Selasa

Takoyaki party di malam hari *updated*

Assalamualaikum
Ingat tak minggu lepas aku post pasal takoyaki pan yang baru beli tu..

Punya lah seronok kan.. Anak-anak tak pernah makan takoyaki or penah. Tapi diorang pun tak ingat sebab aku rasa amat tak berbaloi takoyaki yang dijual dengan harganya. Huhu. Maaf la ibu korang kedekut..

So, puncanya semalam aku malas masak. Jadilah takoyaki party~~



 Semua orang eksaited termasuk aku. Sorang satu pegang chopstick untuk terbalikkan takoyaki. Hahaha..

Resepi Takoyaki
Bahan-bahan batter
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung atau 1 sudu besar katakuriko
1 sudu kecil serbuk dashi (ada orang guna kiub ayam dan sebagainya.. tapi aku guna konbu dashi)
2 biji telur
3 sudu besar kicap jepun (shoyu brand kikkoman)
2 cawan air 

Bahan inti
Octopus potong bite size (aku pakai tako slice untuk sushi. Kalau tak jumpa boleh je nak ganti dengan benda lain.. ikut kreativiti)
Kobis dicincang halus
Daun bawang dicincang halus
Agedama @ tenkasu (tepung rangup rangup bulat kecik-kecik tu.. aku tak beli.. nak buat malas tak sempat.. tapi next time nak guna)
Beni syouga (halia jeruk warna merah.. pun aku tak masukkan kali ni)

Bahan topping
Bulldog sauce (Ganti takoyaki sauce)
Mayonis (Sedap kalau guna kewpie)
Aonori (sejenis seaweed halus halus, bukan yang buat balut sushi/onigiri tu tau)
Katsuo bushi (ikan katsuo yang diketam nipis)

Cara membuatnya
Campur semua bahan batter dan kacau sebati. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan 30 minit. Sementara tu sediakan bahan lain.

  Cara masak takoyaki
Panaskan pan takoyaki. Letak minyak. Nak bagi garing garing golden gitu letak lebih sikit. Tapi jangan sampai penuh. Agak agak 1/3 dari tnggi acuan gitu. Bila dah panas, tuang batter ke dalam acuan. Tuang separuh je. Masukkan bahan inti secukup rasa. Tuang batter sampai penuh. Terlebih lebih pun tak apa. 



Gunakan chopstick atau lidi satay untuk tolak tolak bebola tu. Part ni tricky sikit sebab tak boleh tunggu sampai masak terus tepung tu. Nanti batter tak mengalir bila kita pusingkan bebola. So nampak bentuk separuh bulat atau bentuk yang tah apa apa. Paling elok tengok kat youtube cara nak buatnya. Adunan tu kena tolak sikit sikit supaya tepung yang belum masak akan mengalir sikit demi sikit membentuk bulat. Perlukan sedikit latihan la.

Aku pun batch kedua ketiga baru nampak ghope bulat bulat. Kalau tak sebek je. Hahaha..







Bila permukaan bebola semua dah kekuningan. Boleh angkat dan letak topping. Sapukan sos bulldog atau takoyaki sauce. Lepas tu tabur katsuo bushi (bonito flakes). Tuang mayonis dan taburkan aonori. Sebenarnya nak tabur mana dulu pun takpe. Cuma aku suka gaya gini untuk nampak cantik. Hahaha..

Semalam buat dua adunan. So dapat 4 batch (4x18=72 biji). Untuk makan 5 beranak. Lepas makan Damia dengan Aqil tertidur kekenyangan. Kehkehkeh.. Puas hati..


Takoyaki ni luarnya agak agak kegaringan gitu, dalamnya lembut macam ala ala juicy. Tak keras cam cekodok tau. Kalau suka, boleh tambah cheese jugak. Mungkin sedap. Aku dah tak ingat rasa takoyaki letak cheese. 

Selamat mencuba..

Daa

39 ulasan:

  1. benda yg tabur cam kulit bawang tu aku suka ;)

    BalasPadam
  2. Baaruuu nak tanya pasal gambar...

    BalasPadam
  3. tak sabar pulak nak tengok gambar

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak rai, beli kat pasar malam, 5 keping rm5. serius tak sedap! nyesal beli kot. haha kak rai buh la gambar takoyaki tu. nak tengok rupa dia.. hihiii banyak gila masak.. lain kali pos hantar rumah sheila ye ;p

    BalasPadam
  5. Tak dpt nak bayangkan rupa takoyaki Rai.. cer post gambar satu ;)

    BalasPadam
  6. Haha, aku baru nak kutuk. Cerita bukan main panjang tapi gambar takdok. Seb kau tulis nota kaki itu.

