Selasa

Kenapa perempuan mengandung perlu guna tandas cangkung

Assalamualaikum

Haa.. Korang yang pernah memgandung mesti rasa lagi mudah guna tandas duduk kan.. Punya la seksa dengan perut terboyak boyak. Berat lagi satu hal. Sakit pinggang jangan cakap. Buatnya tergeliat dalam tandas, sapa nak tolong..

Ya.. Aku paham.. Walau pun perut aku takde la besar mana banding ngan perut orang mengandung yang lain. Tapi aku still sangat terasa, sebab badan aku kecik dan nipis je. Bagi orang lain kecik la. Tapi bagi aku dah jenuh bawak dah.
Kaedah senaman cangkung (squat bagi wanita mengandung)
Ok.. Berbalik pada topik asal. Kenapa kena guna tandas cangkung ya?

(1) Memudahkan proses buang air besar dan elak dari buasir. Dalam keadaan mencangkung, proses penyahtinjaan akan menjadi lebih lancar sebab kedudukan usus besar tu menegak berbanding ketika duduk, ianya jadi berlipat sikit. Bahkan, usus akan dapat dikosongkan dengan lebih efektif lagi sebab graviti buat kerja dia kan. Tak payah nak push sangat. Ini bukan saja beri kebaikan bagi wanita mengandung, malah semua individu. Dikatakan bahawa, buang air dengan mencangkung adalah kembali kepada fitrah manusia dan ia dapat mengelak pelbagai jenis penyakit termasuk kanser usus, irritable bowel disease, buasir dan banyak lagi.

(2) Melawaskan kencing. Yang ni memang sangat obvious tau. Bila dah hujung trimester ketiga macam aku ni memang la rasa asyik nak ke tandas je. Buang air sambil mencangkung lebih melawaskan kencing berbanding ketika duduk.

(3) Yang paling utama...Ianya adalah sebagai senaman bagi menyediakan badan bagi proses melahirkan anak. Ia membantu memberikan fleksibiliti bagi bukaan faraj bagi proses kelahiran. Bukan saja memendekkan masa proses kelahiran (masa dah start contraction nak bersalin tu buat cangkung ni untuk percepatkan bukaan) Malah mengurangkan risiko berlaku koyak pada perinum. Dalam keadaan mencangkung, tekanan pada uterus dapat dikurangkan dan oksigen akan dapat disalurkan dengan lebih baik pada bayi dalam kandungan. Terutamanya ketika trimester terakhir.

So sekarang, orang barat dah mula paham kebaikan mencangkung ketika buang air. Bagi ibu ibu mengandung, cuba amalkan mencangkung setiap hari 3-4minit beberapa kali. Kalau boleh guna tandas cangkung lebih baik lagi.

Selepas bersalin pun elok sangat terus diamalkan. Untuk mengetatkan apa yang longgar..

So ibu ibu mengandung.. Jangan tunggu lagi.. Mulakan senaman mencangkung secepat mungkin. Semoga proses kelahiran akan lebih mudah lagi.

Aminn..

Info berguna? Share lah pada kenalan atau kawan kawan yang sedang mengandung juga..

Daa

12 ulasan:

  1. tahu dah bagus toilet cangkung..tapi tetap nak cari toilet duduk kalau preggy sebab susah nak bangun kalau toilet cangkung..perut berat!! haha..

    BalasPadam
  2. opis saya ni..(plant) ada tandas cangkung je..
    ada kebaikannya kan..

    BalasPadam
  3. Asslmkm sis.. Klau sy pn selesa tndas cngkung. xsuka tndas duduk. Kecuali terpksa..

    BalasPadam
  4. Yeke Rai? Sy tak pndi nak guna jamban cangkung. Pnh try tp selalu terbantut. Duduklah berjam dalam tu, mmg tak nak dia. Uwaaaa!

    BalasPadam
  5. lelaki pun bagus guna tandas cangkung..exercise vontot..hahahha

    tapi rumah zaman sekarang mmg dah takde tandas cangkung

    BalasPadam
  6. Owh...baru tau. Sebelum ni memang takut nak mencangkung bila dah sarat tu.

    BalasPadam
  7. baru tau info ni..tengok kawan-kawan pregnant semua kata nak guna tandas duduk.sebab kalau cangkung siksa nak bangun

    BalasPadam
  8. Saya mcm terpikir ok ke tandas cangkung utk ibu hamil? Hehe yelah sbb takut baby tu berlipar pulak dalam perut tu ehehehe

    BalasPadam
  9. Ye ke...sy baru guna..punya lah sakit kt perut...dh risau lak bila baby xaktif😢😢

    BalasPadam
  10. Tq for de info.. sy pun bru thu ni bgus guna tandas cangkung.. sbb sakit sgt nk mencangkung.. tp mmg klu buang air kcil tandas duduk tu mmg ssh nk kluar kencing. Dh cangkung bru nk kluar

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^