Apa persamaan ketara manusia dan tumbuhan.
Tanaman yang kurang nutrisi bukan saja mudah dijangkiti penyakit, tapi akan mengeluarkan hormon stress yang menarik perhatian serangga.
Selain dari itu, penggunaan racun serangga kimia akan merosakkan rangkaian bakteria baik dan seterusnya mengganggu keseimbangan bakteria di tanah. Seterusnya, dalam jangka panjang akan menyebabkan nutrisi dalam tanah berkurangan.
Manusia pula. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan pelbagai gangguan penyakit dan mudah juga dijangkiti penyakit kerana imun sistem rendah.
Manakala, penggunaan antibiotik atau ubat yang tidak terkawal akan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam tubuh seterusnya akan menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan. Nak sihatkan kembali tubuh dan elak dari mudah dijangkiti penyakit, kena bagi nutrisi seimbang dan pastikan bakteria baik seimbang.
Subhanallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^