Selasa

Entry pokok banyak sangat

Assalamualaikum

Iye.. Korang tahankan je la entry pasal pokok yang banyak sangat sejak-sejak ni ye. Terapi stress aku lepas pindah rumah. Kalau dulu aku boleh mengemas rumah je. Walau pun rumah tak pernah nampak kemas pun. Hahaha..

Kenapa stress..?

Macam tu lah hidup. Kadang-kadang kita happy. Kadang-kadang kita stress. Aku redha jadi orang perempuan ni memang banyak benda kita nak stress kan. Anak mandi tak bersabun pun boleh jadi sumber stress. Kejut anak bangun pagi pun boleh jadi stress. Rumah bersepah pun nak stress. Eh.. ada ke bini-bini tak stress bila rumah bersepah. Hahaha.. Namanya kan pompuan emo. 

Selebihnya.. sebenarnya entry tu semua auto publish. Aku buat masa weekend. Aku tak berapa nak sempat nak buat entry sekarang.

Pasal rumah.. Aku still bersesak-sesak kepala memikirkan macam mana nak mengemaskan barang-barang yang berkotak-kotak. Personal belonging dan juga item jualan. Walau pun dah berpindah ke dalam entity yang lebih besar. Aku tengok barang macam makin banyak. Eh korang ada tak perasaan macam tu lepas pindah rumah.

Seriously.. Tension gila weh..

Takde ke pokok berbunga keluar duit ke duit jatuh selonggok depan mata. haishh..
bak singgit!
Sori la mandrem pepagi. 

Daa

5 ulasan:

  1. Kalau ada pokok yg boleh keluarkan duit kakak sanggup beli baja yg mahal mana sekalipun Rai. Jaga pokok tu tiap hari pun tak apa...:)

    BalasPadam
  2. Keep it simple...senang nak menten...
    Organizer helps a lot...
    Tak sempat nak lipat, sumbat dalam lemari
    Tak sempat nak kemas, sumbat dlm chest drawers.....haha

    BalasPadam
  3. Kita dalam khemah yang sama...

    BalasPadam
  4. Rumah kecik semak rumah besar makin semak...ahahhaa...

    Pelan2lah Rai...pokok duit? Akak nak jugakk...

    BalasPadam
  5. Ituuuuuulah sumber stress akk sekarang ni. Nk beli drawers, nak beli lemari...semua hubby reject. Tapi dia bebel sbb rumah bersepah...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^