Isnin

Koleksi LEGO Speedorz

Assalamualaikum,

Bagi pengumpul LEGO, ramai yang beli set. Kami biasanya beli parts. Sebab? Kami beli untuk anak. Kat mana ada parts murah, kami borong. Bila parts dah banyak, ikut suka diorang laa nak bina apa, guna imaginasi sendiri. Kalau nak buat ikut manual, download dari lego.com terus. Still, ada satu jenis benda dari LEGO yang aku kumpul, ni haa..

 ...Speedorz dari siri LEGO : The Legends Of Chima! Sejak hari pertama Lego release animasi Chima ni, Aqil dah "nak, nak, nak" benda alah ni. Disebabkan parts lego dah banyak kat rumah, aku fikir rugi kalau aku beli set dia yang berharga RM70 yang mana mengandungi satu speedorz, satu minifig dan beberapa elemen untuk buatkan cabaran atau game-nya. Jadi aku beli core material je, speedorz. Download plan mainannya dari website lego, terus cuba layan. Bila main dengan anak isteri, rasa cam best pulak benda nih. Mula-mula beli 4 bijik je. Rupa pun sama je semua. Kemudian sesambil order parts lain tu, aku order laa speedorz ni sikit-sikit. Lama kelamaan jadi laa banyak. Bila tengok balik, "ecceh, terkumpul pulak" ooppss.. Kalau tak silap aku, ada 6-8 jenis lagi untuk cukupkan semuanya. Hehehehehe.. stem pun aku tak pernah kumpul. 

Ini rip cord untuk speedorz. Guna benda ni untuk gerakkan speedorz tu. Cara pasang dan bahan-bahannya ada kat bawah.


Speedorz ni tak guna banyak benda. Cover dia, base dia, rip cord dan dua batang pin dengan geseran. Pemasangan pun mudah je. Bila dah siap, boleh laa kita main dia. 

Simple kan? Bila cuma speedorz, benda ni nampak macam takde apa. Tapi bila kenakan dengan game dia, wuuiii.. mencabar laa. Sama macam anak lelaki orang lain, anak aku pun nakkan HotWheels. Tapi aku tak pernah sekali pun belikan. Simply because aku rasa speedorz is a better investment. Terpulang..

Happy building..
::: Dicatatkan oleh goshujin-sama :::

10 ulasan:

  1. sesungguhnye sy langsung tak memahami cara permainan lego ni..erkh...

    BalasPadam
  2. Menariknya....siap bleh letak minifig...

    BalasPadam
  3. good idea gak beli parts, bergantung pada kretiviti.

    BalasPadam
  4. Err....encik.. Akak tak pandai langsung2 la benda paang2 macam ni. Gagal sangat2. Tapi seronok tengok yang dah siap..hehehehhee. Pemalas otak akak ni kan...

    BalasPadam
  5. nampak kiut..memula terkebil jugak..pebanda ni? hehe

    BalasPadam
  6. Hanya jauhari yg mengenal maknikam. Kakak sebab tak tahu hal lego tak dpt nak menikmati permainannya Rai..

    BalasPadam
  7. syoknya.
    teringin juga la nak perkenalkan kepada anak anak nanti.in shaa Allah

    doakan utk saya ye kak rai & bro shujin.. hihi
    smga dipermudahkan segalanya utk timang anak sendiri nanti..amaiin

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^