Selasa

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Dah lebih kurang 8 bulan pindah. Dah dekat setengah tahun jugak aku berjinak-jinak bercucuk tanam kat sekeliling rumah. Banyak belajar dari ayah dan group petani moden kat FB. Banyak betul tips yang orang kongsikan. Macam-macam jenis boleh tanam. Tiap kali tengok post kat FB mesti rasa teruja.

Cumanya.. dengan kederat aku sekarang ni memang tak berapa nak daya lah. Semangat tu tinggi dah. Nasib baik shujin banyak membantu. Sambil-sambil tu kami kemas sedikit sebanyak laman yang berserabut tu. Maklumlah, orang tak berapa nak ada. Bukan semua benda kami mampu nak upah orang.


 Tomato, tembikai kuning, cekur, kunyit, mempelam, daun kesom, pudina, mulberry..

Eh.. Banyak jugak pokok-pokok ni. Ada yang tumbuh tak berapa nak subur macam tomato tu. Hidup segan segan. Tapi so far alhamdulillah. Banyak yang dah mula nampak hasil. Serai dah tak payah beli dah.
Ni tembikai kuning. Shujin dengan anak-anak paling suka tembikai. So tanamlah bebijinya. Baru nak belajar berbuah. Harap dapat dimakan hasilnya nanti.

Kacang edamame dah dua kali dapat hasil. Sampai dah agak jemu makan. So aku frozenkan sikit nak rebus tabur dalam salad diorang. Jadi lah. Buat kudapan depan tv kan. Organik dan non-GMO gitu..

Walau pun tanah cuma sekangkang kera, sedikit sebanyak cuba jugak kitorang manfaatkan. Itu pun tak termampu nak diuruskan dengan baik. Banyak lagi yang kosong dengan rumput rampai liar. Ni baru nak tambak dan ratakan sikit-sikit. Kemudian tanam rumput elok sikit. Barulah sedap mata memandang. 

Semoga datang semangat dan ketekunan nak siapkan sebelum habis 2016. Hahahaha.. Aku dah sarat satgi shujin je lah yang mengerjakannya. 

Daa

9 ulasan:

  1. ya Allah rai....sejuk tangan rai.... mcm2 tanaman ade...siap tembikai hah...okey lieya mmg kagum....lieya ni tahap tanam pokok pisang, kari, pandan, serai, kesum ajek tauuuu hahaahahah tu pun ade yg tgh tgu nak arwah....adus!

    BalasPadam
  2. Rai...edamame tu senang x tanamnya? Oh my akak sangat gila suka makan kacang tu tau...nyummm

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... itulah kalau ada tanah dimanfaatkan tak rugi Rai. Org yg tak ada tanah sanggup tanam dlm pasu ini ada ruang tanah kalau tak gunakan memang rugi. Ada pokok tu payah jaga pun macam serai, ulam raja, cili, kalau dah besar siram ajelah... sehari sekali pun tak apa...

    Dapat hasil suka kan...

    Tanah yg ada lagi tu tanam aje kunyit dan halia biarkan dia tumbuh sendiri Rai. Rumah kakak tak ada tanah.

    BalasPadam
  4. mmg manjdi...kacang adame? rietta xpernah tgk pown...nmpak macam asam jawa lak...hehehe....suka tgk tembikai tu....

    BalasPadam
  5. uncle pon rajin bercucok tanam!

    tapi kat farmville je la... huhuhu

    BalasPadam
  6. bagusnya kakkkkkk saya nak try jugak..tapo menebas lalang jer pun dah sakit badan acaner he he he

    BalasPadam
  7. Wah...tembikai tu. Bestnya kalau rumah ada tanah macam ni.

    BalasPadam
  8. tembikai tu. .
    bestnya dpt cucuk tanam.
    plg best bila dpt tgk hasilnya dan makan, kan

    bila due akak ?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^