    Hahaha.

    BalasPadam
  7. thanks ingatkan hadis dhaif tu... :)

    BalasPadam
  8. baru nak tanya pasal gambar...huhu..xper2 SA tunggu...

    BalasPadam
  9. takoooooo... hehe... baru la tau apa resipi nye.. bestnyee... pas ni leh datang umah zai utk p makan... yey...

    BalasPadam
  10. @t.a.t.a
    Nampak sedap. Rai, tekak Jawa masuk tak Rai?

    BalasPadam
  11. @t.a.t.a,aku consider diri aku tekak jawa.. sedapp.. haha..

    BalasPadam
  12. perghhhh.... tengok pun dah tau sedap... kena try ni... :)

    BalasPadam
  13. aaaaa....sedapnye......tak rajin pulak nk buat sendiri

    BalasPadam
  14. saya pnh mkn tp yg beli... hebat betoi la rai ni.. mcm2 resepi camgini rai tau

    BalasPadam
  15. alolololo sgt la best!!!
    takoyaki in the house :-)

    BalasPadam
  16. rai sedapnya
    bawak dtg umah aku boleh?

    BalasPadam
  17. Tak pernah makan takoyaki ni lagi.. hari tu tengok member makan macam tak rasa nak try.. tp sekarang macam nak cari je :)

    BalasPadam
  18. Sya mau takoyaki..sgt best..letak byk2 bonito flakes tu..sgt hebat..waa..lapaq...rai..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    sebenarnya...daku tak pernah makan benda alah ni, silalah pos 1 pinggan untuk rasa ya

    BalasPadam
  20. Yummy....semua bahan dr jepun?wahh...rietta biasa makan kayaball jerr la bentuk cmtu...hehehe...

    BalasPadam
  21. salam kak rai. waduhhhh sodapnye !
    slalunye p beli kat jusco aeon je.
    dok tgk gak kat fesbuk ade yg post
    buat takoyaki sndiri camni..
    sedapnye ! blh mkn smpai puas yummy!

    BalasPadam
  22. Mak kedekut yg baik...lagi lazat mak buat sendiri. Nanti mak wardah yang bakhilpun akan ikut rai jugak.

    BalasPadam
  23. Mak kedekut yg baik...lagi lazat mak buat sendiri. Nanti mak wardah yang bakhilpun akan ikut rai jugak.

    BalasPadam
  24. pandainya rai & rajin sesangat..
    sebenarnye banyak bahan2 yang saya tak paham..T__T

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kak rai, waduhhh gambar dah keluar. buat sheila kecur air liur. makan panas2 sedap ni. hee singgah menabung whisper sini ~~~

    BalasPadam
  26. pandainya ko masak Rai...akk kalau mcm ada step by step tu..bahan batter dah tu bahan inti bahan topping pulak.....alamatnya ke Jusco la destinasinya nk mkn Takoyaki ni..

    BalasPadam
  27. wah.memang puas le mkn anak beranak kan sbb buat sendiri :)

    skali pandang mcm buat kuih cara berlauk pulak.hihi..
    kalau buat takoyaki guan acuan kuih cara boleh tak?

    BalasPadam
  28. serius nampak sedap sgt ni rai hehehe

    BalasPadam
  29. assalamualaikum rai...kalau buat sendiri dpt byk n mmg puas makannya...:)

    BalasPadam
  30. sedapppppnye... anto kat umah sket ek

    BalasPadam
  31. Kena gigih Rai nak buat ni. Kakak nak cari bahan yg Rai list itu pun boleh jumpa entah tak.

    Beli yg dah siap ajelah jawabnya..

    BalasPadam
  32. puas hati bila buat sendiri..makan semahunya...

    BalasPadam
  33. Rai...sedapnya. Klo beli tak puas mkn. Pastu mahal. AMik order tak...hehehe...

    BalasPadam
  34. puas hati masak sendiri sambil anak-anak pun sibuk nak tolong sekali.

    BalasPadam
  35. ajar cner nk buat agedama? kt kl ni mna ada jual Dashi Powder?

    BalasPadam
  36. @Sweetalk2u, agedama tu boleh buat dengan bancuhan tepung tempura.. titis2 dalam minyak panas macam nak goreng cucur..tapi buat titik2 je supaya tak jadi cucur..

    konbu dashi ada jual kat aeon atau kedai 100yen.. rasanya sesetengah daiso ada jugak jual. satu peket ada 12 stick.. dalam 5-6ringgit je..

    BalasPadam
  37. nampak sedaplah. Rasa nak makan masa ni juga.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^