Ahad

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Ramadhan tiba lagi. Syukur alhamdulillah kita berkesempatan lagi mengerjakan ibadat puasa tahun ini. Di kesempatan ini, aku dan shujin memohon ampun dan maaf pada semua pembaca kalau ada kesilapan pada info, kekasaran bahasa yang membuatkan korang sentap majuk takmo komen dah kat blog aku ni. Hehehe.. Terima kasih buat silent silent reader yang sedikit sebanyak menaikkan rating dan trafik blog kami yang tak berapa nak seberapa ni.

Di bulan mulia ni, sama samalah kita jaga puasa kita. Bukan sekadar lapar dan dahaga. Jauhkan dari menulis benda takde faedah. Jaga tepi kain orang. Kalau rasa rasa yang ditulis tu takde manfaat pada orang lain, berhentilah dari menulis. Takut takut, ramadhan dan berlalu pun kita terus ditimpa dosa dari apa yang ditulis tu.

Seiring dengan ramadhan kali ni ramai yang demam piala dunia, sambil sambil bangun malam nak tengok perlawanan kegemaran tu jangan lupa solat sunat 2 rakaat sekali. Kalau takut mengantuk siangnya, jangan lupa pesan vitamin dengan kami. Boleh makan masa bersahur.

Selamat berpuasa pada semua.

PS:/Sahur tadi makan apa?

Daa

8 ulasan:

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^