Isnin

Horlicks Chocolate Baru penuh khasiat

Assalamualaikum

Perasan tak Horlicks dah ada perisa baru~! Horlicks adalah satu jenama yang tak asing lagi keluaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare iaitu sebuah syarikat FMCH global terkemuka. Sekarang dah ada perisa coklat. Menariknya, rumusan Horlicks sedia ada kini diperkayakan dengan campuran mikronutrien untuk membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks Chocolate baru ini mengandungi 23 zat penting termasuk kalsium, protein, multivitamin dan mineral bagi menyokong tumbesaran mereka.
Statistik kat Malaysia menunjukkan 13.2% kanak-kanak di Malaysia kurang berat badan dan 15.8% mengalami tumbesaran terbantut. Ini adalah salah satu kesan secara langsung daripada "kelaparan tersembunyi" atau dipanggil "hidden hunger". Kelaparan tersembunyi berlaku akibat daripada pengambilan makanan yang kurang berkhasiat dan ianya bukan saja menyebabkan gangguan pada perkembangan fizikal kanak-kanak, malah boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan mental yang sihat. Antara kesan kelaparan tersembunyi pada perkembangan mental kanak-kanak adalah seperti lemah, mudah hilang fokus dan akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Malangnya, oleh kerana kelaparan tersembunyi ini merupakan "kelaparan nutrisi", ianya berbeza dari kelaparan akibat kurang makanan. So, biasanya simptomnya tak begitu jelas. Ibu bapa sendiri pun tak perasan. Dan ianya bukan saja berlaku pada keluarga berpendapatan rendah atau kawasan luar bandar, kajian menunjukkan, kanak-kanak di kawasan PJ dan KL pun mengalami masalah yang sama. Mostly adalah sebab ibu bapa sekarang semakin sibuk dan banyak makan luar atau makan kat kedai makanan segera. Atas dasar itu, Horlicks Chocolate dirumuskan khas dengan tambahan mikronutrien bagi membantu kanak-kanak membesar.

Perlancaran Horlicks Chocolate dengan tema "Kids want to be Tall, Sharp, Strong"
Package Horlicks Chocolate BARU 1kg
Horlicks Chocolate ni baru saja dilancarkan dan boleh didapati kat mana-mana pasaraya dengan pek 200gram, 400gram, 1kg atau 2kg. Aku dah cuba baru-baru ni, honestly, bila dah cuba yang perisa coklat ni, aku memang taknak dah yang perisa biasa tu. Hehehe.. Sedap sangat. Rasa coklatnya memang kaya tapi tak muak.

Bagi yang belum pernah tengok iklan Horlicks Chocolate baru ni boleh tonton iklannya di laman Youtube 

Untuk lebih lanjut tentang Horlicks boleh lawati laman web rasmi mereka : 

15 ulasan:

  1. lama gila tak minum horlick...dah bertahun tahun..:P

    BalasPadam
  2. horlicks yang original tu, aku suke gak. yg coklat ni, belum pernah cuba lagi.

    jemput join segmen. tarikh tutup 17 julai 2014. :)

    http://www.mystorymory.com/2014/07/segmen-wow-duit-raya-12-17-julai-2014.html

    BalasPadam
  3. Kakak belum pernah merasa lagi horlick coklat ni Rai. Biasa yg putih aje..

    BalasPadam
  4. akk suka horlicks tapi tak selalu minum sbb manis sgt...

    BalasPadam
  5. Eh, dulu takde ek? Hmmm..konpius. Dulu arwah tok ayah selalu buat horlick sebelum hantar g skolah rendah...malam nak tidur die bg minum nespray ^.^ Khamsi Abdullah

    BalasPadam
  6. dah beli bulan lepas perisa cokelet ni tp saya suka perisa asli jugak..

    BalasPadam
  7. Dah beli...udah abih pun sbungkus! Hehe...anak2 suka...):

    BalasPadam
  8. last minum horlicks masa mengandungkan dak Nuha.. lepas tu takde dah..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum rai...bestnya...;)

    BalasPadam
  10. Best sgt ke? Sedang mencari2 minuman lain selain milo..hihi..

    BalasPadam
  11. thanks rai for info, manis skit horlicks nu tapi bole cuba coklat pulak kan

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^