Selasa

Syarat untuk berjaya dalam perniagaan Amway

Assalamualaikum

Syarat paling penting dan paling utama untuk berjaya dalam perniagaan Amway.

Dengan memilikinya, insya allah anda tidak akan mudah mengalah dan berputus asa walau apa juga yang menimpa. Walau apa pun cabaran, yang penting adalah melangkah ke depan.


Iaitu : Impian yang luar biasa

Ingin berjaya dalam perniagaan Amway kerana nak beli rumah? - Tak cukup luar biasa. Ramai orang mampu beli rumah dengan bekerja makan gaji.

Nak berjaya dalam Amway sebab nak duit banyak? - Berapa banyak?RM500,000? 

Nak berjaya sebab bosan bekerja makan gaji? Kena maki dengan bos? - Anda mungkin kena maki lebih banyak lagi dengan orang yang tak tau apa apa tentang MLM.

Apa yang ditawarkan oleh Amway yang membuatkan aku belum pernah terfikir untuk berhenti mencuba adalah sesuatu yang amat luar biasa. Dan bersamanya aku ada impian yang bagi aku sangat luar biasa. Yang hampir mustahil dapat aku capai melalui pekerjaan aku dan apa apa perniagaan lain yang aku usahakan.

Apa impian dan matlamat yang ingin aku capai melalui perniagaan Amway? Hehehe..

Tapi, percayalah. Apa yang ditawarkan oleh perniagaan ini teramat luar biasa. Peluang yang amat sukar kita temui melalui perniagaan lain dengan modal serendah itu. 

Bagi aku kepuasan dalam perniagaan Amway bukan sahaja dalam bentuk material. Malah kepuasan dalam diri.

Jadi, sekiranya nak berjaya dalam Amway.. Sebelum mula membina empayar perniagaan Amway. Silalah bina impian anda terdahulu. Adakah ianya cukup luarbiasa untuk mendorong anda untuk berjaya?

Ramai orang selesa dengan kehidupan mereka hari ini dan menyebabkan mereka tak nampak kenapa nak bersusah payah berusaha bina perniagaan Amway. Ramai yang berpendapat, "cukuplah dapat duduk di rumah yang selesa, tak kelaparan dan cukup duit untuk beli pakaian". Dengan pekerjaan sekarang pun mereka dapat capai semua tu. Aku tak kata itu tak bagus. Cuma, kalau nak berjaya dalam Amway, buang jauh jauh mentaliti "cukup" dalam diri. Bina impian yang luarbiasa.



Apakah impian korang?

Daa

11 ulasan:

  1. impian saya no satu : BEBAS HUTANG
    impian saya no dua : nak rumah sendiri

    insyaAllah..

    good luck kak rai..

    BalasPadam
  2. impian lah yg membuat manusia terus bersemangat. org yg takde impian, hidupnya seakan mati..

    BalasPadam
  3. Kena ada target/aim barulah ada usaha keras utk mencapai apa yg diburu..

    BalasPadam
  4. Sebenarnya bukan setakat nak buat MLM je kita kena ada impian luar biasa. Nak buat bisnes apa² pun kena ada impian luar biasa.. Ni kata² yg sy kutip dr org bisnes yg dah berjaya..

    BalasPadam
  5. impian saya tak nak kerja makan gaji..dah bosan kerana kena arah itu dan ini..

    BalasPadam
  6. teringat masa kecik2.. abah akak jual Amway utk tambah pendapatan as a teacher... membesar akan dengan Amway.heee... suka sangat...

    BalasPadam
  7. Sudah lama tak dengar pasal AMway ni.. biasa cosway aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amway sebuah perniagaan yg mempunyai secure

      Padam
    2. Amway sebuah perniagaan yg mempunyai secure

      Padam
  8. Betul.. berniaga apa pun niat mesti ikhlas.. insyallah.. saya baru kenal Amway.. masih merangkak lagi.. tahniah Rai .. suka baca blog u, tumpang lalu ye..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^