Rabu

Pengawalan serangga perosak - Ulat

Assalamualaikum

Bila berkebun ni memang tak lari dari serangan serangga dan haiwan perosak. Sangat frust bila kita dah excited nak kutip hasil, tetiba ada yang mendahului. Yang famous kat rumah ni adalah siput babi, ulat dan belalang. So far aku belum banyak sayuran daun, so tak berapa nampak sangat kesan belalang tu. Tapi, ulat sangat suka bermastautin kat pokok bendi. Habis bendi yang baru nak berputik digigitnya.

Tanda-tanda serangan ulat ni adalah pucuk jadi layu dengan ada kesan biji-biji najis berwarna hijau. Lepas tu nampak la ada lubang kecik-kecik pada buah bendi.
Ulat ni memang suka makan bahagian pucuk. Maybe memang sedap kot bahagian tu. Lembut lemak lemak.. Hehehe..

So, macam mana nak mengawal serangan ulat ni tanpa menggunakan racun?

Banyak yang aku baca mengenai penggunaan bawang putih untuk mengawal serangan haiwan perosak. Cara nak buat pun senang. Cukup dengan bahan-bahan yang kita selalu guna kat dapur.

Bawang putih, halia, cili diblender atau ditumbuk sampai hancur. Tambah air dan kemudian tapiskan. Airnya tu masuk dalam botol penyembur. Tambah dalam setitik sabun basuh pinggan. Seeloknya, sabun basuh pinggan yang mesra alam sekitar. Aku gunakan dish drop. Lepas tu semburkan pada pokok, terutamanya bahagian yang diserang. Sebelum mula menyembur, potong buang bahagian yang kena serangan tu dulu. Lepas tu sembur pada seluruh daun dan buah. Semburan haruslah dibuat pada waktu pagi.

Boleh nampak perubahan seawal dua hari lepas semburan. Ulang semburan 2-3 minggu sekali. Katanya, semburan ni bukan saja boleh kawal ulat, malah boleh kawal dari serangan kulat dan afid juga.

Selamat berkebun.

Daa


9 ulasan:

  1. Kakak cuma guna bawang putih aje Rai ok juga nampaknya. Lain kali kakak cuba cara Rai pulak..

    BalasPadam
  2. kena tunggu penanaman baru, baru boleh cuba petua ni.. ;)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,
    Tahniah, dah jadi peladang jaya

    BalasPadam
  4. dulu tanam kacang panjang...ada ulat, terjuntai2 dari kacang tu. Apa lagi, zasss..musnahkan semua sbb geli sgt dgn ulat!

    BalasPadam
  5. oh , mudah jer . pokok saya pun byk kena serang 3 makhluk tu ...

    BalasPadam
  6. Geramkan baru je ambil buah dua tiga kali dah mati diserang serangga perosak...
    Nak buat la..

    BalasPadam
  7. mula2 tuaian tak ada masalah, kebelakangan ni sejak pokok dah tua baru kena serang

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^