Isnin

Random

Assalamualaikum

Tahniah pada pasukan gajah yang menang memijak mijak kijang pada perlawanan akhir yang aku tak tengok pun semalam. Masa perlawanan berlangsung, aku tengah bergolek golek tido dalam kereta sambil shujin terkuap kuap memandu pulang ke Shah Alam. Sori shujin. Aku agak keletihan membantu majlis kenduri akikah semalam. Actually majlis kenduri akikah anak sedara baru yang gambarnya aku tak ambik punyala hampeh kan. Aku tumpang sekali akikah sebahagian lagi untuk Aqil. Tinggal lagi 2 bahagian untuk akikah Aisy Thaqif. Maklumlah. Rakyat marhaen cam aku buat ikut kemampuan. Buat sedikit sedikit. Mungkin untuk Aisy tu aku tunggu buat masa musim korban tahun depan. Ada lah kisahnya kenapa aku tak buat masa musim korban tahun ni. Tak pe lah. Takde rezeki.

Eh.. kisahnya ni agak random.. Gambar cacamarba je…
Gambar masa kenduri kahwin schoolmate aku di Puchong..

Yang ni breastpump baru yang tak berapa nak effective. Jadi la buat lega lega ketiak sikit.. Aku still prefer Avent Manual

Kare pan (bun kari goreng)

Kare pan tu sejenis roti goreng yang sangat glamer masa aku belajar kat Jepun. Yang dalam gambar ni belum goreng. Ianya adunan roti yang digolek dalam bread crumb dan digoreng. Intinya kari kentang. Rasanya memang sedap gilaa.. Hehehe..

Tak sempat sembang panjang. Nanti aku cite lanjut.

Daa

2 ulasan:

  1. hehehe byk juger cerita dlm satu n3 ni rai !

    BalasPadam
  2. Resipi kare pan tu satu rai..tgh bersemngt buat roi ni..hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^