Jumaat

Meguro-Ebisu-Shibuya-Shinagawa

Assalamualaikum

Sebenarnya jadual kerja agak padat. Memang pergi untuk kerja pun kan. Hehe. Office hour kami ke pejabat seperti biasa.


Bos aku


Pakaian aku ke pejabat. Suhu siang lebih kurang 18~23 darjah celcius. Malam kedua hujan menyebabkan aku selesema teruk dan hampir demam. Vitamin pun lupa bawak.


Suasana di stesen Shinagawa masa awal pagi. Ini salah satu stesen besar. Berselirat manusia yang berkejar ke tempat kerja. Tapi semua penuh disiplin. Yang nak masuk tunggu orang keluar dari train dulu. Nak masuk beratur dan takde bertolak tolakan walau pun sangat ramai umat manusia.

Train sampai tepat pada masanya. Pada waktu puncak, datang hampir setiap 5minit. Ada yang kurang dari itu. Menurut orang Jepun sendiri, sistem keretapi mereka adalah antara yang paling kompleks dan sukar difahami. Satu stesyen boleh sampai bertingkat tingkat keretapi lalu.. Yang banyak boleh sampai 5-6tingkat!~

Aku mengaku. Memang sangat kompleks tapi sistematik.

Habis waktu kerja hari pertama, aku singgah ke Shibuya cari sedikit souvenier. Since last sekali aku ke Shibuya 10 tahun lepas, memang teramat jauh bezanya. Banyak yang dicari tak jumpa. Berbuah betis aku berjalan dengan kasut bertumit. Hujan gerimis pulak tu.


Suasana malam di sana. Penuh warna warni. Salah satu pesanan Aqil adalah agar dibelikan gundam. Kalau di Malaysia harganya cecah 2-3 kali ganda dari harga asal. Banyak barang yang murah ke tahap aku tak puas hati rasa macam nak borong je tau. Tapi aku cekalkan hati. Beli yang perlu je.

Sampai di hotel, berendam dalam air garam kejap untuk hilangkan kejang otot. Lepas tu tidur. Malangnya. Dek kerana pelbagai gangguan, aku cuma boleh tidur tiga jam!! Stress mokcik..

Wesak day pun aku kerja seperti biasa!! Tambah tambah stress bila tak dapat call suami dengan anak anak. Cuma dapat berwassap ketika di bilik penginapan. Kesian anak anak rindukan mak dia yang garang ni.

Nanti aku sambung lagi ya.

Daa

26 ulasan:

  1. aku rasa jeles ko g jepun tak bgtau plk tu?
    byk aku nak kirim soalan mintak ko tanya kat org jepun.

    ada jumpa ultramen taro tak?

    BalasPadam
  2. kalau kat mesia abis la kena lenyek pakat berebut nak naik ketapi

    BalasPadam
  3. JEPUN SEMUANYA LAJU
    HEGES2 KALU KONFEM MAKAN ASAP JE 'HAHA

    BalasPadam
  4. Oh.. dah kat Jepun kisahnya. Kakak baru tahu bila baca N3 ini..

    BalasPadam
  5. Wah...ke jepun upenye akk...mesti teringat memori dlu...hehehe...

    BalasPadam
  6. @PetakBunga

    PB, kan hat-tow-man dah mati kena tembat dengan Budak Gundut.

    BalasPadam
  7. bestnya bekerja sambil jalan2 makan angin..

    psstt..org slim mcm kita ni memang taj tahan sejuk kan Rai..

    BalasPadam
  8. bestnyeee zai g jepun!!jeles mak hehe....ko keje comp jepun ke zai?

    BalasPadam
  9. syoknya dapat pergi Jepun....sambil selam minum air lah kan.

    BalasPadam
  10. syoknya dapat pergi Jepun....sambil selam minum air lah kan.

    BalasPadam
  11. Office ko kt shinagawa ke zai? Rindunya ngan shibuya...apa yg dh berubah?? Hihi...

    BalasPadam
  12. Walaupun krn urusan kerja, tetap best, kan Rai

    BalasPadam
  13. bestnye dapat g jepun wp atas urusan keje

    BalasPadam
  14. @PetakBunga, sori tak bagitau.. aku tak sempat jumpa ultraman taro.. gaban pun aku lambai dari jauh je.. huhu

    BalasPadam
  15. @ZieMarziah, tu la.. memang boleh sesak napas..tapi kat sana walau pun ramai gila orang takde tolak2 pun.. bagus betul diorang..

    BalasPadam
  16. @Irfa, yang kelakonya kitorang pun jadi jalan laju walau pun takde rushing pun sebenarnya..haha

    BalasPadam
  17. @Kakzakie, saya tak tulis kat blog pun sebelum pergi kak.. segan.. pegi sekejap sangat.. tak sempat kentut kat sana..hehe

    BalasPadam
  18. @HeNRieTTa JoSe, 10 tahun dulu.. banyak yg lupa dari ingat sebenarnya.. haha..

    BalasPadam
  19. @mummY daniSha, taklah..client aku je jepun..ni client visit..

    BalasPadam
  20. @Ema Johari, cuma yang tak syoknya tak sempat nak jalan sangat.. nama pun kerja..hihi..

    BalasPadam
  21. @Nieda ramly, sekejap sangat kak.. orang lain pergi berminggu.. malu je.. hehe

    BalasPadam
  22. @mama_ka0ri, taklah.. shinagawa tu hotel kitorang stay.. client's office kat ebisu.. company aku takde office base kat jepun.. kalau ada mmg aku dah mintak dah..wakaka..

    BalasPadam
  23. @Norzaila Ismail, best..tapi tak puas.. cuma bila ingatkan rindu suami dgn anak.. mmg rasa lama gila kot masa tu.. hehe..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^