Khamis

Kelebihan berlulur ketika berpantang

Assalamualaikum

Bagi yang kurang familiar dengan terms berlulur ni, maksudnya lebih kurang scrubbing. Kalau orang kampung aku dia panggil sental badan. Hahaha..

Dalam set bersalin tropical herbs ni takde pun benda nak berlulur. Tapi ada param atau diorang panggil penghangat badan.



Penghangat badan ni ada campuran kunyit dalamnya. Memang hangat kalau pakai. Tapi warnanya kuning dan boleh lekat kat baju. Aku tak suka sangat. So aku gunakan jadi lulur masa mandi. Memang sedap dapat scrub badan. Rasa licin je.

Kelebihan berlulur ketika pantang adalah dapat membuang sel sel kulit mati. Since lulur ni adalah rempah rempah, so badan jadi hangat je. Orang kata tak masuk angin lah. Extra work pada bahagian perut untuk melancarkan peredaran darah di kawasan perut. Bila peredaran darah tu lancar, yang kulit perut yang menggelebeh tu dapat tegang kembali. Aku hadapi masalah kulit kawasan kejadian tu jadi gelap. So scrubbing ni dapatlah kurangkan sikit kegelapan yang melanda tu. Hihi..



Satu peket sehari. Best jugak dapat memanjakan diri kan. Sementara Afiqah tidur boleh la kan. Hehehe..

Korang pernah berlulur?

Daa

13 ulasan:

  1. putihlah ko leps pantang ni..

    masa pantang dulu.. aku rasa cantik je..
    sekarng Ya Rabbi!

    BalasPadam
  2. tak pernah..tapi teringin la jugak..hehe

    BalasPadam
  3. Ini jenama AMWAY kan? dulu masa bersalin anak sy tu mmg guna ni..memang selesa sgt lepas guna Param.. :)

    BalasPadam
  4. AKU PAKAI SET NI MASA ANAK PERTAMA
    TP SMPI SUDAH PILIS X ABIS GUNA
    HAHA

    BalasPadam
  5. Kakak dulu memang guna jadikan param aje Rai. Kuning pun tak kisah sebab bila habis berpantang terasa macam putih pulak kulit hihi... perasanlah sikit - sebenarnya sebab tak keluar rumah memanglah kulit jadi cerah..

    BalasPadam
  6. Akak guna param tapi pakai tak lama sebab akak tak suka melekat kat baju.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Oooohhhhh..hahahaha..baru saya tau!
    Selama ni igt berlulur tu ialah perempuan berpantang sambil kaki duduk berlunjur di urut2 kaki! :P

    BalasPadam
  8. saya pun guna brand ni heee.. memang berspa ja rasa... miss the tea pulak.. sedap nama Afiqah :)

    BalasPadam
  9. dulu pernah try lulur rambai jenama mustika ratu kut
    tak hingat dah lama tak berlulur2 ni :)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^