Rabu

My Home Expo PICC

Assalamualaikum

Last weekend, 12 hingga 14 Disember 2014, berlangsung My Home Expo di PICC (Putrajaya International Convention Center). Kami sekeluarga turut pergi untuk memeriahkan suasana pada hari pertama expo berlangsung.

Expo macam ni biasa lah.. Nak cari deal yang bagus untuk renovate rumah, pasang kitchen cabinet, beli perabot dan lain lain keperluan rumah. Even bagi yang nak beli rumah pun ada pameran dibuat kat luar dewan.

So, kami sampai tu makan tengah hari dulu kat cafe PICC. Lepas tu barulah meronda. Aku dah aim beberapa perkara. Shujin cari lampu. Hehehe..

Entrance

Sebelum masuk, kita daftar dulu
Antara aktiviti yang "kononnya" menarik adalah aktiviti membongkar kod rahsia untuk bukak peti hadiah. Ada tiga kotak. Nombor kombinasi 6 digit. Macam harem~ je aku rasa sebab possibility untuk boleh buat adalah satu persejuta. Unless korang memang bertuah gila. Dapatlah bukak. Pada aku, langsung tak exciting. Even aku dapat tiga attempt untuk isi kod setiap satu kotak tu pun aku takde rasa seronok. Memang tau dah. Takkan dapat. Sorry pada penganjur, tapi pada aku, daya tarikan tu cuma untuk mengaburi mata pengunjung. Konon ada hadiah. Tapi almost mustahil orang nak menang kot. Hehehe.

Ok.. Takpe.

Kita ke tapak expo.


Pameran tu dibuat dalam Hall A, tapi kat luar tu adapameran hartanah. Bagi yang ada duit nak invest dalam property atau nak beli rumah, kat luar tu ada pamerannya. Kitorang lalu je. Hehehe.. Terus masuk dalam dewan.
Booth Macy. Diorang jual voucher untuk buat langsir. RM400 untuk buat 3 set langsir. Dua set untuk tingkap dua panel dan satu set untuk tingkap satu panel. Aku tak pernah tempah langsir. Biasanya aku beli ready made langsir je. So aku rasa murah gila. Sebab RM400 tu diorang siap datang ukur, pasang dan dapat penyangkut tepi tu. Kedai kedai langsir kat GM Klang aku tengok satu set langsir lebih kurang RM200 ke RM250 ikut jenis kain dan saiz. So kalau RM400 dapat tiga set macam murah la kot pada aku. Hehehe.. Voucher valid sampai bulan May tahun depan.

Tilam bantal pun ada jual. Stress je muka pakcik yang jaga booth tilam ni sebab bebudak lanyak tilam. Nasib baik first day tak ramai orang. So kurang sikit stress aku mengejar bebudak bertiga ni. Lagi lagi bila diorang dah start boring+penat pusing pusing  dalam tu. Yang pakai topi krismas tu kambing biri-biri. Mula mula aku nak marah Aisy melanyak tilam. Bukan nak beli pun. Pastu dia pun panggi "ibu..ibu... mekkkk~!" buat bunyi kambing yang comel. Terus aku tak jadi marah. Wakaka..

Ini adalah gambar kombinasi untuk plaster siling. Tapi diorang ni tak pakai material plaster tu. Diorang pakai PVC. Katanya lebih tahan dan tak mudah rosak kalau kena air. Cuma yang kilat kilat tu akan pudar bila makin lama. Katanya RM10/sqft. Pada kami cantik sangat kejadiannya bila dah pasang. Tengok contoh la. Tapi lepas diorang datang ukur dan quote harga.. Tak jugak murah. So kitorang proceed dengan plaster siling material yang biasa je.

Ada beberapa booth lain yang kitorang lawat tapi aku tak ambik gambar sebab sibuk berlarian kejar bebudak ni sambil dengar penerangan. Hahaha. Antaranya booth lanskap, lampu LED, sofa, kitchen cabinet dan wardrobe. Menarik sangat la. Kitorang first time pergi expo macam ni. Dan syukur sebab first day tak ramai sangat orang. Lampu LED tu promosi beli satu percuma satu. So, jimat banyak jugak la.


Ni sebelum balik. Diorang bertiga dah kepenatan. Si Afiqah Balqis aku kendong dalam ring sling. So, almost the whole time dia tidur. Hahaha.

Nampak beg pink dalam gambar tu? Tu beg Hello Kitty hadiah birthday si Damia aritu. Ini adalah kali terakhir beg tu dilihat. Kitorang masuk toilet. Pastu Aqil bukak beg tu. Pastu terlupa. The next day, datang balik memang dah takde dah la. Kitorang siap call kakak yang jaga booth Macy tu untuk tolong tengokkan. Katanya memang dah takde.

Takde rezeki Damia. Kitorang suruh dia pergi sekolah pakai supik gelenya je nanti. Plastik Aeon Big. Kalau taknak. Plastik Hero Market pun ada. Budak kecik tu redho je. Huhuhu..Sabo la nak. Nanti kita beli beg baru ye..

Weekend ni pulak 19 sampai 21 Disember 2014 ada Malaysian Furniture & Furnishings Fair kat Ideal Convention Center (IDCC) Seksyen 15 Shah Alam. Kat tepi Federal Highway tu.
Ingat nak jugak pergi.. Macam menarik bunyinya. Hehehe..

Daa

9 ulasan:

  1. selalunya kalau fie fair macam nie...usha usha jer dulu...hihihi..

    BalasPadam
  2. alahai sayangnya beg tu dah hilang...

    BalasPadam
  3. menarik jugakkan
    saya je kan penganjur buat macam tutak pernah lagi pergi expo mcm ni

    BalasPadam
  4. kalau tau yg kat PICC tu nak gak pegi. Pegi ekspo gini best nya sng nak survey. Ada yg best deal, boleh terus amik.

    BalasPadam
  5. Akak pernah pergi yang kat Setia City Convention Centre (SCCC) sebelum ni.. jalan-jalan cuci mata jelah.. ;)

    BalasPadam
  6. Memang menarik kalau ada tenaga nak menjelajah ekspo macam ni. Dulu masa muda2, akak suka juga survey dengan hubby. Memang boleh jimat banyak. Sekarang dah tak larat dah dik...

    BalasPadam
  7. oh best juga kalu ada kat penang ni tengah2 nk masuk rumah ni huhu

    BalasPadam
  8. Menariknya.. Mujurlah jauh.. Tak de lah nak sibuk² juga..

    BalasPadam
  9. Pernah kena buat artikel psl macy ni sbb dia slh satu sponsor pd company. Berbaloi la kot rm400 siap dtg ukur bgai. Macy kiranya brand bsr jgk.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^