Khamis

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)

Assalamualaikum

Kegilaan makanan Jepun sangat kan aku. Wakaka.. Actually aku dalam proses nak menerai (mencuba), pelbagai jenis resepi masakan Jepun. 

This time aku cuba resepi ni. Sebelum ni tak tau pun rupanya resepi asal sayur ni menggunakan mirin (beralkohol~!) So, bila dah tau ni, buat sendiri.

Bagi aku ianya sedap dan sihat. Takde goreng goreng. Jom tengok macam mana nak membuatnya.

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)
Bahan-bahan
Sayur bayam
Bijan putih disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu besar kicap shoyu
Sedikit gula

Aku buat sikit je ni. Adjust bahan-bahan tu mengikut keperluan dan tekak ya.

Cara membuatnya
Kalau ikut resepi asalnya, bayam tu dipotong dan direbus. Tapi sayang lah kan, nanti hilang zat bayam ke dalam air rebusan tu. So, aku masak air sikit je. Tak perlu sampai macam nak rendam bayam. Bila air dah mendidih, baru masukkan bayam. Tutup periuk tu dan tutup apinya. So kira bayam tu kena stim je dgn airnya. Aku buat ni, at the end airnya akan habis tersejat. Sebab guna air pun beberapa sudu je. Yang penting wap air tu ada nak melayukan bayam.

Gaul bijan tumbuk kicap shoyu dan gula. Lepas tu gaul dengan bayam yang sudah layu tadi.

Tadaaa.. Siap..

Senang gila kan.. 

Aku ratah je ni. Bau wangi bijan tu memang memikat selera.. Yummeh~!

Nak resepi lain lagi? Moh LIKE page Frozen Takoyaki di FB. Bukan saja resepi makanan Jepun, resepi mudah dan senang yang lain pun aku share.

Kalau berminat nak cari bahan makanan Jepun, boleh whatsapp ke 0126894317 untuk pesanan dan pertanyaan.

8 chef wanita yang hot selain dari aku

Daa

7 ulasan:

  1. assalamualaikum rai...sedap ni...boleh cuba nanti...:)

    BalasPadam
  2. ALahaiiii...sedpa lah pulok tgk ☺

    BalasPadam
  3. Rai ini keep on mention kicap Shoyu aje buat kakak nak cari.
    Kalau dah ada kicap tu barulah kakak boleh ikut buat resepi Rai ini.

    BalasPadam
  4. Pasti berkhasiat, sebab tu popey suka sayur ni...hehe

    BalasPadam
  5. sedapnye rai...

    ckp pasal mknn jepun dah lame tak mkn sushi ...salmon sashimi...udon...adoiii rindu2.....

    BalasPadam
  6. tq rai for the recipe. semoga kaya dan berjaya. aminn..

    BalasPadam
  7. aida ni memang buta skit bab makanan jepun, rai.
    sushi tu pun aida x reti makan!
    takoyaki aje la kot...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^