Isnin

Sambutan birthday shujin

Assalamualaikum

Tahun lepas, aku ada order surprise cake untuk shujin tapi surprise tak menjadi sebab baker aku terpaksa bercuti kerana ada kematian saudara terdekat. Tahun ni alhamdulillah surprise cake tu menjadi.


Kek biasa biasa je. Walnut butterscotch. Tak begitu manis. Kena dengan selera tuan punya badan. Sedap katanya. Baker kami macam biasa lah.. Sister's Cakery - Ilyana Isa. Kek diorang memang sedap. Harga pun berpatutan.

Si kepochi.. Macam birthday dia pulak

Anak dara rambut tak bersikat.. Tepi tu siapa lagi kalau bukan si Balqis.

Muka anak bapak sangat kan Aisy ni

Jarang jarang dapat ambik, tu pun tak clear

Anak sulung kesayangan
Sambut birthday makan-makan sikit. Kali ni ada kelainan sebab shujin request taknak makanan jepun. Hahaha.. So kitorang makan western kat Chilli's. Yang bestnya.. Kids eat for FREE untuk setiap main meal yang kami order. Satu je la kids meal yang kena bayar. Anak-anak tak biasa sangat makanan western, so pakat tapau bawak balik. Lepas ni kena biasakan diri dengan western food pulak ye.

Birthday shujin sebenarnya 3/Sept aritu. Aku kerja jugak sebab cuti dah takde. Sadis.. Birthday Balqis esok, Aqil pulak Jumaat ni. Semua pakat berhimpit bulan September. Tahun depan sambut sekaligus je lah. Jimat belanja ibu nak beli kek. Hahaha..

Daa

8 ulasan:

  1. Selamat hari lahir buat Shujin.. Rai tu..
    Best jugk kalau sambut sekali serentak tu..
    Dah sama bulan September..

    BalasPadam
  2. Happy birthday Shujin. Macam menarik sgt kek bday diaaa


    Aishah

    BalasPadam
  3. Buat semua lump sum terus Rai...hihihi

    BalasPadam
  4. wow celebrate sekeluarga.
    best kan?
    moga panjang umur...

    BalasPadam
  5. selamat ulang tahun shujin Rai...
    menarik kek tu...terliuq nak rasa

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun shujin Rai...
    menarik kek tu...terliuq nak rasa

    BalasPadam
  7. happy belated besday
    berderet deret :)
    dapnya nengok kek memalam ni

    BalasPadam
  8. I am happy to find this post very useful for me, as it contains lot of information. I always prefer to read the quality content and this thing I found in you post. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^