Rabu

Halal miso and japanese product

Assalamualaikum

Baru kebah dari demam T_T

Alhamdulillah.. Allah masih ingat kat aku. 365 baru dua hari ni tak sihat. Syytt.. Jangan komplen komplen kesoma. 

Aku rasa ramai yang suka makan Japanese dan korean food. Tapi susah nak dapatkan kedai makanan jepun yang dapat sijil halal. Even ada banyak product makanan jepun ada dijual kat pasaraya. Ada jugak yang susah nak tau halal ke tak halal ke. Aku pun rasa macam tu. Salah satu benda yang susah nak dapat, dijual kat Malaysia ni adalah "miso halal".

Thats why Kak Mulan dengan kreatifnya telah mentransform taucu untuk digunakan sebagai miso paste. Aku sendiri pulak, susah payah (hahaha..sangatt) cari kawan yang travel ke Jepun untuk belikan miso kat sana. Mujur sebekas miso bertahan beberapa bulan. So sampai bulan ni miso masih ada dalam peti sejuk.
takde gambar miso, gambar kimchi pun jadik.. Yang penting halal

Hoh! Miso tu apa. Miso tu adalah sejenis bahan dalam masakan jepun. Dibuat daripada kacang soya yang diperam. Salah satu benda wajib di dapur masyarakat jepun. Tak sah kalau makan nasik takde miso soup. Anak anak pun suka gila makan miso soup. So, ada je request nak sup miso tu 2-3 minggu sekali. Ceh.. 


okay. Apa kes buat entry panjang panjang pasal miso ni? Since susah nak dapatkan halal miso di pasaran, aku plan nak order sekotak miso paste halal dari keluaran Hikari. Satu kotak ni 20kg. So tak logik aku nak makan sorang kan. So aku ingat nak kongsi order dengan sesiapa yang berminat nak dapatkan miso paste ni. Boleh order 500gram/1kg. So, aku akan ambik order untuk cukupkan 20kg tu. Nak order cut wakame pun ada.

Shiro Koshi miso (20kg) keluaran Hikari ni memang dapat sijil halal di Jepun. Boleh check SINI.

Kalau banyak permintaan boleh la aku bukak kedai barangan jepun kan.. hahaha..

So sesiapa yang berminat boleh email aku kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp ke 0126894317

Harga miso 400gram RM10 (Postage not included)

Daa

41 ulasan:

  1. Eh kau kata nak hadiahkan kat aku kan Rai? Aku tunggu jugak ni.

    BalasPadam
  2. @t.a.t.a, eh ko kata nak datang rumah kan.. aku tunggu jugak ni.. nanti aku masakkan kat ko ye..

    BalasPadam
  3. sedap miso dengan seaweed banyak2 lazatnya

    BalasPadam
  4. Makchaq nak la..
    Nafisah suka sangat sup miso ni.. makchaq nak 500g.

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan miso. Acaner tu ☺

    BalasPadam
  6. Kesiannya kakak tak pernah tahu pun sup miso ni Rai..

    BalasPadam
  7. Sama dengan mak chaq, akak nak setengah kilo yer Rai...

    BalasPadam
  8. Miso ngn wakame....aiyakk apa bondo tue eh...jap nk p google...pastu rietta text akk klu rietta berminat...

    PS...masam x akk? Klu masam cam kimchi jawapnya dok dalam peti sejuk sampai hr nie...hehehe...

    BalasPadam
  9. aduh,tk dpt bayangkan rupa dan rasa
    mcm mana aku nak order klu gini
    hrp ko dpt cukupkan order 20kg tuh

    BalasPadam
  10. lieya ni hantu salmon rai....sushi mmg no 1 lieya suke...tapi tu je laa japanese food yg lieya suke...eh lagi satu takoyaki.... tapi miso ni tak reti plak makan....takpenah makan sebenarnye...maybe kalo dah rase jatuh cinta gak kot hehehehehehe

    BalasPadam
  11. betul....nk try gak kedai mkn hepun or korea tp rase was2 so tepaksela tglkan.

    nak wat sendiri...sumpah x pandai hahaa

    BalasPadam
  12. Rai, agak2 lidah melayu aku boleh telan tak? dah lama aku terliur.
    aku nak try kimci ko. kalau dgn benda ni... kombine pos boleh? nti aku email ko..
    ko bg harga kawan baik ko ye..
    buh lebih2 sikit kimci ko.. pastu ko gtau sekali mcm mna nk makan benda ni ye..
    customer alwaz right. ko kena layan semua ni ye..

    sungguh serius ni..


