Apa yang korang sedang tengok dalam gambar ni adalah benda biasa yang tak habis-habis kita dengar pada masa sekarang. Even baru kejap ni aku nampak segerombolan fog of chemicals in a clear bright, and beautiful day. Plus, after a nice cool rain semalam. Ergghh..
Ni pulak antara benda yang jarang kita tengok dan dengar, DDT - biohazard dan toxicity. Well, panjang kalau aku nak terangkan secara chemicalnya tapi aku nak highlight sikit benda. Exposure kepada DDT secara kerap atau berjadual boleh menyebabkan ketidak suburan lelaki, susu ibu yang tidak sihat, penyakit saraf melibatkan otak, otak jadi lembab, kemusnahan sistem pertahanan badan dan banyak lagi. Though fogging menyelamatkan nyawa, tapi kekerapan berfogging membunuh secara senyap. Fikir sebelum panggil abang2 fogger kita yang hebat ni. Kalau tak panggil diorang, nyawa diorang pun terselamat.
Ini benda yang baru kita dengar dan nak dibiasakan. Vaksin untuk denggi. Habis segala benda nak divaksinkan. Tak kenal, tak tahu lagi apa kandungan vaksin tu, dah terus nak main cucuk. Kalau tinggal kesan negatif, salahkan orang lain. Satu pihak malas, satu pihak nak ambik kesempatan kutip untung. Isi ilmu didada baru buat pilihan. Make an aware decision!
Contoh rungutan yang biasa di dengar dan diutarakan:
"Rumah saya byk betol nyamuk..pantang keluar rumah..memang jadi bahan santapan nyamuk2 buat kenduri.. Saya pernah dgr bole panggil org untuk sembur/foging utk kawasan byk nyamuk..ade sesape tau prosesnye mcm mane?"
Masalahnya adalah kenapa sang nyamuk tu datang. Kalau dah tak jaga kebersihan, memanglah benda nyamuk tu datang. Okay, what's in the past is past, so apa tindakan selanjutnya? Kalau aku, cuci laa.. Longkang sumbat, salahkan orang. Kawasan tak selamat, salahkan orang. Harga barang mahal, salahkan orang. Nyamuk kat rumah dia pun, nak salahkan orang. Worst, suruh orang lain betulkan keadaan hidup dia. Betulkan sendiri. In the end, we are who we have. Ajak kejiranan pegi "anti-denggi"kan atau cuci kawasan perumahan. Kalau takde sape yang datang, buat je sendiri. Sekurang-kurangnya, dapat bagi contoh yang baik kat anak-anak dan kenalkan dia dengan nilai-nilai kehidupan. Jiran yang taknak ikut, bia dia malu sendiri. Worst case, bila anak-anak dia tanya "kenapa ayah/ibu/kita tak tolong sekali?". Bukan nak cakap besar tapi, ini sebagai satu contoh. Ada sekali aku bawak anak aku pegi main kat playground area rumah. Nak jadi cerita, bebarang (slide, jongkang jongkit even swing and the rest of instrument) comot, since playground tu jarang ada orang pakai. Cleaner cuma cuci kawasan rumah je. Bahagian lain tak. So, aku ajak Aqil dan Damia pegi cuci. Kitorang angkut baldi berisi air, sabun, sponge dan berus. Anak-anak ada tanya kenapa kita perlu cuci? Ceritanya panjang, tapi conclusion aku adalah mudah. "If we don't, who will?". Anak-anak aku faham dan kami teruskan. Simple mindset macam tu, aku rasa masyarakat kita sangat perlu terapkan. Jangan asyik harap orang lain buatkan. Siapa tak malas? Tapi takde benda yang boleh hidup dalam kemalasan. Itu fakta!
Akhir kata, kalau wabak tu datang dalam bentuk semulajadi, hapuskan dalam bentuk semulajadi. Sekali fogging is okay, kalau jadikan routine akan bawak penyakit lain pulak. Tak suka aku nak rungut panjang-panjang takut jadi maksiat pulak. So, dah..
::: Dicatatkan oleh goshuin-sama :::
Bacaan tambahan. The Health Effects of Pesticides Used for Mosquito Control.
Wiki pun ada cakap pasal DDT. WHO pun ada cakap pasal DDT.
nyamuk pun dah tegar..
BalasPadamtak mati lagi kena fog ni..
imune
betul betul betul
BalasPadambetul tu..saya setuju...tetapi setengah orang pemikiran mereka tak sampai ke sini..huhu..
BalasPadamOOo.. ye ke...
BalasPadamAku baru tau pasal fogging... walau pun aku aku tau pasal DDT tapi sebab penggunaan racun serangga di sawah/kebun kita org dulu.... tak tau fogging pun ada DDT.
Bukan DDT dah diharamkan penggunaannya ke?
Dia datang tanpa dipanggil rai..kalau kita tak larikan diri..keluar dari rumah..mau mati lemas dalam asap tu..acik pernah kena tak sempat keluar..terpaksa kurung diri dalam bilik air..bahaya betul dia orang tu.
BalasPadampernah kena dulu.. otw nak pergi sekolah, sekali dorang sembur asap tu habis busuk baju, tak tahu nak elak dan menyorok kat mana.. :(
BalasPadamsekali tu nak hantar anak2, tak sempat nak masuk dalam lift, terus masuk balik dalam kereta tunggu asap tu dah menjauh baru keluar balik.. huhuhu..
tapi setakat ni kat kawasan rumah akak belum ada lagi xtvt tu.. sebab memasing rajin mengemas kawasan rumah memasing.. ;)
Sya yg pning kena fog ni..hohoho
BalasPadamaku rasa nyamuk ni pun berkaitan dengan cuaca jugak tau. ingat tak masa musim panas ala2 kemarau awal dalam bulan 2-3 lepas? masa tu rumah aku pun dengan tiba2nya jadi banyak nyamuk. stress sgt dengar bunyi nyamuk plus kulit anak berbintat2 digigit nyamuk.
BalasPadamtapi bila cuaca dah kembali normal, hujan pun turun macam biasa. dah takde dah masalah nyamuk tu.
so tak terfikir pulak nak fogging time panas kemarau tu, sebab fikir, ni mungkin sebab cuaca panas, banyak nyamuk.
fogging pun bukannya mati..nyamuk pengsann jer...
BalasPadampokok pangkalnya kna jaga kebersihan persekitaran
BalasPadamInilah antara rungutan yg tak diambil kisah Rai. Ada yg merungut tak suka fogging yg kerap tapi ada yg asyik panggil pak fogging dtg sembur.
BalasPadamYg geram tu kita dok sibuk nak hidang makan kat dapur tetiba dengar bungi grrr...ngeeeeennnnngggg. kisahnya fogging. Dah kelam kabut kemas makanan. Kacau betul!
Betul...mcm wabak denggi ni, yg penting sama2 kena bersihkan tempat pembiakan. Bkn harapkn fogging semata. Lama2 nyamuk tu dah immune, tuko plak wabak lain.
BalasPadamBaru nak teka ini mesti shujin yang taip, haa kan betul. Hehe.
BalasPadamKan sini pun memang dah jadi acara bulanan. Kerap sangat. Yang kesian masa ramadhan dulu ada bazar, pun depa sembur jugak. Nasib la bazar tu.
Bila de org dtg sembur fogging nih mse kecik2 suke main2
BalasPadamMmg x bg anak2 dok hirup bau fogging tu. Ckp la time blaja dulu hirup sbb mls nk kuar blk. Blh tanam serai sbg alternatif halau nyamuk.
BalasPadam