Assalamualaikum..
Salam Jumaat. Arini cerita pasal modification atau biasanya dipanggil MOD sebagai kata singkat.
Modification atau modifikasi dalam lego bukan satu benda yang mudah, bukan benda yang
susah juga. Ia memerlukan kesabaran, keperincian dan ketekunan. Ada beberapa jenis proses dalam membuat modifikasi. Antaranya bonding, iaitu melekatkan dua atau lebih jenis lego menjadi satu lego baru. Disebabkan lego bukan plastic (at least not totally), jadi perantara diperlukan. Bahan-bahan seperti gam atau pelekat tak mampu melekat lego dengan kukuh. Aku gunakan dua bahan asing, leburkan dan lekatkan. Bila dah siap, kepingan lego yang baru tu memang takkan terasing lagi walau macamana korang buat pun. Peralatan yang digunakan pula adalah bahaya untuk budak kecik. Jadi, aku rekomen proses ni cuma untuk 16 tahun ke atas. Kat bawah adalah sampel yang aku pernah buat.
Ini model asal, LEGO Minifigure Collectible Series 9 : Alien Avenger. Apa yang aku suka pasal minifig ni ialah body armor (baju perisai), helmet (topi), dan pistol dia yang super cool. Apa yang aku tak puas hati kat minifig ni ialah baju dia yang tebal dan cuma ada satu stud kat depan dan belakang. Maksudnya, tak boleh nak buat binaan apa sangat. Jadi aku fikir, rugi untuk satu baju yang sangat cool cuma digunakan macam tu je.
Lepas beberapa kali cubaan, jadi laa hasil yang macam ni. Ini cubaan ketujuh, jadi aku namakan Mk-VII. Bahagian belakang baju tu aku dah polish dan bond element technic. Sekarang dah boleh mount apa-apa sahaja kelengkapan. Kemudian aku warnakan. Peringkat terakhir iaitu pelekat/sticker aku belum siapkan.
Binaan pada belakang baju ni ada fungsi sendi (articulation) yang mampu mengubah kedudukan parts (armament) yang dipasangkan kat belakang tanpa menceraikan binaan.
Harap model seterusnya adalah lebih baik. Kan? huhuhu
Ini modifikasi yang aku baru buat. Pedang ni adalah dari siri LEGO The Legend of Chima. Aku sangat suka pada mata pedang ni, tapi warna pedang tu kurang mempersona dan ulu (hilt) nya kurang memuaskan. Cuma batang. Duhh.. Jadi aku nak warnakan bahagian pedang dan potong bahagian ulunya.
Lepas proses tu siap, aku pasangkan ulu baru. Ulu tu ialah ulu lightsaber (pedang dari siri Star Wars) berwarna hitam. Ada lebih 15 warna mata pedang Star Wars, tapi aku rasa warna hijau terang atau ungu paling sesuai untuk binaan ni.
Ini adalah antara parts lain yang aku pernah warnakan.
Ada orang pernah cakap kat aku, kenapa nak susah-susah ubahsuaikan? Well, sebab aku dan berjuta lagi manusia sukakannya. Secara peribadinya, aku rasa cool, unique dan sangat memuaskan hati. Kenapa korang suka ubahsuai kereta (even just tukar sport rim), in which mempengaruhi isu keselamatan? Make sense to you?
Ini pulak projek akan datang. Tengah kumpulkan element sekarang. Tak tau bila akan siap, tapi work in progress. Sekian..
Selamat berkreativ..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
Wahhh kreatif ek..akak suka tenguk je tp nk buat ni tak de lah jwbnya hehe
BalasPadamKreatifnye.....suke tgk je to.xsuke buat sbb bkn org yg kreatif..hehehe
BalasPadamwoahh.. cool !
BalasPadam