    BalasPadam
  13. miso..cane rasa die..sedap ke??nk try jugak la...

    BalasPadam
  14. saya rasa saya antara yg rare..sebab saya tak suka makanan jepun...korea? lagi laaaaa...haahhaha

    BalasPadam
  15. @makchaq, okay..nanti saya inform bila dah cukup kuota.hehe

    BalasPadam
  16. rai satu family mmg betoi2 pggemar makanan jepun yer..

    BalasPadam
  17. sy makan miso dekat sushi king jer.... layan gak makan tofu mereka ni.... sedapp....! hehe...

    BalasPadam
  18. @Fiza Rahman, susah nak terangkan rasanya sebenarnya. rupanya tu nanti saya share gambar ya..

    BalasPadam
  19. @Kakzakie, bukan akak je kak.. ramai yg tak pernah dengar pun pasal miso ni.. kurang glamer..hehe

    BalasPadam
  20. @Aziela, baikla kak.. nanti saya rekod.. hehe

    BalasPadam
  21. @HeNRieTTa JoSe, miso tak masam.. rasanya masin lemak2.. hehe

    BalasPadam
  22. @Irfa, tu la..susah nak terangkan rasanya.. nanti aku tanya shujin.. kot dia boleh explain.. hehe

    BalasPadam
  23. @lieyalatif, miso biasanya datang dengan set nasi.. sedap makan panas2.. kalau lieya biasa makan makanan jepun dan suka.. insya allah akan okay dengan rasa miso ni..

    BalasPadam
  24. @mummY daniSha, yup.. sebab kebanyakan kedai makan diorang serve alcohol.. so memang tak dapat sijil halal la kan.. hehe..

    BalasPadam
  25. @Petak Bunga, hahaha.. kalau ramai order aku boleh kurangkan minimum order tu jadi 250gram.. tapi kalau tak berapa nak ramai 500gram la..

    kimchi tarak sekarang ni..lama tak buat.. coti jap..

    BalasPadam
  26. @misz sheyla, da reply email.. nanti akak share rupa dan cara pembuatannya ya..

    BalasPadam
  27. @Daddy Ziyyad, hehehe..ramai je tak minat makanan jepun..saya terpaksa suka sebab duk sana kan..kehkehkeh

    BalasPadam
  28. @IntaNBerliaN, alhamdulillah diorang suka je makan.. hehehe

    BalasPadam
  29. @Cheq Eem, kitorang pun suka letak tofu banyak2.. sedappp

    BalasPadam
  30. @Rai Ourkizuna

    tak reti nak masak sup tu..
    ingt nk try nga kimci tu..

    nk kimci tu..huhak..

    BalasPadam
  31. msti sedapkan... cuma KA x makan sangat makan2an japang ni hehehe

    BalasPadam
  32. Mcm mana cara nk beli? Susah nak cari paste misa halal. Ada jumpa yg ada ethyl alcohol.

    BalasPadam
  33. Mcm mana cara nk beli? Susah nak cari paste misa halal. Ada jumpa yg ada ethyl alcohol.

    BalasPadam
  34. @::Roz::, di pasaran malaysia memang susah nak jumpa yang tak ada ethyl alcohol. kalau nak order boleh email saya kesoma.rai@gmail.com. Harga macam yang dalam entry. Saya akan poskan lepas confirm bayaran.

    BalasPadam
  35. Hye.. dh ckup 20 kg ker? I pun nk order 2 kg.

    BalasPadam
  36. @Edd Mohamad, boleh..emailkan detail pada saya.. kesoma.rai@gmail.com

    BalasPadam
  37. assalam, nak tau kat mana boleh beli paste miso halal ni.. saya nak beli jugak.. harap anda dapat bantu.
    tq..

    Masliza

    BalasPadam
  38. @masliza mohd nasir, boleh email saya kesoma.rai@gmail.com atau terus whatsapp/sms 0126894617. thanks~!

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum, nak tanya masih beli miso paste lagi? kalau ada saya pun nak order :)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^