Jumaat

Khidmat urut bersalin

Assalamualaikum

Tempoh berpantang adalah tempoh bagi memanjakan tubuh. Selepas 9 bulan mengandung dan proses bersalin yang memcabar, tentunya tubuh memerlukan masa untuk berehat.

Anak dah ramai macam aku bukan mudah nak berpantang macam masa anak satu. Masing masing perlukan perhatian. Lagi lagi macam aku berpantang secara shujin berhad. Shujin yang uruskan semua. Hehe..

Tapi aku cari jugak makcik urut untuk betul betulkan urat yang tergeliat tu. Rezeki aku, masa bersalin kat Pusat Bersalin Barakah aritu, kenal dengan sorang makcik nurse yang sangat baik hati dan pandai mengurut. Siap bagi servis mengurut percuma masa aku kat dalam wad. Lega sungguh dia urut bahu dengan belakang masa tu. Terus aku mintak kontek makcik tu nak panggil dia datang mengurut kat rumah.

Hari ketiga makcik Su datang rumah mengurut aku. Sedap sungguh dia urut. Dua jam lebih diulit. Aku mintak makcik Su datang dua hari. Siap sengkak. Dia sengkak tak sakit. Sebab aku penah kena yang sakit sangat. Nak menangis rasanya.

Bayaran ikut ikhlas kita. Kalau ada yang nak cari khidmat mengurut bersalin ke, terseliuh ke. Insya allah makcik Su ni boleh. Kalau ada yang nak kontek numbernya email aku. Nanti aku share.

Pantang kali ni aku masih guna set bersalin Tropical Herbs. Beristiqamah pakai bengkung berparam pilis bagai. Apa yang penting. Kita enjoy~!!

Daa

6 ulasan:

  1. syoknya kena urut.igt nti lps ry aji nk urut lg skali

    BalasPadam
  2. Waaa...seronoknya dapat tukang urut yang sedap urut. Akak dulu dia urut memang sakit dikkkk. Masa sengkak tu lagiiilaaa.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Bila anak dah berderet ni agak payah nak pantang secara disiplin.

    BalasPadam
  4. Kakak tengok botol minyak tu terkenang balik tau Rai. Dulu kakak beli sampai dua set tapi set ke dua kakak tak ambik bengkungnya. Bengkungnya sampai sekarang masih elok lagi:)

    Selamat berpantang.

    BalasPadam
  5. sengkak tu untuk apa? masa sya dulu xde sengkak tu..sbb czer agknya kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sengkak tu urutan naikkan rahim katanya.. Dia tolak ke atas. Bersalin normal mmg kena. Tapi kalau czer takde..

      Padam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^