selain dari tu. Boleh jugak celup dalam coklat cair nak bagi ada salutan coklat. Perghh.. Memang terbaiklah..

Selamat mencuba.

Daa

21 ulasan:

  1. Sedapnya. Resipi pon senang. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. rai, nak tanya, ni untuk sponsored post kan?

    blh tahu, nuff dah contact ke gtau sape yg terpilih ek? kot2 saya tertinggal keretapi ke.. hihii

    bkn pe, sbb dari emel yg saya dapat sblm ni, dari pemahaman saya, kita isi je dulu maklumat yg dia nak dekat link yg dia bagi dalam emel tu... jika kita terpilih dari 50 orang tu, baru dia akan inform kita...

    dr pemahaman saya dia nak link blog bukan link entry.. ke saya salah paham ek pasal emel tu... :)

    BalasPadam
  3. @IntaNBerliaN、actually.. saya pun agak kurang jelas.. haha.. mula mula saya pun faham macam tu.. tapi husband saya pulak cakap kena buat post satu.. so saya just buat je lah.. just in case.. sbb pk balik.. anyway benda ni untuk entry post saya jugak.. diorang tak sponsor post pun saya dapat je trafik.. tapi kalau terpilih dalam 50 blogger tu diorang suruh buat entry lain.. saya buat yang lain la..

    BalasPadam
  4. wahh dah keluar resepi yogurt nestle laaa heheheeh...hope terpilih antara 50 blogger tu kan...sbb hadiah lumayan....

    tp sayang laa rai sbb resepi ni bagus....tapi takpe, rai pandai masak sure backup resepi yg ade gempak punye kan....

    BalasPadam
  5. @lieyalatif, haha..tersalah faham nampaknya.. pestaim kan dapat benda camtu.. ingatkan tulis entry dulu baru diorang pilih.. anyway.. takpe lah.. mmg nak share resepi pun.. :D

    BalasPadam
  6. Mesti anak2 suka ni Rai...mmg nmpk sedap ni...bole try juga ni...

    BalasPadam
  7. walaupun musim sejuk... dingin2 ni pun sedap jugak makan aiskrim

    BalasPadam
  8. Walllaaaaaaaaaaaaaaaa! terbaik ni air tgn ibu Rai hehehehe..
    Mintak sikit.. musim batuk2 selesema kami di Muar ni masih kuat antibodi lagi wakakaka... Biasala tido malam2 tu sejuk! brrrrr!
    Haiiii sedapnya la...

    BalasPadam
  9. Masa anak2 kecik2 rajin juga main2 buat2 aiskrim ni ngan budak2.. depa memang suka sangat la..
    sampai ada satu ketika bila depa pandai buat aiskrim malaysia siap juai lagi..

    BalasPadam
  10. mesti sedap ni rai. tq share rezepi yer

    BalasPadam
  11. dh lama aku nak beli bekas aiskrim tu tp x beli2 lagi

    BalasPadam
  12. terasa lemak manisnya Rai...sedapnya

    BalasPadam
  13. rai...
    malas nak buat...hantar laa kat sini 1dozen gituu...baru berbaloi,.....ekekekek

    BalasPadam
  14. nampak mcm sedap je..
    nanti bolehlacuba

    BalasPadam
  15. tak kisahlah untuk nuff ke.. yang penting tengok ice cream tu menarik.. ;)

    BalasPadam
  16. a'a betoi tu rai, scara xlgsg dapat traffic sbb nanti 50 yg terpilih mesti dorang duk google gak kan.. :)

    btw, yg ni mmg pelik sikit pun rai, sbb sblm ni dorg bg SP bukan stail camni.. xda pun suh submit2 link lps tu baru nak pilih... saya sendiri pun kompius sblm ni.. sbb saya pun pada mulanya ingat nak kne wat entry gak dulu.. hihii

    btw, respi ni mmg nampak best.. aiskrim tu pun nampak sedap.. lenkali leh try.. :).. apa2 pun kalu rai terpilih, saya tau rai mesti byk lg resepi yg kebabooommmm... :-) Good luck

    BalasPadam
  17. sedapnya kak.. tapi Ros ni tak rajinlah nak buat.. sebab sekarang duduk bersua je ngan husband. husband lak tak minat makan aiskrim, coklat, kek dan yang manis-manis..

    BalasPadam
  18. haha..rajin ko makcik..
    aku pon ingat buat entry pasal resepi pakai natural yogurt tu..rupanya dia pilih dulu baru kita buat entry ek..

    apepon good luck! semoga berjaya..hadiah lumayan gak tu..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^