Ahad

Persamaan pokok dan manusia



Bila pokok kena jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak, antara faktor utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Pernah terbaca satu masa dulu, bila tumbuhan kekurangan nutrisi, ia akan mengeluarkan stress signal yang menarik perhatian serangga perosak.

Oleh itu, kalau pokok kerap diserang serangga atau penyakit, selain dari menyembur racun serangga, kita juga perlu memastikan medium penanaman ditambah dengan nutrisi secukupnya bagi pokok.

Begitu juga manusia, bila kita kekurangan nutrisi, kita akan mudah jatuh sakit atau dijangkiti pelbagai patogen. Oleh itu, selain dari makan ubat kita juga perlu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan seimbang.

#infokesihatan #sihatnutrilite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^