Isnin

Resepi Cream puff shu kurimu pasti menjadi

Assalamualaikum

Honestly... Dah berapa banyak cubaan untuk buat cream puff atau choux a la cream. Orang Jepun panggil shu kurimu. Kali ni aku memang puas hati sebab menjadi. Rupanya ada beberapa cara untuk pastikan cengkerangnya kembung elok.
Sebelum tu meh share resepinya yang sangat mudah

Resepi shu kurimu (Cookpad.com)
Bahan bahan
50gram tepung
50gram butter
90ml air
2 biji telur

Cara membuatnya
Panaskan air dan butter. Tak payah sampai mendidih sangat pun. Just sampai semua butter tu cair. Nak guna marjerin pun boleh.

Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi bebola. Teruskan kacau sampai ada satu lapisan tepung nipis kat dasar periuk. Tutup api.

Biarkan doh tersebut sejuk sebentar. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati. Nak tau kadar kepekatannya dah ok ke belum, angkat adunan dengan sudip (lagi senang kalau guna sudip kayu). Nanti tepung akan jatuh dan bahagian yang tinggal kat sudip kayu tu bentuk tiga segi. Bila dah ada bentuk tu maksudnya kepekatannya dah ok dah.
nampak tak bentuk tiga segi tu..
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Nak cantik pakai nozzle bentuk bintang. Kalau takde, cam aku senduk ngan sudu sudaaa..
konon buat tanda X nak bagi lawa.. haha..
Nak bagi bentuk permukaannya licin sikit, basahkan tangan dengan air dan tekan tekan bahagian yang terbonjol bonjol. Tanak buat pun ok je.

Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200darjah. Masak 18minit. Turunkan suhu ke 150darjah dan masak lagi 12minit. Kalau malas, masak 170darjah selama 30minit pun ok je. Aku dah cuba keduanya..

Bila dah masak, jangan terus keluarkan. Biarkan selama kira kira setengah jam baru dikeluarkan dari oven. Kalau keluarkan dari oven terlalu awal nanti cengkerang tu cam tak berapa nak kembung elok bawahnya melengkung ke dalam. Pengalaman aku la..
rupa lepas keluar oven
Insya allah kalau ikut kaedah ni cengkerang cream puff korang confirm menjadi.

Selamat mencuba

Daa

20 ulasan:

  1. ooooiiii bestnyaaa teringat shu kurimu nihong dolu2

    BalasPadam
  2. alaaa...bila nak beli noxxa breadmaker ni..haha..

    BalasPadam
  3. aku masuk dlm plastik potong kat ujung.. jd bolh bentuk2 mcm guna acuan

    BalasPadam
  4. Simple jer resipinya yerp. Blh lah try nih.

    BalasPadam
  5. @MAY, haah tu je.. kalau nak tambah secubit garam pun boleh..

    BalasPadam
  6. waaaa da 6 tahun x makan shuu kurimu..last time mkn pun kat nihon, mse senpai sebelah rumah ade lg..bile die dah blik mesia,,da xde insan yg boleh buatkan dizaato enak2..hahaah

    BalasPadam
  7. oo senang je rupanya yer.. lenkali nak buatlah.

    BalasPadam
  8. Simple sangat kan.. senang saja rupanya.. tp kalau yaya buat bentuknya nanti macam2..tak berapa nak berseni..

    BalasPadam
  9. Bahan mudah dan nampak senang nak buat tapi kakak tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  10. Pernah buat rai..
    Punyalah berkurun dulu sanpai lupa step, hana..
    Sib baik rai remind petua..

    BalasPadam
  11. serius simple....ingat susah nak buat...menarik ni kalo lieya buat jadikan projek ngan anak2...mesti dieorg excited nanti....lieya dah copy resepi tau....

    BalasPadam
  12. pandainya rai buat cream puff, bila dah sejuk baru inject cream ke, duk tengok kat mid valley, cream durian la, meleleh haih..

    BalasPadam
  13. nampak senang...boleh buat lpas nih

    BalasPadam
  14. Hihi nmpk senang tp rumit bila tgh mabuk nk nk buat smua ni. Sekali je aritu LM buat

    BalasPadam
  15. Tgk menggoda.. Tp nk membuat mlas la pula..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^