Jumaat

Menyediakan Mesin Photocopy Untuk Disewa Secara Murah

Assalamualaikum..


Kalau ada sesiapa ada terfikir pasal nak buat bisnes fotocopy, atau lebih famous dikenali sebagai fotostet, inilah peluang keemasan korang. Bukan sahaja mesin fotocopynya baru, sewa bulanannya pun sangat murah (RM30.00 sebulan, deposit dua bulan). Untuk terma dan syarat, sila baca keterangan dibawah.


Cara menggunakannya pun sangat mudah sebenarnya. Letakkan kertas di atas scanner/penyalin, tutupkan penutupnya dan tekan butang mengikut kemahuan anda. Salinan akan keluar pada tray/dulang bahagian bawah.


Sesuai ditempatkan dimana-mana jua.


Tajuk sebenar entry kali ni ialah "LEGO Binaan Sendiri 03 Nov 2014 - Mesin Salinan Foto / Photocopy Machine". Hehehe.. Gurau je!
Untuk korang yang nak bina sendiri model pencetak salinan foto yang sama macam aku, korang boleh bina dengan menggunakan 37 keping lego je. Kalau nak jugak resepinya langkah demi langkah, korang boleh whatsapps aku.

Selamat maju jaya...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

5 ulasan:

  1. hukaloh...lego..baru nak request kat bos..sewakan seketol..haha

    BalasPadam
  2. Memang murah.. sekali baca sampai habis.. lego rupanya.. hehehe..

    BalasPadam
  3. Smart la.. tp aku fikir pun macam orang yg komen2 seblum ni.. haha..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^