Isnin

Wajib ada di rumah!

Assalamualaikum

Satu insiden berlaku sebaik aku selesai masak makan malam. Tengah sibuk nak menghidang lauk, Aisy datang celup tangan dalam kuah sayur yang baru angkat dari dapur. Baru mendidih! Tertumpah kat kaki aku sekali. Aku pun jerit tengok dia dah nangis sakit. Cepat cepat aku angkat dia dan letak allano lotion.

Aku lumur habis kat bahagian tangan yang kena tu. Sampai lupa nak apply kat diri sendiri. Tak sampai lima minit dia berenti nangis. Tangan pun dah tak merah. Membuas semula.


Tangan yang kena air panas. Da lepas apply.


Budak lepas rasa tangan tak sakit.


Losyen allano penyelamat kami.

Actually tak magic pun losyen ni. Salah satu kandungannya adalah lanolin dan allantoin yang dikatakan membantu untuk heals melecur, luka kecil dan kegatalan. Even bagus untuk ruam lampin dan elak stretch mark. Kalau kena air panas atau api, cepat cepat sapu allano lotion ni kat tempat terkena. Insya allah perit sebab melecur akan hilang serta merta. Kulit pun tak jadi melepuh dan berair. So, parut pun tiada. Hehe. Kalau kena gigit serangga dan timbul merah tu boleh sapu jugak untuk kurangkan gatal dan bengkak.

Lotion ni dalam bentuk foam. Satu botol tu boleh tahan lama. Agak berbulan la baru habis. Harganya cuma RM35. Losyen macam macam guna terutama sebagai first aid kit bila berlaku kecemasan. Berbaloi baloi. Pelbagai guna. Guna untuk urut lepas kemalangan pun bagus kata Kak Zakie.

Kalau ada yang berminat boleh email kesoma.rai@gmail.com.

Sharing is caring kan.

Daa

12 ulasan:

  1. kami pon losyen ni wajib ade di rumah..budak2 ni luka sikit pon mintak letak allano..haha..

    BalasPadam
  2. acik pun dah guna ni rai..ada je dirumah

    BalasPadam
  3. wah menarik la.. nak beli jauh plak hehehe

    BalasPadam
  4. Bagus ni. Sejak baca kat blog Kakzakie tuari, kakcik memang terfikir nak beli losyen ni. :)

    BalasPadam
  5. sama komen macam kakcik..
    sehingga kini akak belum beli lagi :(
    ntah bila dapat jumpa kalau nak beli dekat rai.. :(

    BalasPadam
  6. oh bagus jugak losyen tuh yer...

    BalasPadam
  7. Bgs ni Rai. Boleh ilang perit melecur. Tu yg best.

    Rai, nak tny psl penapis air. Boleh recommend penapis air yg Rai pnh cite tu? Harga mcm ne ye? Benefitnya mcm ne lak? Ke sama dgn produk yg ade dlm market skg ni?

    BalasPadam
  8. Syiannya Aisy...Alhamdulialh,takde apa2 yg buruk brlaku.Mmg penting benda2 camni ada kat rumah...tambah2 klu ada kecemasan camtu

    BalasPadam
  9. Itu rietta tgk mcm familiar, sma mcm kak zakie punya....naseb baek akk pntas....wsau klu jd gelebung isi air....sian bdk comei sorg tu....

    BalasPadam
  10. ololooorrr kesian baby.. bagus ada minyak ni..

    BalasPadam
  11. Boleh buh putih telur jugak. Seb baik slalu bt meringue. Hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^