Khamis

Menangani buli pada peringkat awal

Assalamualaikum

Sebenarnya kes buli ni adalah pengalaman yang kami hadapi sendiri. Sejak mula sekolah, awalnya aku bekalkan air dengan bekalan ke sekolah pada Aqil. Lepas tu, entah macam mana beberapa kali dia balik dengan bekas makanan yang pecah. Katanya kawannya pijak. Aku tak sure la kawannya terpijak atau diorang memang bergurau beramai-ramai memijak. 

So, aku bekalkan duit suruh dia beli kat kantin sekolah. After a while, dia kata kawan dia ambik duit. Kemudian, aku pun bagi bekal makanan semula pada Aqil. Kawan dia dah tak ambil atau mintak duit dengan dia. Kes ambik duit tu mula-mula kami tak tau. Tapi budak budak ni kita kena pandai bagi soalan. Kes ni berlanjutan kira-kira dua bulan.

Sudahnya... Aku tak tahan. Aku pun pergi ke sekolah untuk bagi surat aduan. Memang ada sekolah sediakan kertas untuk kita isi. Dalam surat aduan tu, aku tak tuduh budak tu ambik. Aku tulis sebagai aku "syak" dia ambil. So mintak cikgu jalankan siasatan.

Lepas kira-kira seminggu. Budak yang selama ni mintak duit Aqil tu terkantoi. So memang sahih dia yang ambil. Katanya dia ambil sebab parents dia tak bagi duit poket dan takde bagi makanan. Lapar. Mintak duit dengan kawan.

Budak tu kawan sekelas dia. Baru 7 tahun!!

Adalah paling merisaukan bila anak-anak dah mula bersekolah kan. Masa kecik kita didik dan tatang dia. Bila dah bercampur gaul, dia bawak perangai entah datang dari mana. Sebab tu sebagai ibu bapa kena pandai bagi soalan pada anak-anak. Perhatikan kawan-kawan dia bergaul. Zaman sekarang ni, jangan kata budak lelaki, budak perempuan pun dibuli dan membuli.

Luangkan masa dengan anak-anak. Tengok kalau ada sebarang perubahan sikap dia untuk tengok tanda-tanda dia kena buli. Kalau selalu berbual dengan anak-anak. Diorang akan rasa selesa nak ceritakan apa apa dengan kita. 

Cikgu adalah mata-mata kita. Bina hubungan baik dengan guru-guru. Ambil tindakan segera dengan membuat aduan pada pihak sekolah untuk minta diorang siasat hal yang berlaku. Jangan terus tuduh, tapi minta mereka siasat.

Semoga anak-anak kita semua dilindungi dari dibuli dan membuli. Takut betul tengok kes-kes buli zaman sekarang ni. Sampai menyebabkan kematian. 

Jangan buli anak sampai jadi gini.. kesiann... huhu
Daa

8 ulasan:

  1. aduh...7tahun dah pandai buli kan rai...tapi lieya salahkan parents die.... dgn bekal takde, duit tak bagi...ingat budak tu leh suvive ke kat sekolah dari pagi sampai petang.... silap2 dtg dari family pecah belah kot...hope parents budak tu amik berat laa kes gini....

    mujur rai buat tindakan awal...kalo tak sampai bile laa anak kite jadi mangsa buli kan...

    BalasPadam
  2. Nafisah pun mula2 kawan asyik ambik barang dia, pemadam, pensil, gam, dia tu timid sikit.. x pegi tadika, jadi x pandai berkawan/tak pandai melawan....
    Makchaq bagi tau cikgu dia.. cikgu panggil budak yg ambik, akhirnya budak tu mengaku dan pulangkan balik.. sekarang dah ok.
    Agaknya budak yg ambik tu pun x faham kot.. x boleh ambik barang arang.. to entah lah..

    BalasPadam
  3. kakak dh lalui zmn buli bdk2 sek rendah ni...masa anak kakak dulu lagi lah melampau sampai berani ambil duit dari dlm kocek baju...ank kakak tu x melawan dn pendiam ,tapi kalau kita ckp sendiri dgn bdk2 ni mereka xtakut...serah pd cikgu baru selesai masaalah.

    BalasPadam
  4. True Rai. Kita kena selalu berbual dgn anak. Ambil tahu aktiviti harian, kenal kawan2 dia, jadi kawan dia sekaligus jadi ibu.

    Bagis tindakan awak tu. Pihak sekolah pun alert yg Aqil ada parents yg caring. So x boleh sambil lewa.

    BalasPadam
  5. Yg ibu buli adik pakai tudung tu kenapa ye? Kesian.. tapi comel tau:)

    Buak sekaran gni Rai kecik-kecik pun dah pandai buli. Jadi memang kakak dulu ajar anak kakak sebelum kena buli buat bentneg pertahanan.

    BalasPadam
  6. alahaii cuak la pulak nak antar aichan pg tadika tahun depan..

    BalasPadam
  7. Buli dimna2...minta duit pun buli juga...sruh pg ambil brg buli juga..
    nilh akibatnya..dh suruh tk reti nk ucp terima kasih..mmg bulilh tu..

    BalasPadam
  8. Sian aqil. Ingat acha je kena buli kat sek. Duit asik abis je. Tny beli apa xmo jwb. Dah la makanan kita bekalkan. Tup2 baju kotor cap tapak kasut kat bontot. Tny dia meraung2 nangis tp takmo ckp. Rupa2 nya budak darjah 6 sepak dia mintak duit.

    Darjah satu membuli mmg sakit hati dgr kan? Sesuka hati pecahkan bekas anak kita. Hati mendidih je dgr. Aritu camtu gak acha blk baju koyak kena gunting bahagian dpn.mak aihh ank darjah satu dah reti buat khianat gunting bg kawan ke? Anak manusia ke apa ni?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^