Assalamualaikum
Aqil dah darjah satu tahun ni. Alhamdulillah. Almost 7 tahun dah aku jadi ibu.
Dan dua hari lepas..
Isnin dengan Selasa aku hantarkan sampai ke tapak perhimpunan dalam sekolah. Hari ni dia pergi sendiri. Actually cikgu dah tak bagi mak bapak masuk. So dia pun pergi sendiri. Harap harap oklah tu. Insya allah.
Mainan dan games kami dah simpan. Malam diorang tidur awal. Setakat hari ni, takde masalah nak suruh bangun pagi. Liat sikit. Tapi takde drama air mata. Alhamdulillah. Hehehe..
Aqil bawak bekal. First day dia nak sandwich. Aku buatkan sandwich telur letak timun. Semalam buat burger. Dia kata sedap. Hari ni nak lagi. Elok la tu. Air pun dia bawak. Tapi sampai sekolah dia tak pandai bukak botolnya. Ketat kata dia. So, dia beli air kat kantin. Kami bagi RM2. Seringgit dia beli air. Balance aku suruh dia simpan. So, dah simpan RM2 dah la.
Buntu jugak aku nak bagi bawak bekal apa. Aqil ni kalau makan nasik lambat. Macam dikira butir nasik tu. So macam kurang praktikal nak bagi bawak nasik. Tapi takkan nak bagi roti hari hari kan. Nanti la belek encik google. Tengok bento lawa lawa makcik Jepun. Kot jadi sumber inspirasi ke. Hehehe..
Belanja gambar anak dara sorang masa hari orientasi abangnya. Dua tahun lagi giliran kita pulak ya.. Hehe..
Daa

selamat bersekolah buat aqil=)
BalasPadamKalau dapat roti hari2, dia happy tak? Hehehe. Boleh bawakkan mee dengan macaroni bagai tu Rai...
BalasPadamKejap rasa kan Rai - dah tahun satu dah Aqil.
BalasPadamTapi kalau anak kakak roti hari-hari pun tak apa. Jenis yg suka roti janji dipelbagaikan roti tu.
Rai, comel je budak kecik tu.
BalasPadamMoga Aqil jadi insan cemerlang. :)
BalasPadamrai, nanti kongsi bento aqil ya?
BalasPadamAssalam rai,
BalasPadamchaiyok3
mommy sila bento
he3
Comel gambar² aqil.. masa ni la nak belek gambar lama,tengok gambar anak time kecil kan kak? Tak sangka, dah besar dah..bagus akk buat bekal untuk dia..
BalasPadamdah sekolah dah aqil...aqil dah tak bina lego lagi ke..dah lama tak baca cerita binaan aqil..
BalasPadamComel jer aqil. Selamat kembali ke sekolah ☺
BalasPadamsebaya dgn fasya..
BalasPadamselamat menempuhi alam persekolahan..
belajar rajin2 ye