Jumaat

Serik pakai IUCD

Assalamualaikum

Adakah aku akan serik nak pakai IUCD lepas ni..?

Mungkin tak jugak kot. Aku still anggap IUCD adalah kaedah perancangan keluarga paling selamat. Kes aku berlaku atas kesilapan aku jugak sedikit sebanyak.

(1) Selepas pakai IUCD, pastikan scan untuk tau kedudukan IUCD tu betul pada tempatnya - Lepas pasang IUCD di LPPKN. Diorang tak buat scan. Aku pun tak pergi scan dengan betul.

(2) Buat self check untuk pastikan IUCD masih berada dalam serviks - Setiap bulan, selepas sahabat baik datang. Kena buat self test. Doktor akan bagitau cara untuk check tu. Aku tak buat sangat pun. So thats why aku tak tau IUCD tu tak ada dah dalam serviks. Dan akhirnya negligence aku menyebabkan mengandung


(3) Kalau ada sebarang sakit pada abdomen yang lain dari biasa, lain macam. Refer pada doktor - Dua tiga minggu sebelum aku disahkan mengandung memang berlaku sakit pada abdomen sampai tak boleh nak angkat kaki. Nak jalan pun bongkok-bongkok. Agak bongok bila difikirkan kembali, sebab aku ignore je sakit tu.

(4) Pemasangan IUCD sepatutnya tidak begitu sakit dan tidak berpanjangan - Setiap individu berbeza sebenarnya. Tapi skill pasang ni bukan semua doktor boleh buat tau. Di LPPKN, proses pasang adalah sangat menyakitkan bagi aku. Dan pendarahan berlaku 5-7 hari. Which later, doktor aku kata "rare". 

Kes aku.. Doktor yang merawat aku kata ada kemungkinan, pemasangan tak betul dan menyebabkan IUCD lost. Sebab aku tak rasa IUCD tu keluar. Doktor tak berani kata tanpa evidence, tapi bunyinya macam IUCD tu sebenarnya masih dalam badan, tapi bukan dalam serviks. 

So far, aku takde ada rasa sakit di mana-mana. So tak boleh nak kata apa. Finger cross yang IUCD tu sebenarnya terkeluar tanpa aku sedari. Otherwise.. Shujin jadi orang paling susah hati.

After all these... Aku takde la rasa serik pun pakai IUCD. Aku still akan pilih lagi sebab thats the best choice untuk aku. Yang berkaitan hormon memang out of question la. Yang natural tak begitu berkesan sebab memang dah pernah berlaku pregnant jugak. Cuma lepas ni aku taknak pergi pasang kat LPPKN. Bayarlah lebih sikit kat swasta. Dan lebih hati-hati lagi.

Doakan pregnancy kali ni baik-baik saja.

Daa

10 ulasan:

  1. InsyaAllah moga dipermudahkanNYA..

    BalasPadam
  2. akak tgh pregnat ke skrg. tahniah
    jaga diri

    saya bab ni takut la hihi
    hri tu doktor suruh pilih kaedah yg nk digunakan. direct j sy ckp x nk. huhuhu.sbb tunggu lama kan
    yg nurse kt klinik dok la suruh ambil itu ini..

    BalasPadam
  3. in shaa Allah...
    semua akan ok.
    dan pregnancy akan menjadi moment terindah kali ni :)

    BalasPadam
  4. Sungguh kakak ngilu sangat bila fikirkan apa yg Rai alami. Moga tak jadi yg tak diingini dan selamatlah pregnancy sehingga bersalin.

    BalasPadam
  5. k.ipar sy pkai IUCD, mkn ubat, implan dan cucuk tu smua dia mengandung...hahaha...dh abes kaedah katanya smua dia cuba...

    take care kak

    BalasPadam
  6. take care & moga dipermudahkan semua urusan...

    BalasPadam
  7. lieya terus terang takut....mase dulu dibagi 3 pilihan...cucuk depo, makan pil ngan alat iucd ni laju lieya pilih cucuk...3 bulan sekali jek...nak mkn pil takut badan naik plak huhuhu

    sudahnye rai lieya rancang sendiri jek....cucuk tu seksa gak sebab period tunggang langgang...penah nak dekat sebulan period...kene plak bulan ramadhan..jenuh dibuatnye kene ganti 14 hari ...ye laa ari ke 15 tu baru di kire darah sakit kan.....

    BalasPadam
  8. Moga slmt bersalin rai.. Rezeki dari Allah..

    Err LM ngilu bab masuk2 ni. Sakit x masa pakai? Lg satu tu lah mmg baca ramai sgt hamil walau pki tu yg LM bertam ah ngeri. Takat ni mmg pilih rancang sendiri ilut kalender je lah yg LM berani. Lima dah ank yakin dgn cara tu je.. Yg lain mmg takut sakit, malas telan ubat . Cucuk? Erkkk lg takut

    BalasPadam
  9. Tahniah sis.... Ngeri plak kita dgr,bila mmbr2 crte psl b'salin pun nauzubillah azabnye...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^