Khamis

Perkembangan Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Sorry aku tak berblogwalking ke blog kawan-kawan. 2-3 hari ni sampai hujung minggu depan memang super duper busy. Nak update blog pun curi masa lunch. Masa lunch takpe la kan.. Hehehe..

Update sikit perkembangan hero no 3 jantung hati aku ni..

(1) Berjalan dah semakin laju. Makan makin banyak, susu pun minum banyak.
(2) Memahami arahan ringkas macam "mana botol susu?, ambikkan tu, jom mandi, buka baju, pergi baring (aku guna pergi binbin), tak boleh" dan beberapa yang lain lagi..
(3) Dah tau kalau nak makan kena angkat tangan baca doa, kalau air tumpah tak payah suruh dia pergi ambik kain untuk lap
(4) Sebelum buat apa-apa yang dia tau benda tu biasanya orang tak bagi, dia akan tengok kita dengan muka dan pose paling comel untuk mintak kebenaran. Kalau kita senyum dia register sebagai "boleh". Terus buat. Biasanya berlaku pada ayah.
(5) Sangat kuat drama. Hahaha.. Kalau tak bagi apa yang dia mintak, dia memang menangis sampai berjurai jurai air mata, mulut mencebik macam sadis benor je.

(6) Kalau pergi shopping barang dapur, dia anggap dia entitle untuk ambik satu jenis biskut pilihan. So dia ambik dan buat muka comel untuk approval dari ibu dan ayah.
(7) Kalau makan, ambik portion yang paling besar. Tapi suka kongsi dengan orang lain.
(8) Belum pandai cakap tapi dah pandai keluarkan arahan ikut dia punya bahasa. Contoh suruh bagi air, makanan.. Dia akan tunjuk tunjuk tu sambil bunyi bunyi suara dia. Kalau dia tak suka makanan tu, kita nak bagi dia senyum simpul comel comel lepas tu lari. Hahaha..

Setakat tu lah yang aku ingat perkembangan dia..

Tidur malam tak kisah nak tidur dengan ayah pun. Berbanding Damia yang masih lagi manja anak keledek nak duduk bawah ketiak aku bila tidur. So hopefully.. Sepanjang minggu depan semua behave dengan baik..

Aminn..

Daa

12 ulasan:

  1. Alolo kecian nya dia .. berjurai air mata ye.. Alhamdulillah dah boleh mendengar kata tu Rai.. :)

    BalasPadam
  2. pandai Aisy Thaqif ambil kain lap air tumpah, dengan pemerhatian tu, pandai shopping biskut tu aunty suka :)

    BalasPadam
  3. sedihnya..berjurai airmata tu...boleh tadah buat minum..kui2

    BalasPadam
  4. Dah nak jadi abang mestilah makin cerdik. Mujur dia jenis tak banyak kerenah Rai...

    BalasPadam
  5. Comel..sama la dgn qaira..klu tak dpt pe dia nak,menjerit,menangis,air mate berjuarai laju..

    tp lately ni, dia kerap sgt bgun tgh mlm nk nenen..lps tu dia lps,nangis kuat klu tak sua blk kat mulut dia..knp ek..sblm ni takde la kerap sgt bangunnye...geram sgt..sbb dia lepas sendiri,dia punye ngamok tu,hbs pusing 360 darjah..pening.abh dia bt keras je klu dia berpusing gitu.

    BalasPadam
  6. perkembangan yang sihat....dah tu kenapa menangis.

    BalasPadam
  7. Hheee, pelbagai ragam.. Tapi takpe penyeri kita :D

    BalasPadam
  8. nak jadi abang dah nanti :)
    mcm mc mragamnya ye

    BalasPadam
  9. Hehehe...suka part yg sgt kuat drama...mesti comel aje bile die berdrama tuh kan...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^