Sabtu

Cara-cara menanam kunyit

Assalamualaikum

Kunyit sangat banyak kegunaannya dalam masakan melayu. Daun kunyit sangat wangi dan sangat sedap kalau digunakan untuk balut ikan yang nak digoreng. Kunyit pun dah semakin mahal, so marilah kita menanam pokok kunyit. Hehehe..

Cara-cara menanam kunyit
(1) Dapatkan ibu kunyit. Ibu kunyit lagi senang dan cepat nak semai. Aku tak ada ibu kunyit, so aku semai guna anak-anak dia je. Ambik masa hampir sebulan tau!! Balut kunyit dengan kertas suratkhabar yang lembab. Kemudian simpan di tempat gelap. Check sekali sekala untuk pastikan kertas yang membalutnya tu sentiasa lembab. Lepas 2-3 minggu, akan nampak tunasnya keluar.
nampak tak dah ada mata sikit yang keluar tu
(2) Tanamkan dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk dapatkan isi kunyit yang gemuk, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya. Dan pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

** Nak semai terus ke dalam tanah pun boleh. Kambus sikit dalam tanah dan pastikan tanah sentiasa lembab. Bukan basah, kalau basah dan menakung air, nanti kunyit jadi reput dan busuk. Kalau semai terus dalam tanah aku ambik masa dekat dua bulan.. kena banyak sabar ye..

TIPS : Daun kunyit sangat disukai oleh serangga. Jadi nak pastikan agar tak diserang, boleh kisar cili, bawang putih dan halia. Lepas tu tapis ambik airnya. Semburkan pada tanaman untuk mengelakkan dari diserang oleh serangga macam belalang. Ada juga yang kata boleh campur sedikit minyak dan sabun basuh pinggan. Aku guna dish drop sikit jugak (Dish drop mesra alam dan tak berbahaya kalau tertelan)

Selamat mencuba

Daa

13 ulasan:

  1. tq perkongsian..selama nie tanam kunyit main tanam aje...patut lah busuk...

    psst rai...dah lama tak ada entri pasal lego ciptaan bujang rai tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dpt tips dari group.. sabo je tunggu nak tumbuh tunas tu..

      entry lego tu husband yg buat.. dia busy sangat sekarang.. tak sempat nak buat entry..

      Padam
  2. Syukur Rai bercerita. Akak mmg ada impian nak tanam kunyit. Maklumlah, senang nak masak lemak cili api. Lagipun, akak mmg suka daun kunyit. Wangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kak.. nak beli alang alang sangat.. guna sikit je.. lebihnya kecut.. bila nak guna ppulak dah kering.. haha

      Padam
  3. Patutlah kunyit aku asyik mati je....aku siram byk sgt air...

    BalasPadam
  4. terima kasih.patut la tanam kunyit,asyik hilang je daunnye..

    BalasPadam
  5. mmg betulla lamanya nak semai kunyit tu smpai kuar tunas..rasanya dah nk dekat sebulan nih...sy follow cara awak..tp balut kunyit tu dgn tisu pembab n letk kt tmpt gelap..2-3 hr sekali cek tgk..nmpk dah mcm nk kuar tp blom kluar2 lg tunas...uwaaa...

    BalasPadam
  6. @Maliana Mohamad, nak tunggu tunas keluar tu mmg bercinta.. silap2 boleh give up jadinya.. saya pun ingat dah tak jadi dah.. sob..

    BalasPadam
  7. Terima kasih.dah banyak kali taman kunyit tapi tak hidup

    BalasPadam
  8. t kasih. mmang byk brsabar mnunggu. 2 mggu baru nampak tunas. mggu ke 3 x sampai 2 cm lg. mungkin lambat sbb sy x balut pun. letak je dlm bekas kat dlm bilik air. setiap kali mandi sy siram hehe.

    BalasPadam
  9. aku 0 pengalaman tanam tanaman herba ni.. saja nak cuba dulu,aku beli kunyit dkt pasar then terus tanam dlm pasu.. mak aii,sebulan aku tunggu kunyit aku bertunas.. ingatkan mati dh kunyit aku sebab sebulan xnmapk perkembangan dan syukur sekarang dh tumbuh dngn jayanya..

    BalasPadam
  10. Tq utk tips semburan utk jauh dari serangga tu...sy hanya tanam kunyit aje mkn masa sebulan lah br dia keluar tunas...seronok tanam2 ni terutama pokok2 herba ni...minat sgt...tq atas info ...😍

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^