Assalamualaikum
Ramai sebenarnya yang minat bercucuk tanam. Tapi kebanyakannya terhalang oleh masa dan keadaan rumah. Contohnya yang duduk di apartment tak bertanah. Dengan adanya teknologi macam media sosial, ramai yang dapat berkongsi idea nak bercucuk tanam.
Nak mula bercucuk tanam pun sebenarnya kos tak tinggi. Tak payah nak beli pasu mahal-mahal pun..
Ni bekas-bekas yang aku gunakan untuk semaian. Dalam kulit telur pun ada. Hahaha.. Senang nak pindahkan nanti. Antara pokok yang tengah disemai adalah limau nipis, tomato, cherry tomato, pudina, limau kasturi. Daun pudina tu shujin beli 20sen je. So try semai pucuknya. Ada 2-3 pucuk je yang nampak ada harapan. Hahaha.. Cherry tomato aku ambik dari tomato beli kat pasaraya. Limau kasturi ambik biji dari orang kenduri buat mi kari. hahaha.. Aku korek bijinya tanam. Limau nipis pulak ada sebiji dah lama dalam peti sejuk. Aku tanamkan aje. Bekas yang guna pulak, yang biru tu bekas cendawan, bekas tauhu, bekas vitamin, sarang telur dan kulit telur, kotak air soya dan bekas air minuman. Jimat kan..?
Kunyit, halia pun ada aku semai. Baja aku guna baja taik ayam dengan kompos yang kami buat sendiri. Aku baru cuba-cuba buat mol pisang. Haa.. Mol tu apa. Nanti aku share. Bagus sangat untuk yang nak bertani secara organik.
Ini pulak pokok rozel. Ada 3 pokok je. Belakang tu serai wangi. Memang wangi sungguh baunya. Orang kata boleh buat air mandian. Bagi segarkan badan. Hehehe..
Hujung minggu ni nak sambung buat batas sikit. Tapi kena pergi hantar barang jugak nanti. Tak tahu lah sempat pindahkan anak-anak pokok tomato ke tidak tu.
Nanti nak tanam rosemary, sayur-sayur, daun sup dengan daun ketumbar jugak. Harap-harap berhasil lah. Tak dapat jimat banyak, jimat sikit pun jadi lah kan. Kepala pun segar, hati pun seronok tengok tanaman.
Apa yang korang buat kalau nak hilangkan stress?
Daa

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kagum kagum..saya nak ilangkan stress p lepak tepi pantai ngeeee
BalasPadamwahh..banyaknya Rai tanam. Macam2 ada! saya rajin sikit je..so, setakat pandan, kari tu ada lah. hehee
BalasPadamkreatifnya...mcm2 de..nk masak nti senang..hehehr
BalasPadamAkak baru balik kampung... macam macam benih bawa balik. Tapi tak tau la jadi atau tidak... hehehe...
BalasPadamLebih kurang sama lah aktiviti kita..
BalasPadamSaya pun guna bekas terpakai untuk menyemai
Macam tin susu..sardin..air kotak semua tibai..
Berkenan tengok pokok roselle dia lawa tu :)