Rabu

Cara menyimpan miso supaya tahan lama

Assalamualaikum

Miso adalah sejenis makanan yang diperam. Kalau miso komersial yang tak halal, kebanyakannya diletakkan alkohol supaya tahan lama. Tapi bagi miso halal yang kami jual, ianya tak mengandungi alkohol. Jadi ianya tak tahan selama miso yang mengandungi alkohol.

Tapi dalam pada tak lama tu pun.. Lebih dari 6 bulan. Dan kalau disimpan dengan baik ianya boleh tahan lebih lama lagi. Cumanya.. Sanggup ke korang membiarkan miso tu tak dimakan selama tu. Hehehe.. Sedap weh miso soup panas panas dengan tofu dan wakame.. Siap tabur daun bawang.. Letak cendawan lagi..

Biasanya miso tak ada masalah duk luar peti sejuk 2-3-4 hari. Tapi dengan cuaca panas di Malaysia, jangan biarkan miso duk luar peti sejuk lebih dari seminggu. Jika disimpan lebih lama, warnanya akan berubah jadi makin gelap, terutamanya shiro miso yang kami jual ni. Tapi dari segi bau dan teksturnya tak berbeza. Kalau miso ada bercendawan, berair dengan bau kurang menyenangkan sila buang. Kalau tak, masak je..

Kalau boleh simpan dalam bekas yang kedap udara dalam peti sejuk. Jangan pulak biarkan terdedah.

Selain dari untuk buat miso soup, miso paste boleh juga buat untuk marinate sayur dan daging. Boleh juga buat dressing untuk salad. Aku malas asyik tak sempat je nak share resepi berkaitan miso ni. Insya allah aku akan cuba share lagi banyak resepi supaya lagi ramai boleh menikmati kesedapan miso halal ni.

Miso halal kami dijual pada harga 500gram RM10 (Postage RM8) dan 1kg RM18 (Postage RM10). Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

8 ulasan:

  1. hoho...terbayang miso sup yang sedap itu...nanti bebila buatkan utk aku..haha..

    BalasPadam
  2. Mcmana miso ni??
    Rasanya mcm mana?
    Cara masak.. terasa nk cuba lak.. brape harganya ye?

    BalasPadam
  3. Miso apa tuh??
    Nti tnjuk gmbr nk tgk..hehe

    BalasPadam
  4. Itulah Rai ramai yg tak tahu miso. Kena terangkan cara guna Miso. Kakak sebab dah pernah baca N3 sebelum ini jadi dah tahu..

    BalasPadam
  5. Xpndai mkn mknn jepun.. Tekak melayu sngt.. Hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^