Assalamualaikum..
Okay.. Menu kali ni ialah baguette cheese. Baguette? Ialah roti French yang panjang dua kaki lebih tu. Selalu ada jual kat hypermarket. Kami selalu beli kat AEON untuk dimakan dengan sup cendawan (mushroom gravy). Sebahagiannya sebab ia murah, sebahagiannya sebab ibu dah tak larat masak roti lagi.
Resepinya mudah je.
Bahan-bahan :
1 - Satu roti baguette
2 - Secubit gula.
3 - Mentega
4 - Dua ulas bawang putih
5 - Mozarella
6 - Cheddar
7 - Aonori
Memasak :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 5 minit.
1 - Potong baguette ikut suka hati.
2 - Campurkan secubit gula dengan mentega, gaulkan sampai sebati.
3 - Sapukan campuran mentega tadi kat baguette.
4 - Parut bawang putih kat baguette. Ya, parut kat roti. Letak bawang putih kat roti dan gosokkan.
5 - Parut mozarella dan chedar pada kadar 2:1 dan taburkan kat atas baguette.
6 - Taburkan aonori kat atas.
7 - Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
Ini rupa yang dah siap. Kulit baguette bertambah rangup selepas dibakar. Bila digigit, ia akan bunyi "KKKRRRUUUPPP" gitu. Awas! Lepas makan terus kena cuci meja makan. Bahagian roti putih baguette yang dah lembut tu, rasanya masin manis. Ditambah dengan mentega yang dah meresap masuk ke texturenya, membuatkan rasa lemak pada masa yang sama sangat lazat. Topping cheese.. Lemak masin dan bila ditarik, bertali je. Memang sedap. Tapi bila ditambah dengan aonori, satu aroma dan rasa baru untuk sejenis makanan barat.
Bau aonori bakar yang wangi. Lemak dan masin dari cheese. Sedikit manis dan juicy dari dalam baguette. Rangup gila kat kulit roti. Bayangkan lah..
Note :
Jangan guna baguette yang dah lama untuk masakkan ni. Nanti keras macam batu. Baguette yang baik ialah yang rangup di luar, sangat lembut di dalam.
Gula digunakan untuk mengimbang rasa. Kalau dah boleh rasa sedikit manis, dah cukup.
Untuk yang suka rasa bawang putih, boleh terus parut bawang putih tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega. Aku parut kat roti supaya rasanya tak kuat sangat.
Dalam menu ni, tak perlu gunakan garam atau gantikan mentega dengan salted butter sebab dah masukkan cheddar.
Tujuan letak aonori, selain sebagai hiasan, ia akan bagi slight aroma dan perisa rumpai laut.
Untuk yang suka pedas, boleh letakkan potongan cili yang ditumis dengan sedikit bawang. Rasanya seakan-akan topping pizza pedas.
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
selamat berpantang!
BalasPadamterliur tengok baguette tu..teringin nak buat.pastu taruk garlic n cheese.apa lah rasa tak tau..hehe
kak rai da stat berpantang ke?
BalasPadam(soalan sampingan kepada soalan kak rai dah bersalin ke?!!) hahahh
omedetou akak..take care ye..
dah beranak ke? tak khbar pun?
BalasPadammacam mana cara yg betul nak sebut " baguette " tu? :P
BalasPadamSelalu nampak roti tu..boleh cuba ni rai
BalasPadamsedapnya tgk
BalasPadamrai..ni fav wardah & along nih. rai jual ke?
BalasPadamTahniah baby girl ke boy? Mmmm roti ni mmg sedap. Dulu kami kat dochland mmg selalu makan, saya kadang2 isi tuna, or soswj. Ikut suke ati hihi
BalasPadamPanggang dalam kuali ajaib tu boleh tak? Macam best jer kan....
BalasPadamTahniah Rai...Alhamdulillah selamat dah yer...
Aikkk..Rai dah bersalin dah ker...selamat berpantanglah kalau yer dah bersalin...
BalasPadamrai dah bersalin ek.. tahniah :-)
BalasPadam